Aku merenung screen komputer di hadapan ku lalu mengeluh berat. Sudah dua hari berlalu sejak kejadian aku meminta Farid melepaskan ku tapi Farid mengenakan syarat menyuruh aku supaya Aisyah di terima oleh keluarga Farid.
Kalau aku bagitau tentang aku bakal berpisah semula dengan keluarga Farid tentu Farid akan di kecam habis-habisan. Sehingga cerita melutut bersujud akan timbul lagi semula macam hari itu. Selepas itu mesti Aisyah nda akan di terima langsung! Argh! Kenapalah mesti aku yang menyelesaikan masalah ni? Dasar punya laki firaun!
Kalau ku ingat balik aku dan Aisyah memang sudah ku isytiharkan sebagai musuh di dalam selimut. Macamana aku kan kenankan dengan mama mertuaku yang aku sendiri pun nda berkenan dengan Aisyah. Adussss! Nama saja cantik tapi perangai sebiji macam mama tiri snow white. Sudahlah hidup sebatang kara menyusahkan orang lagi! Huh! Kenapalah manusia macam ni boleh wujud di muka bumi manusia macam aku ni pula yang tertindas. Haru-biru sungguh!
"Ros!" Sapa satu suara. Mematikan lamunan ku yang panjang.
"Eh, kau Nor, sorry, kacau fikiran ku hari ni. Ada apa?" Aku lantas membetulkan dudukku.
"Jauh kau termenung macam mau tembus komputer tu kau renung" sambil menggeleng kepala Nor Aina memerhatikan ku.
"Masalahmu belum settle?" Nor Aina menyoalku mengajak ku bergossip nampak!
"Kalau pakai percent masih di tahap 50%. Susah ku ni Nor. Kau tolong aku Nor, boleh? Please?" Aku menggaru kepala. Kusut! Nda pernah di buat orang isteri perkenankan bakal isteri baru kepada mertua. Kalau ada cerita macam ni rasa-rasanya dalam cerita gila talak ni lah. Tajuk pun dah gila!
"Kenapa lah kau setuju dengan syarat nya tu? Boleh saja kau minta Syarat yang lain" Nor Aina membuatku semakin menyampah.
"Kalau dapat ku pinta syarat yang lain nda payah aku minta tolong kau fikirkan. Perkara pun boleh settle. Tapi kisahnya ni ada titik noktah. Kau tau titik?! Titik..! Titiklah! Katanya titik kalau dah titik maknanya nda ada syarat lain yang boleh dibukakan lagi. Kalau aku merayu pun Farid dalam dua hari ni selalu mengelak lepas tu menegur aku pun nda. Macamanakan settle? Hai lah badan hai lah nyawa esok-esok bercerailah badan dengan nyawa" sambil keluar skrip cerita pak belalang.
"Ampun kan kami penunggu gua! Ampun kan kami penunggu gua! Hai, Parah ni" Nor Aina menyambung skrip pak belalang lalu ketawa. Aku memcebik. Ish!
"Macamni lah aku ada cadangan, apa kata kau baiki dulu si Farid tu, kau tegur ia lepas tu minta idea arahnya. Mana tau ia ada idea yang bernas" cadang Nor Aina.
Ini lah masalahnya pasal si Farid bukan mahu di bawa berbincang selepas kejadian malam tu. Ia malah mengelak aku. Barangkali ia takut aku mendesaknya atau ia sakit hati dengan aku atau ia sengaja menguji kesabaran aku di tahap gila babon ni.
********
Aku melabuhkan punggung di sebelah Farid yang nampak serius menonton siaran bola sepak. Aku berdehem beberapa kali mengambil perhatiannya. Ia kelihatan melirik ku tetapi sengaja nda mengendahkan kewujudan ku. Nda boleh jadi ni!
"Kau mau apa?" Soalnya. Sejak ku minta cerai hari tu panggilan sayang untuk ku terus hilang.
"Aku kan minta idea ni boleh kah?" Soalku
Dia diam tanpa respon. Argh!
"Kau minta aku bagitau famili mu pasal hubungan kitani bakal berakhir. Tapi kalau aku kenankan mama dengan Aisyah gerenti mama nda setuju. So aku buat keputusan baik aku kenankan dulu Aisyah dengan mama saja pasal mama yang nda dapat terima Aisyah selama ni. Apa macam?" Cadangku.
"Terserah kau" balas Farid acuh nda acuh.
"Tapikan... kau pun tau aku nda ngam dengan Aisyah. Macammana aku kan bawa ia jumpa mama? Aku rasa Aisyah pun nda mau ikut aku. Kau rasa?"
"Pasal tu, nanti aku pujuk Aisyah. Kau jalankan saja misi mu okay? So shuh.. shuhhh! Aku kan concentrate meliat bola ni" halaunya. Aku mencebik. Menyampah!
"Okay, mulai malam ni kitani tidur berasingan a. Aku nda selesa dah tidur sebilik lagi pun selesai saja hal ni kitani pun berpisahkan. Okay Mr. Farid, I chow dulu" Aku kenyit mata memandang jelingannya.
"Goodnight my bakal ex" sempat ku menyakatnya. Maklumlah sakit hati ku melihat muka selambanya tu. Aku mau dua hari nda cukup tidur memikirkan syaratnya. Biar ia rasa menyampah dengan ku. Hihi.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romantiek"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...