Episod 39

756 25 0
                                    

Hari ini aku menuju ke rumah mertuaku. Aku ingin menjelaskan tentang hubungan ku dengan Farid yang sudah semakin hampir ke titik noktah. Aku sudah tidak dapat berfikir secara rasional lagi setelah apa yang terjadi semalam.

Semalam sebaik saja ku biarkan Farid tinggal sendirian di luar rumah dalam keadaannya luka berdarah begitu, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin keretanya mengaum laju meninggalkan perkarangan rumah.

Aku terduduk di sebalik pintu bilik. Aku memandang kosong di ruang bilik dengan tangisan yang masih bersisa aku menangis meraung semahunya mengenangkan perkara yang bakal terjadi. Aku bakal meninggalkan rumah ini lagi..

Pintu rumah mertuaku, ku ketuk beberapa kali. Lalu di buka oleh Hajah Fatimah ibu mertuaku.

"Assalamualaikum ma" sapaku lalu mengkucup tangannya mesra.

"Waalaikumsalam Ros, masuklah" pelawanya.

Hajah Fatimah menuang air teh ke dalam cawan lalu menyerahkan kepadaku. Aku mengambil cawan itu lalu menghirupnya.

"Makan lah cucur pisang kebetulan mama menyucur di dapur" pelawa Hajah Fatimah lagi sambil mengangkat piring cucur pisang lalu di suakn kepadaku.

"Nda payah susah-susah ma" aku lalu mengambil piring itu ku ambil satu cucur pisang lalu ku letakkan piring itu semula di atas meja.

"Si kembar mana Ros? Kau seorang saja datang ni?" Soalnya kepadaku sambil menuang secawan teh lagi untuk dirinya

"Aku seorang saja yang datang ma, si kembar masih sekolah" jelasku.

"Oh, lupa si kembar sekolah mama ingat hari jumaat tadi" dia tersipu malu sendiri.

Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Mesti ada apa-apa kau datang ni. Pasal Farid kah? Macamana selepas rujuk semula kamu okay kan?" Soal Hajah Fatimah seolah terhidu kedatangan ku ini.

Aku tertunduk lalu tanpa sedar air mataku tidak mahu bekerjasama dengan ku, aku terus mendakap Hajah Fatimah lalu melepaskan tangisan ku. Hajah Fatimah menggosak belakang badan ku memujuk ku yang masih menangis.

"Sudah tah lai, bagitau mama apa lagi si Farid tu buat arahmu?" Soalnya.

Aku mengesat air mataku. Menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus pelahan. Aku memandang Hajah Fatimah yang nampak risau dengan keadaan ku.

"Ma, Ros minta maaf, Ros sudah habis fikir. Ros nda sanggup terluka lagi ma. Mungkin jodoh Ros sama Farid memang sudah lama nda ada. Ros minta maaf ma, Ros harap mama nda marah keputusan ku ni. Ros mau kami akhirkan hubungan ni. Ros rasa Farid masih sayangkan Aisyah" jelas ku dalam sendu.

"Astagafirullahalazim..." Hajah Fatimah berucap panjang sambil mengurut dadanya.

"Farid, Farid...." dia menggeleng lagi sambil mengeluh berat.

"Ros kau balik dulu, biar mama sama babah uruskan Farid. Mama mau bincang sama ia karang. Kau balik dulu a. Mama call ia awal ni kan bawa berbincang" pujuknya.

Aku mengangguk menurut apa yang di suruh oleh mertua ku. Tangan tuanya ku salam penuh kasih ku kucup. Dengan langkah longlai aku menuju ke pintu.

"Assalamualaikum ma" ucapku pamit.

"Waalaikumsalam lai" balas mertuaku itu.

Lalu aku masuk menuju ke kereta menghidupkan enjin kereta. Semoga semuanya selesai dengan baik itu saja pinta ku.


Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now