Farid menyerahkan mug berisi kopi panas kepadaku lalu melabuhkan punggung di sebelahku. Aku menghirup perlahan kopi itu sambil ku tiup wap panas lalu ku letak mug itu di atas meja kecil dihadapan ku.
"Sayang, aku kan tanya ni pasal tadi?" Farid memulakan bicaranya.
"Kenapa ku lihat Aisyah macam baru lepas menangis saja?" Soalnya.
"Kenapa kau kan ambil tahu? Kau masih sayang arahnya? Kau belum dapat lupakan hubungan kamu? Pentingkah kau kan tau pasal kenapa ia menangis? Kenapa kau nda tanya sja ia kenapa ia menangis?" Soalan ku balas dengan soalan sengaja aku menyindir Farid yang masih jua mengelak dengan perasaannya ke Aisyah. Padahal masih sayang!
"Kenapa sayang marah ni? Baru saja ku bertanya sudah menuduh aku yang bukan-bukan. Aku cuma mau sayang jangan berfikir terlalu jauh antara aku sama Aisyah kami just kawan saja. Ia pun bersetuju kalau apa yang ku tolong ia bukan atas perasaan masih cinta tapi perasaan kawan saja nda lebih nda kurang" jelasnya panjang lebar.
Aku mencebik lalu menjelingnya.
"Aisyah bagitau aku yang kau masih sayang ia! Sebab tu kau selalu berkorban walau kau lelah dari kerja kau masih mau peduli ia, kau tolong sehabis yang mungkin. Bagitau saja kalau kau mau sama ia semula"
"Sayang!" Farid menepis bicaraku.
Aku menentang matanya yang nampak marah dengan tuduhanku itu. Aku tidak peduli lagi kalau malam ini hubungan kami mungkin berakhir. Aku nda mahu di tipu lagi. Bukankah dalam hubungan suami isteri itu mesti berlaku jujur dengan pasangannya. Kenapa nda Farid berlaku jujur kepadaku?
"Aku nda tau apa yang Aisyah bagitau sayang tadi tapi aku cuma harap sayang berfikirlah rasional jangan terlalu menelan cakap orang bulat-bulat. Jangan mendengar sebelah pihak saja okay?!" Farid lantas meninggalkan ku seorang diri di ruang tamu itu.
Aku memandang kosong rancangan tv di hadapanku ini. Kata-kata Farid sangat terkesan di hatiku. Aku semakin keliru dengan sikap dan perbuatan Farid ke Aisyah dan kata-kata Aisyah tadi seolah masih terngiang di kepalaku. Adakah Aisyah sengaja melontarkan kata-katanya tadi. Mungkin ia ingin sengaja membuat aku cemburu. Kau jangan harap Aisyah!
*******
Sepanjang hari semua kerja yang ku buat serba tidak kena. Akhirnya aku terduduk di pantri sambil merenung kopi panas yang baru saja ku bancuh.
Aku dan Farid masih belum bertegur sapa. Si kembar pun turut terasa kedinginan antara kami berdua. Entah kenapa aku malas untuk berbaik semula dengan Farid. Aku cemburukah? Mustahil!
Aku cuma masih geram dengan Aisyah tapi Farid pula yang terkena tempiasnya. Sebab Farid masih ingin membantu Aisyah macam tadi pagi sebaik Aisyah call mesti dia terus pergi, apa saja kesulitan Aisyah, Farid akan segera datang. Macam seolah aku di perbodohkan. Hati dan perasaan aku tidak di hiraukan. Sebenarnya aku sudah reda jika Farid lah jodoh ku dan suami dunia dan akhirat. Tapi setelah Aisyah kembali semula mengganggu kehidupan ku rasa reda itu semakin hilang dan timbul pula keraguan.
Tiba-tiba pintu pantri di buka aku lantas menjenguk. Mr. Daniel!
"Ros, take a break?" Soalnya lalu masuk menuju ke sinki mencuci tangan.
"Just a cup of coffee" jawapku lalu menghirup kopiku. "Do you want a coffee sir?" Soalku sebaik memerhatikan Mr. Daniel mengambil mug di cupboard.
"Nevermind I just take nescafe 3 in 1" sambil mengoyak sepekat nescafe 3 in 1 yang memang tersedia di pantri itu lalu meletakkan air panas ke dalam mug.
Mr. Daniel mengambil tempat duduk di hadapan ku sambil mengacau dengan sudu nescafenya itu.
"Ros, I need your help? Danish Birthday's today so I just need someone accompany me to Danish school at ten o'clock. Will you come with me preparing his birthday party?" Ajaknya sambil merenung jam di tangan.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...