Episod 38

726 23 2
                                    

Jam menunjukkan ke angka 10 malam sebaik saja si kembar tidur aku pun menuju keluar rumah duduk di buaian sambil memandang bintang-bintang yang bergemerlapan indah di dada langit.

Tiba-tiba aku terkenangkan kikik yang kami layangkan bersama-sama tadi. Terasa damai suasana ketika itu. Hilang segala stress yang melanda tadi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menerjah ke mukaku. Dengan suasana kampong Ayer yang mendamaikan di waktu senja dan kocakan air yang bertalu-talu. Aku tersenyum sendiri.

Baru saja hendak menghayati suasana damai tiba-tiba kelihatan sebuah kereta menyuluh masuk ke dalam garaj lalu enjin kereta di matikan. Berubah terus airmuka ku sebaik terpandangkan Farid yang keluar dari perut kereta.Dia menghampiriku dibuaian sambil duduk berbuai dengan ku.

"Farid" sapaku setelah lama kami berdiam diri begitu.

"Hmm" balasnya sambil merenungku di sisi.

"Ada perkara yang harus kitani bincangkan. Penting dan serius!" Tekan ku.

Farid membetulkan duduknya lalu memandangku semula.

"Kau masih sayang Aisyah?" Tanyaku setelah mendapat sebulat suara dari hati dan fikiran ku barulah terluah soalan itu.

Farid mengusap rambutnya ke belakang dengan wajah yang nampak menahan geram dengan pertanyaan ku. Mungkin ia jemu dengan soalan ku yang pernah sudah di jawapnya berulang kali itu.

"Kali ni aku mau kau jujur, benar-benar ikhlas jawapan mu, aku nda mau kau menipu apa yang ada di dalam hati mu tu. Aku nda mau yang kau luahkan tu demi menjaga hati ku, aku mau sejujurnya apa ada dalam hati mu?" Pintaku lagi sementara di dalam dadaku sudah berdebar-debar menanti jawapannya itu.

Farid bungkam dia terdiam sebentar lalu berdiri menghadapku. Ia memandangku, merenung jauh ke dalam mataku. Aku membalas renungannya itu dengan penuh debar.

"Ros, aku sayang kau tapi kenapa mesti setiap kali kau kan babitkan Aisyah. Aku sudah bagitaukan aku dan Aisyah cuma.."

"Kawan saja kan?!" Potongku menyambung ayat seterusnya.

Farid terkelu dengan kata-kata ku itu.

"What can you explain this?!" Sambil menunjukkan gambarnya menyuap kek ke mulut Aisyah tadi. Sempat ku screenshot sebelum telefon ku terhempas tadi.

"Ini yang kau katakan sayang arah ku?! Lelaki penipu! Dasar lelaki nda cukup satu! Kau fikir aku bodoh?! Duduk rumah buat nda tau saja! Kau fikir aku apa?! Selama ni aku rujuk semula dengan kau, aku fikir kau sudah benar-benar insaf tapi di sebaliknya yang kau buat! Kau yang merayu-rayu ku menyuruh kitani rujuk tapi apa yang kau buat selepas ku terima kau semula? Kau masih belum berubah! Baru saja aku kan merawat luka yang lama tapi nampaknya semakin berdarah-darah! " Jerit ku sepuas hatiku. Menghambur segala kemarahan yang tersimpan sedari tadi.

Geram melihat Farid yang masih terkaku begitu, telefon pintar ku itu terus ke humban mengena dahinya.

Farid cuba menggapai tangan ku lantas ku tepis dan aku bergerak ingin menjauhinya. Kelihatan darah keluar mengalir dari dahinya akibat terkena screen telefon ku yang sememangnya sudah retak tadi.

Farid menghampiriku lagi seolah ingin memujukku. Aku pun terus memukul dadanya lalu melepaskan esak tangis yang lama berkumpul di dadaku. Farid cuba mendakap ku tetapi ku tolak kuat dadanya itu lalu tanpa sedar tangan ku hinggap ke mukanya.

Pang!

Farid terpana dia memandangku sambil memegang pipinya yang nampak memerah akibat tamparanku itu.

Tanpa memperdulikan keadaannya aku lantas meninggalkannya di situ sendirian.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now