Episod 37

739 17 2
                                    

Air sungai Brunei mengalir tenang di hadapan mataku. Sesekali aku terdengar kocakan air akibat di hempas oleh perahu tambang yang lalu lalang di sungai Brunei itu. kampong Ayer terserlah indah dan mendamaikan sebaik senja berlabuh.

Aku memandang Mr. Daniel yang sedang berbual dengan budak-budak kampong Ayer di jambatan kayu yang terletak di bawah jambatan RIPAS yang tembus dari satu kampong ke satu kampong yang lain. Kelihatan sedang rancak berbual mungkin dia tertanya-tanya cara budak itu membuat kikik. Kikik aka layang-layang. Mungkin Mr Daniel teruja ingin mengetahui cara membuat kikik. Maklumlah Mr. Daniel orang bandar hidup senang mungkin belum pernah merasa bermain kikik. Budak itu mengajarnya cara melayangkan kikik tersebut.

Mata kami bertaut. Mr. Daniel melambaiku menunjukkan kikik yang baru saja berjaya di layangkannya. Aku hanya membalas dengan senyuman. Ia lalu memanggil ku untuk datang. Aku pun berjalan menuju kejambatan itu, dia lalu menyuruhku memegang tangsi kikik aka tali untuk kikik itu kekal melayang tinggi.

"Siuk kan?" Mr. Daniel nampak teruja.

Aku memandang kikik yang kian melayang tinggi itu. Dulu semasa aku tinggal di kampong Ayer di rumah nini. Aku dan adik ku memang suka main kikik. Kikik siapa paling tinggi dialah yang menang. Hihihi lucu rasanya mengenangkan kenangan itu. Sekarang kami sudah besar masing-masing hidup sendiri dan berasingan. Kalau teringat kembali banyak kenangan indah duduk di kampong Ayer tapi sekarang rumah nini sudah menjadi abu akibat kebakaran. Nini akhirnya terpaksa tinggal dengan Usu mawar di darat.

"You know what, kikik tell us something" Mr. Daniel memecah keheningan di antara kami.

"Something?" Soalku kurang mengerti apa yang cuba ingin di sampaikannya.

"How we make the kikik and how we play it its not that easy. It takes so much patient. The first I try I think I can't make it. But that boy really helps me alot. Thanks to him" Dia melambai budak lelaki yang bermain kikik tidak jauh kedudukan kami. Budak itu melambainya kembali membalas sapaanya itu.

"So what is that something?" Soalku lagi seolah something yang di beritahu Mr. Daniel belum jelas untukku.

"Everthing its not so easy, how hard it happen we have to try to stay calm, think wise, more focus on how to solve the problem. When i saw kikik, all I want is that thing to fly. And how suppose to make that thing fly, I control kikik by this rope and with the help of that boy, it fly!" jelasnya yang bermaksud something tadi.

Sekarang aku faham apa di maksudkan 'sesuatu' itu. Aku memandang dada langit yang kian senja. Memandang kikik yang masih terbang jauh di bawa angin.

Kikik mengajar aku hari ini. Membuka minda ku seluasnya. Melapangkan sedikit kekusutan fikiranku. Semua yang memiliki kikik setentunya ingin sentiasa melihat ia terbang tinggi. Setinggi kemahuan ku. Aku umpama orang yang menguasai kikik itu. Jika aku gagal membuatnya terbang aku nda akan melihat ia di awangan.

Begitulah kehidupanku jika aku ingin bahagia aku harus berusaha mengubah kehidupan ku ke arah yang lebih baik. Mungkin sudah tiba masanya aku harus ke depan. Sampai bila aku biarkan perkara ini berterusan. Kali ini aku tidak akan menoleh lagi! Aku hanya ingin memandang kikik memandang kehidupan ku jauh sampai ke dada langit dan Mr Daniel dia lah umpama budak lelaki itu. Mr. Daniel memandangku lalu kami berbalas senyum.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now