Episod 31

915 24 0
                                    

"Mr. Daniel??"

Aku terkejut melihat Mr. Daniel berada bersama kami di restoran Charcoal Bbq and Grill.

"Sorry, aku yang invite Mr. Daniel join sama kitani lunch" jelas Nor Aina sambil mengambil tempat duduk di sebelah Mr. Daniel.

Sebaik saja waiter datang aku pun memesan chicken grilled with mushroom sauce bersama lemon juice sementara mereka memesan lambchop Bbq with mushoom sauce dan minuman apple juice dan çarrot juice.

Setelah selesai memesan tadi kami pun secara automatik zip mulut sambil masing-masing melayan handphone sendiri macam anti sosial lagak kami.

Nor Aina yang berada di hadapan ku menguis-nguis kaki ku di bawah meja. Meminta aku bersuara.

Aku terkaku, terpaku semua yang ku ku ku tu semuanya bersatu membuat aku membisu. Entah kenapa mulut ku ni nda tahu mau mulakan bicara yang macammana di depan Mr. Daniel. Kekok tiba-tiba.

"Ros" tegur Mr. Daniel yang melihat muka ku mungkin macam kerang busuk yang berkerut seribu menahan rasa untuk bersuara.

"Aaaa... yes Mr. Daniel?" Jawap ku tergagap-gagap.

"After lunch we go to the site, I need to check the structure design of the building because Admin need the report before 4pm"jelasnya.

"Okay, sir" tanpa banyak soal aku terus saja bersetuju.

Nor Aina di hadapan ku sempat menjeling tajam geram mungkin dengan perangai ku yang malu-malu miow tu. Hihi.

*****
Kami sampai ke tempat site pukul satu petang. Sepanjang mengelilingi bangunan yang separuh siap itu aku mungkin ada di situ tetapi fikiran ku sudah jauh melayang. Entah apa lah yang mengganggu fikiran ku saat ini. Mungkin memikirkan kehidupan ku selepas aku menjadi isteri Farid semula. Adakah akan bahagia seperti dahulu atau kelam di telan kegelapan.

Mr. Daniel menghampiri ku setelah selesai berbincang dengan ahli-ahli wakil lembaga syarikat yang lain. Ia menyapa ku lalu menyerahkan sebotol air mineral.

"Thankyou"ucapku.

Mr.Daniel membalas dengan jari tangannya yang bermaksud 'okay'.

"Sudah pukul tiga jom kita balik ofis" ajak Mr. Daniel lalu kami pun berjalan menuju ke kereta.

"Ros, you're not in a mood today, is there something wrong?" Mr. Daniel menyoalku di dalam kereta.

" I'm getting married Mr. Daniel?" Jelasku lalu memandang keluar jendela menahan sebak di dada.

"Married? With whom?" Soalnya terkejut. Mr. Daniel yang sedang mengundur keretanya kebelakang menekan brek tiba-tiba.

"My twins daddy, my ex"

kami saling berpandangan, airmukanya nampak berubah mendung tiba-tiba. mataku semakin berkaca empangan air yang berkolam di tubir mataku jatuh bergenang ke pipi. Aku segera mengesatnya.

Airmuka Mr. Daniel sukar untuk ku gambarkan waktu ini. Ia bungkam.

"Do you love him?" Soalnya merenung anak mataku.

Aku turut memandang matanya yang nampak memerah. Aku membalas dengan gelengan kepala.

"Then why you marry him?"

"I have too, I've no choice. My twins needs him"

"I understand, lets gets some air"

Mr. Daniel terus memandu tanpa ku tahu hala tujunya, yang aku tahu jalan yang di bawanya bukan menuju ke ofis.

*******

Kami tiba di pantai Tungku. Mr Daniel meletakkan keretanya di hadapan batu-batu besar lalu keluar dari perut kereta. Aku ikut keluar lalu kami mendaki batu-batu besar itu. Tiba di atas batu kami pun melabuhkan punggung di situ sambil melihat air laut yang biru indah dan tenang pada pandangan mata.

"Why we're here?" Soalku setelah teringat report site yang perlu di hantar ke bahagian Admin jam empat petang ini.

"Cooling down" sambil ketawa kecil.

Aku tergelak lalu mencubit lengan Mr. Daniel yang cuba membuat lawak. Ia mengaduh sambil menggosok lengannya itu.

"Macam ketam" kami ketawa lagi.

"Mau lagi" aku cuba menyakatnya.

"No!" Ia segera mengelak lalu menolak bahuku.

Meletus ketawaku yang masih bersisa tadi.

"Ros"

Aku memandangnya sebaik ia menyebut namaku dan kami saling bertentang mata. Panahan matanya membuatkan aku tertanya-tanya. Adakah aku ada di dalam hatinya?

"How you feel now?" Soalannya mematikan lamunan ku yang jauh tadi.

"Confused"

"You can't follow your heart when it's confused than your head. Don't worry, Allah is never blind to your tears, never silent to your pain, Allah sees everthing and will deliver it to you. Salat Istikharah when you need  guidance on an issue in life"

Aku mengangguk mengiakan dengan nasihat yang di berikan Mr. Daniel kepadaku.

"I'm trying to make sense of this war inside my head"

"What war?" Mr. Daniel menyoalku.

"Between my heart and my children hopes"

"Do you ever look at your child and you literally feel your heart melting because you love them so much?"

"I did, seeing my kids happy is one of the best feelings in this world" jawapku.

"If you were me what would you do?" Soalku kepada Mr. Daniel.

"If I were you, I have to sacrifice my heart to make my child happy"

Mr. Daniel memandangku dan memberikan senyumannya.

Aku membalas senyumannya itu. Mungkin inilah jawapan yang telah di berikan. Kini aku pasrah..

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now