Episod 7

1.7K 37 1
                                    

Aku tiba di coffeebean Beribi sambil melilau mencari perempuan yang bernama Aisyah. Wajah nya memang ku kenal tapi di dalam gambar saja. Tiba-tiba ada seorang melambai-lambai ke arah ku sambil tersenyum.

Okay! aku tarik nafas hembus dan start untuk nampak tenang. Sebenarnya ada sekelumit perasaan benci juga dengan perempuan ni. Maklumlah perampas laki orang!

Aku duduk dan berlagak serius. Dia pun tidak betah merenung aku. Kami sama-sama tertunduk merenung meja. Entah apa yang menarik sangat dengan meja itu. Meja kayu yang berwarna coklat itu menjadi santapan mata kami, masing-masing melayan fikiran entah jauh kemana.

"Sorry" Suara Aisyah memecah suasana sunyi di antara kami.

Aku memandangnya sambil meneliti seluruh wajah dan penampilan Aisyah atas dan bawah, dia bukan bini-bini seksi. Penampilanya sederhana dan wajahnya nampak natural beauty tanpa secalit mekap. Cantik, putih, ish apa puji-puji si perampas ni! Nda jadi!

"Sebenarnya aku lah yang bersama dengan lakimu selama ni. Kami stat kenal tahun lepas"

Okay! aku biar saja dia bercakap. Aku diam sahaja dulu. Baik aku dengar dengan teliti. Nanti dapat jua aku menghentamnya berdas-das tembakan peluru berpandu dari mulut ku ini.

" kami kenal masa ada acara live band di rumah Fauzi. Fauzi yang kenalkan Farid arahku. Mulanya kami tegur-tegur saja kalau kami terjumpa, sudah lama-lama aku pun mau kenal Farid lebih dekat lagi" jelasnya.

"Masa malam tu, aku inda ada transport kan balik. Fauzi yang offer Farid suruh hantar aku balik. Mulanya Farid nda mau tapi pasal sudah selalu terjumpa di mana-mana live band ia pun hantar aku balik"

"Semasa dalam perjalanan balik, aku tanya Farid kenapa ia mau hantar aku balik sedangkan awalnya ia nda mau, katanya ia nda sampai hati"

Nda sampai hati konon! Kalau ia sampai hati masa tu mungkin nda wujud hubungan scandal ni. Bentak ku sendiri.

"Entah tiba-tiba saja keretanya berbunyi bising. Farid terpaksa ke siring jalan untuk cek. And ia bagitau tayarnya pecah di belakang and ia nda ada spare tayar. Aku terkejut dan tanya ia apa patut di buat. Jalan sunyi masa tu inda ada kereta lintas-lintas. Aku call kawanku rupanya nda ada credit handphoneku.Farid pun sama. Lama kami di dalam kereta sambil cerita-cerita. Dan kami....hmmm... terlanjur" ucapnya separuh berbisik di akhir ayatnya itu.

Aku ternganga. Ayatnya yang terakhir itu masih jelas di pendengaran halwa telingaku. Sangat jelas dan masih jelas di telingaku. Ini bukan mimpi Ros, kau masih di alam nyata. hatiku berbisik. Sempat tangan ku mencubit sebelah kanan pahaku. Aduh! sah bukan mimpi!

"Terrrr lanjurr????" Suara ku tersekat-sekat bertanya. Aku terkejut yang amat!

Aisyah mengangguk kepala dan bukan menggeleng menidakkan kenyataannya. Jelas sudah! Tiba-tiba saja Kepala ku terasa berpusing dan aku cuba untuk bangun dari dudukku. Pandangan ku terus gelap.





Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now