Sebulan sudah berlalu, Dalam masa sebulan, aku menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anak kembarku. Yes! aku sudah pun bercerai sebulan yang lalu. Aku menjalani kehidupan ku bersama anak-anak di rumah orang tua ku. Dan kami sangat bahagia. Bahagiakah aku? Atau pura-pura bahagia?
Hmmm....
"Mama, mama pukul berapa kan ke sekolah ni?!" Panggil Shila menyedarkan lamunan ku yang panjang sambil menggoyangkan badanku.
"Sorry, sorry mama terlalai tadi"
Aku segera memasukkan gear kereta ke 'D' lalu kereta ku bergerak ke hadapan. Tiba-tiba aku teringat beg kerja ku, aku Berhenti mengejut. Ku toleh ke belakang, memang sah tinggal!
Aku segera keluar mendapatkan beg kerja ku. Tiba-tiba aku teringat seseorang yang sentiasa ingatkan aku tentang beg kerja ku. Farid! kenapalah nama itu masih meniti di benak ku. Padahal aku sekerasnya ingin melupakannya. Tapi tidak lah sekeras sangat, sekadar melupakan kenangan yang pernah di kongsi bersamanya dulu.
Kenapalah ia hadir dalam ingatan ku saat ini? desis hatiku.
**********
"Assalamualaikum.." sapa Nor Aina memberi salam kepadaku.
Aku mendongak lalu menghela nafas berat. Berat rasanya hendak bergossip waktu kerja, aku menyahut salamnya itu.
"Wa'alaikumsalam, kenapa Nor?" Soalku malas-malas.
"Aku dengar kau dah bercerai sama lakimu" cerita Nor Aina membuka kisah tentang diriku.
Hah! memang sudah ku agak Nor Aina akan tahu hal ni.
"Dari mana kau tahu?" soal ku sebab yang hanya tahu pun boss. Ndakan boss? Sepatutnya boss mesti amanah dalam menyimpan segala peribadi staff-staffnya. Aku memang rasa Nor Aina yang korek-korek cerita dari boss.
"Aku ternampak file peribadi mu dalam bilik boss tadi. So aku ternampaklah sijil cerai kau" Terangnya.
Semuanya 'ter' dan 'ter'
Sampai macam itu sekali Nor Aina menyibuk pasal aku.Huh!
Dia pula tayang muka selamba. Aku sudah terasa bahang di mukaku. Ok, ok, sabar...
Tarik nafas, hembus.
Tarik nafas, hembus.
"Aku tanya ni boleh?" soal Nor Aina setelah lama di biarnya ku diam.
Aku angkat kening saja menyuruh dia meneruskan.
"Siapa yang dapat hak penjagaan anak-anak? kau kah atau bekas lakimu?" Tanyanya.
" Hak penjagaan anak hak bersama, tapi Farid izin kan anak-anak tinggal denganku dan dia hanya mengambil anak-anak bila kan bawa jalan-jalan saja" Jelas ku.
"ohhhh" ucapnya panjang.
"Tapi kan kalau aku macam kau ni. Sudah jadi single, aku cari bapa baru untuk anak-anak ku lepas tu aku akan pilih lelaki kaya biar si Farid menyesal"cadangnya sambil menepuk bahuku.
Aku mencebik dengan cadangannya itu. Buat apa hendak bergegas mencari jodoh baru. Aku baru saja selesa dengan kehidupan ku sekarang. Atau sebenarnya aku masih mencintai Farid? Eh benar kah cinta?! Aku geleng kepala cuba menafikan sangkaan yang hadir di benak ku, menepis perasaan yang hadir tadi.
Nor Aina yang masih di situ menggoyang bahuku.
Aku tersedar dari lamunan ku dan memandangnya.
" Kenapa kau ni? kau ok? geleng-geleng seorang diri" Soalnya sambil berkerut dahi.
Aduh malunya!
"Ok...., saja main geleng-geleng" ayat cover entah main hentam sajalah. Haha. Sambil garu-garu kepala yang nda gatal.
"Aku bagi cadangan saja. Tapi kalau kau nda suka buat derk jeee ok" Jelas Nor Aina .
Dia pun berlalu meninggalkan aku. Aku merenung kosong skrin komputer di hadapan. Bapa baru?
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...