Beberapa bulan kemudian,
Bunyi telefon ku menjerit minta di angkat aku segera mencari telefon pintar ku itu di dalam sling beg ku. Eh! Nor Aina?!
"Assalamualaikum, Nor? Apa ni VC, VC ni. Cuti pun buatlah cara cuti, ni pun pandai kan rindu orang" sambil tersenyum sumbing memandang Nor Aina di screen telefon. VC aka video call.
Kebetulan pintu lif terbuka lalu aku pun berjalan menuju ke tempat ku meletakkan keretaku di down basment ini.
"Shhhhh shh..." Nor Aina meletakkan jari telunjuknya ke mulut menyuruh ku diam. "Kejap" ucapnya lalu keadaan screen itu gelap seketika.
"Kenapa ni? Kau di manakan ni?"soal ku curiga.
"Aku nampak k....ki mu?" Ucapnya tersangkut. Akibat kurang signal telefon di basment ini aku nda jelas apa yang di katakan oleh Nor Aina.
"Apa kau nampak kakiku????!" Terus naik bulu romaku. "Kau jangan Nor aku seorang saja di down basement ni" meremang bulu roma.
"Bukan kaki! Lakimu lah ngek!" Jelasnya sedikit berbisik tetapi kali ini sudah jelas di pendengaran telingaku.
"Lakiku?" Aku masih blur.
Nor Aina mengangguk kepala. "Yes, lakimu si Farid"
"Kenapa ia?" Soalku.
"Aku nampak ia makan di restoran Tarindak polo jerudong bersama Aisyah!" tekannya nama Aisyah.
Membulat terus mataku sebaik mendengar nama Aisyah.
"Buat apa Farid sama Aisyah?" Soalku lemah jantungku kala ini mengepam tidak menentu. Terasa sesak rasa dadaku.
"Macam celebrate birthday" jelas Nor Aina berbisik mungkin Nor Aina tengah bersembunyi dari pengetahuan Farid di situ.
Mungkin di sebalik dinding atau di bawah meja atau di pintu restoran. Dia memang hebat kalau bab-bab mengintai orang. Boleh sudah di upah menjadi penyiasat peribadi yang tidak berbayar."Mana cuba ku lihat?" Aku masih tidak percaya.
"Nah!" Ucap Nor Aina sambil menghalakan kamera menuju ke meja mereka.
Aku betul-betul ternampak Farid dan Aisyah di meja tidak jauh dari kedudukan Nor Aina. Aku nampak Aisyah bukan main happy celebrate birthday... baby Azim? Tanpa mereka sedar kelakuan mereka yang ala-ala keluarga bahagia itu di rakam habis oleh mataku yang belum buta untuk menilai bahawa Farid memang masih menyimpan cinta dengan Aisyah.
Farid dengan selamba memotong kek birthday itu lalu menyuakan ke mulut Aisyah! Telefon ku terlepas dari genggaman ku. Badan ku menggigil tiba-tiba.
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa
Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku
Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa
Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh… tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa
Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia
Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu...Ah…ah…ah…Ah…ah…ah…
Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci..
Ah…ah…ah…Ah…ah…ah…
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang...Telefon ku yang terjatuh tadi ku kutip lantas ku dail nombor Farid. Dalam keadaan jari ku terketar-ketar aku menunggu talian ku di sambut namun hampa talian ku tidak di jawap. Aku lantas masuk ke dalam perut kereta. Tidak sanggup rasanya menahan sebak di dada. Semakin senak tidak tertanggung rasanya. Serasa ingin meletup ingin ku hujani dengan deraian airmata. Yang semakin berkumpul di tubir mataku. Pandangan ku semakin kabur oleh airmata yang bertakung serasa ingin pecah jatuh ke pipi.Sebaik saja aku masuk dan duduk aku terus teresak menangis semahunya melepaskan apa yang terbuku di hatiku.
"Penipu! Dasar lelaki penipu! Sanggup kau tipu aku Farid! Sial lah!! Lelaki penipu!!!! Kata cintalah apa lah!! Cinta pendusta! Dasar lelaki nda cukup satu! Menyesal pun nda guna! Arghhhhhh!!!!" Aku menjerit semahunya di dalam kereta sambil ku hempas steering kereta sekuat hatiku. Lalu hon kereta ku berbunyi tanpa henti. Seperti hati ku yang menjerit kesakitan kini.
Pon!!!!
pon!!!pon!!!!
Tiba-tiba cermin pintu kereta ku di ketuk. Dalam keadaan ku yang masih teresak menangis terluka terpukul dengan permainan cinta si pendusta, di sakiti akibat si lelaki penipu itu! Muncul Mr. Ketuk memandang ku dengan penuh risau.
"What happen?"soalnya di luar cermin. Aku mengesat airmata ku yang masih bercucuran di pipi tanpa henti. Dadaku ku pukul berkali-kali menghambur esak tangis yang tidak berkesudahan.
Mr. Daniel!

YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...