Episod 34

739 23 0
                                    

Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Farid kelihatan mundar mandir di hadapan ku sambil merenung telefon pintarnya. Seolah ada text yang masuk dan mengganggu fikirannya. Ia kelihatan risau akan sesuatu. Aku yang baru saja selesai membaca buku novel terus menutup lalu meletakkan ke tepi.

"Ada yang dapat ku bantu?" Soalku menyentakkan lamunan Farid yang panjang.

Farid kedengaran mengeluh berat lalu duduk di birai katil di sebelahku.

"Aisyah"

"Aisyah? Kenapa Aisyah?" Soal ku bingung.

"Aisyah, minta tolong" lalu Farid melepaskan keluhan berat.

"Tolong?!"

"Keretanya rosak di tengah jalan. Macamana ni?" Farid kelihatan keliru mungkin takut aku melarangnya.

"Suruh ia tunggu and kau tolonglah" jawabku lalu menutup lampu di sebelah untuk tidur.

Farid yang masih membatu di sebelahku lantas bangun menuju ke pintu.

"Sayang jangan salah faham aku cuma menolong ia saja ni okay" sempat Farid berucap sebelum menutup pintu.

Aku melepaskan keluhan berat. Lampu di sisi katil ku buka. Lalu aku bangkit dari pembaringan ku. Pintu bilik ku pandang lama. Kenapa mesti Aisyah mencari Farid? Kenapa selalu saja Aisyah meminta tolong  dari Farid? Sampai pasang gas rumah pun di cari Farid.

Aku mengeluh berat lagi. Aku bangkit berjalan menuju ke jendela. Adakah aku menyesal? Menyesal yang aku rujuk dengan Farid? Aku rujuk sebab anak-anak, aku dapat lihat anak-anak bahagia bila kami rujuk semula. Tapi aku bahagia kah? Aku bahagia bila anak-anak bahagia. Tapi aku sendiri bahagia kah? Aku membiarkan soalan itu berlalu di bawa angin yang bertiup dingin menusuk kejiwaku.

********
Nor Aina memandang ku yang asyik menguap untuk ke seratus kalinya. Kalau ke seratus layaknya aku tidur. Tapi keadaan memaksa aku untuk mencelikkan mata sebab kami masih berada di ruang mesyuarat di antara ketua staff dan staff-staff yang lain.

Selesai meeting aku pun ke pantri sambil membuat kopi pekat kaw-kaw. Nor Aina duduk di sebelah ku turut minum kopi yang di buatnya sendiri.

"Mengantuk kau hari ni Ros, kau buat apa semalam? Kau buat overtime kah?" Soal Nor Aina sambil berdekah ketawa.

"Overtime apa? Semalam aku baca buku novel sampai pukul tiga pagi menyesal aku baca tapi best!" Sambil tangan ku bagi thumbs up sengaja menipu Nor Aina padahal semalam mataku tidak mahu tidur sampai Farid balik pukul tiga pagi. Itu pun aku berpura-pura tidur di depan Farid. Farid nampak keletihan semalam niat untuk menyoalnya pun terbantut lalu aku pun berpura-pura tidur tanpa sedar aku sudah enak di buai mimpi.

"Kau baca novel?! Setahu aku kau bukan peminat buku novel! Atau kau sedang menyiasat semalam?" Sambil Nor Aina mengangkat keningnya berapa kali tanda curiga.

"Menyiasat apa? Menyiasat siapa?" Sengaja aku menyoalnya.

"Menyiasat Farid" Nor Aina masih menduganya sambil ketawa berdekah-dekah. Suka lah mengenakan orang.

"Aku pasang strategi pun belum. Buat plan itu ini pun belum. Macammana kan siasat?" Jawapku sambil menghirup kopi yang sudah kelihatan suam.

"Senang saja siasat, kau terjah saja ke rumah Aisyah tanya ia terus apa tujuan nya selalu mencari Farid. Lepas tu kamu tarik-tarik rambut lah? tudung kah? Janji story life kau historic, tragic sikit"

"Historic, tragic muka kau!" Jawap ku geram. Dalam keadaan macam ni pun Nor Aina mahu berlawak.

Nor Aina melepaskan ketawanya sampai nda ingat dunia. Terkekek-kekek ketawa macam sudah bercacing perut tu. Aku mencubit pahanya lalu dia mengaduh sakit. Padan muka! Sudah tau yang aku ni ketam! lalu berlalu ke sinki mencuci cawan.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now