Episod 33

934 21 0
                                    

Aku menuang air kopi pekat ke dalam cawan lalu ku hirup. Kejadian semalam kembali menyapa di ruang minda ku. Sebaik Farid pulang semalam ke rumah aku terus menyoalnya tentang Aisyah. Kenapa mereka berjumpa malam itu? Riak muka Farid tidak menunjukkan bahawa ia melakukan kesalahan malah ia berlagak tenang saja seperti sudah tahu apa bakal di jawab sebaik ku bertanya.

"Memang Aisyah ada call tadi masa kitani makan di KFC, ia minta tolong pasal ia kan jumpa someone, ia nda pandai bab-bab cek laptop pasal ia kan beli laptop dari seller di Facebook" jelas Farid.

"Lain kali kalau Aisyah yang call berterus terang saja. Aku nda mau ada rahsia di antara kitani. Jangan sampai aku salah anggap macam tadi!" Tegasku.

"Okay boss!" Farid lantas memberi tabik hormat. Aku yang berwajah serious tadi terus tergelak lalu mencubit lengannya. Farid mengaduh sakit.

"Sakitnya macam ketam!" Sambil menggosok lengannya.

"Hadiah buat orang yang menipu tadi!" sambil menjelingnya.

"Sorry!"

"Sorry naik lori!" Aku lantas meninggalkannya menuju ke bilik atas.

"Ros!" Panggilan itu mematikan lamunan ku yang panjang.

"Mr. Daniel, coffee?" Soalku menutup gemuruh akibat di terjah begitu.

"Thankyou" lalu mengambil cawanku yang masih berisi kopi dan menghirupnya.

"Sorry sir thats my coffee" dengan mata terkebil-kebil memandangnya.

"Oh, really?"

Aku mengangguk-angguk macam burung belatuk sambil menelan liur.

"Sorry, my mistake" lalu meletakkan cawan itu di atas meja.

"No! its not your fault, my fault! Im sorry. Nah your coffee" aku memberikan cawan yang lagi satu berisi air kopi yang ku buatkan khas untuknya tadi.

"Thankyou" lalu menghirup air kopi itu.

"I like your coffee"sebaik ia selesai menghirup kopinya.

" my coffee? I don't put any sugar, I think it taste bitter"

"Yes i know. Your coffee and my coffee taste different. Sometimes when you taste the same thing it just decreases the amount you enjoy it. When different tastes processed it taught you a lot"

"Yes, diferent tastes taught us a lot" sambil ku tuang air kopi yang tidak ku isi dengan gula ke dalam cawannya.

"Try adding a bit of salt" cadangnya sambil mengambil secubit garam lalu menggaulnya dengan sudu.

Aku mengikut rentaknya lalu merasa kopi kosong ku itu memang sedikit pahit tapi tidak sepahit seperti tadi. Dia meletakkan sedikit butter ke dalam cawan nya lalu aku mengikutnya dan kami menghirup kopi kami sambil menikmati rasa kopi itu. Kata orang kalau letak butter ke dalam kopi perut boleh terasa kenyang sepanjang hari. Nampaknya Nor Aina bakal lunch seorang diri lah selepas ni.

****
"Ros, kenapa nda join lunch tadi?" Sapa Nor Aina mengejutkan ku yang terleka membelek-belek file.

"Sorry, pasal cancel lunch last minute, perutku masih terasa kenyang Nor" Jelas ku sambil menggosok perut.

Nor Aina memuncungkan bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan alasan ku itu.

"Nor, aku kan tanya ne, kalau kau ada perasaan ragu-ragu, apa selalu kau buat?" Soal ku tiba-tiba membuatkan niat Nor Aina yang hendak bangkit dari duduk, duduk kembali.

"Ragu-ragu? Kalau aku biasanya aku akan siasat sampai aku dapat jawapannya" jawabnya dan aku mengangguk-angguk kepala cuba memahami jawapannya itu.

" kenapa kau tanya? Ada kena mengena dengan Farid kah?" Soalnya lantas ku menutup gugupku. Aku menggeleng menidakkan tanggapannya itu.

"Kalau Farid buat kau ragu-ragu sebaiknya kau tanya dulu. Kalau berlarutan baru kau siasat"

Aku hanya mengangguk kepala tanda bersetuju dengan cadangannya itu.






Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now