Aku menguap panjang. Semalam aku tidak lena sekejap pusing kekiri sekejap pusing kekanan. Sampai air milo ku tuang hingga penuh ke dalam cawan, Sofia dan Shila ternganga.
"Sorry anak- anak, mama mengantuk" sambil ketawa kecil cover malu.
Sofia dan Shila menggeleng-geleng kepala.
"Hihihihi"
Selesai breakfast semua beratur ke kereta macam kereta api tut tutttttt!!
Farid pun ikut sekali macam keluarga bahagia lagak kami berempat.
Ok ok sabar nda boleh bawa perasaan kemarin. Relaks relaks! Huhu!
"Shila pakai seat belt macam kakak mu" arah Farid.
Shila menurut.
Farid memandang aku di tempat duduk driver. Aku pandang depan je... Seatbelt memang aku sudah pakai. Semua sudah ready untuk bergerak.
"Sayang sudah bawa beg kerja? Selalunya sayang lupa" tanya Farid yang masih menjenguk- jenguk di jendela kereta.
Aku menarik nafas.
"Sudah" sambil menjelingnya kira confident lah tu.
Farid ketawa sambil batuk. Macam batuk di sengajakan.
"Ini beg kerja siapa?" Sambil Farid tayang beg itu di jendela.
Lepas ketawanya, macam orang senang hati mengenakan aku.
Aku menahan malu. Hilang confident aku serta merta. Aku rampas beg kerjaku cepat-cepat.
Hihihi
"Thanks... Abang" sambil kembang kempis hidung ku sengajakan
Sempat Farid memicik hidung ku yang kembang itu. Aku mengaduh sakit sambil menggosok- gosok hidungku.
Si kembar dalam kereta nda payah cakap ketawa sama- sama. Geli hati lah tu...
*****
Nor Aina menerpa ku. Kertas kerja di tangan lepas ke lantai.
Huh! Nasib nda sakit jantung.
"Kenapa ni Nor?" Tanya ku dengan perasaan marah. Terkejut tu, mana nda marah!
"Sorryyyy" Ucap Nor Aina panjang sambil duduk di kerusi kerja ku.
Aku memandang sekilas, kertas kerja yg sekeping dua itu ku kutip dan memasukan ke dalam mesin photocopy, tekan 5 terus enter, bergeraklah mesin tu.
Aku berpaling semula menghadap Nor Aina sambil bercekak pinggang.
"Hah, ada apa ni!" Soal ku setelah lama Nor Aina berdiam, bermain dengan pen di jarinya.
"Sudah tah kau tanya laki mu Ros?"Soalan di tanya dengan soalan.
Aku tarik nafas dalam- dalam.
"Belum" jawap ku simple sambil mengambil kertas kerja ku yang sudah siap photocopy.
"Kenapa belum? Kau suka lakimu berbini baru?" Tanyanya lagi sengaja mengapikan aku.
Pertanyaannya menaikkan darah ku yang nda mendidih tadi.
"Sibuk lah kau ni Nor. Aku belum rasa masa tu sesuai lagi. Aku belum ready bertanya" jawap ku lagi sambil meletakkan kertas ke dalam file.
"Kalau lakimu mengaku dia ada scandal, kau macammana?" Tanya nya lagi.
Aku terdiam sambil berfikir.
"Kalau kau takut kau bincang sama mama bapamu. Biar dia orang tolong kau" cadang Nor Aina sambil angkat kening ala-ala Ziana Zain.
Aku cuma menaikkan bahu dan mata ku hala ke atas.
" Nantilah" jawap ku ringkas.
Sebenarnya malas aku hendak melayan Nor Aina ni. Sudah lah penyibuk! Bawa hal rumahtangga aku lagi di pejabat. Memang nda cun. Ish!
" Nanti? sampai bila? Sampai lakimu benar-benar kahwin sama bini-bini tu?" Soalnya lagi.
"Hmmmmmm" tiada jawapan tepat untuk ku. Hmm hmm kan saja lah.
"Kau nda sepatutnya terus diam macam ni Ros. Baik tah kau tanya karang. Kalau lakimu masih sayang kau, suruh ia tinggalkan bini-bini tu!" tekannya ayat 'bini-bini' supaya aku ingat yang aku di duakan sekarang.
"Aku belum ada plan apa-apa masa ni. Aku sibuk focus siapkan kertas kerja ku ni. Lepas aku attend kertas kerja ku and si kembar ku tu habis exam. Baru aku carry on buat plan untuk selesaikan hal Rumahtanggaku ni!" Kali ini aku yg tekan ayat 'Rumahtangga aku' biar dia terasa yang dia tu penyibuk!
Nor Aina terdiam sekejap.
Hah! Kenapa diam?! Tadi bukan main tanya macam polis lagaknya! Bentak ku di dalam hati.
"Ok lah. Sorry sebab aku ni penyibuk sikit. Aku mau ingatkan kau saja supaya nda mudah kau di pijak oleh lakimu tu" terangnya dengan selamba badak.
Aku semakin panas! Aircond ofis pun nda terasa. Suka hatinya saja menghambur semua ayat- ayatnya tu macam aku ni tiada hati!
" its ok. Aku sibuk ni. Baik tah ko balik tempat duduk mu" jelas ku dengan nada mengarah menahan sebal.
Nor Aina segera berlalu dengan lenggang lenggoknya.
Aku terduduk sambil menghala nafas lega. Tiba-tiba terasa Panas! Terasa Pedas! Dengan butir bicara kami tadi. Macam menyindir aku jua si Nor Aina tu. Hai lah kawan. Dapat kawan mulut longkang ni menyakitkan hatilah jua.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...