Episod 27

890 29 0
                                    

Selepas tiga bulan.

Telefon pintarku berbunyi aku mengeluarkan telefonku itu dari beg slingku sambil menyorong troli yang penuh dengan barangan dapur.

"Assalamualaikum Farid" salamku kepada Farid sebaik ku pasti gerangan yang menelefonku itu.

"Wa'alaikumsalam" jawap disana.

" Anything you want to tell me?" Soalku setelah lama menunggu.

"Ros, kitani rujuk please?"

" Pasal?" Tiada hujan tiada ribut, Farid meminta rujuk semula. Aku fikir ia sudah fed up tapi sebaliknya.

Adui! Hilang mood hendak shopping.

"Keputusan DNA sudah keluar, baby Aisyah sah bukan anakku" jelasnya.

"So? Kenapa nda kau terima saja baby tu Farid. Anak tu nda berdosa tapi kau yang rumitkan keadaan. Susah kah jadi seorang bapa kepada anak orang lain. Lagi pun baby tu kira anak tiri, anak tiri pun anak mu jua kan?"

"Aku tau tapi aku nda dapat terima jua baby tu. Aku kahwin sama Aisyah pun pasal aku kan tanggungjawap, aku fikir ia pregnant anak ku and now sudah ada keputusan tu aku rasa aku baik undur diri bagi peluang bapa baby tu yang tanggung jawap" jelasnya lagi.

Aku bungkam. Aku rasa kalau aku bersuara Farid tetap akan berdegil ingin memujuk ku.

"Aku nda tau Farid, aku pun keliru ni. Antara setuju and nda. Aku rasa kau bincang baik-baik sama parents mu. Okay bye!" Ucapku lalu menamatkan panggilan itu sebelum Farid berkata sesuatu.

Huh! Aku mengeluh berat. Troli yang sudah penuh itu ku tolak menuju ke kaunter pembayaran.

*****
Mama melabuhkan punggung di sebelahku sambil meletakkan minum petang di atas meja. Air teh panas di tuang ke dalam cawan satu persatu. Kemudian dia menyerahkan secawan teh itu kepada babah yang duduk di hadapan kami.

Babah menghirup air teh panas lalu meletakkannya di atas meja.
Dia melepaskan keluhan berat.

"Ros, tadi bekas bapa mertua mu menelefon babah pasal Farid"

"Kenapa Farid bah?" Aku tertanya-tanya dengan cerita babah yang tergantung itu.

"Farid mau rujuk semula dengan kau. Ia bagitau pasal keputusan DNA, rupanya selama ni anak yang di kandung bininya tu bukan anaknya"

"Katanya ia nda dapat teruskan lagi hubungannya sama bini nya tu ia mau rujuk semula sama kau"

"Babah mau tanya ni? Ros mau kah rujuk semula? Babah cuma mau yang terbaik untuk Ros saja. Babah nda halang apa pun keputusan Ros. Babah mau anak babah bahagia"

Aku menunduk memandang lantai. Nampaknya Farid bersungguh-sungguh ingin aku kembali ke pangkuannya.

"Ros kami nda memaksa, tapi fikirkan jua pasal si kembar. Kau ingat masa Shila sakit sebelum ni, kau terpaksa menghubungi Farid datangkan untuk sain pembedahan Shila. Maknanya kalau sekiranya terjadi perkara tu lagi kamu jua yang mesti ada. Mama kasihan dengan kau, Ros. Mama nda sanggup melihat kau seorang diri mengurus anak di rumah. Kalau ada Farid ia mungkin dapat menolong kau. Membantu apa yang patut" jelas mama sambil menggosok belakang badanku menenangkan aku yang nampak bingung.

"Babah sama mama nda memaksa kau Ros. Kau mau sama nda tu keputusan mu. Pikir-pikirkan tia" Babah terus berlalu naik ke atas mungkin ia mahu sembahyang asar.

" Mama ke dapur dulu" sambil menepuk pahaku.

Aku menukup muka ku sambil melepaskan keluhan berat. Air teh yang masih kelihatan panas itu ku pandang kosong. Sekosong fikiran ku. Aku mesti berjumpa Aisyah.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now