Kami tiba di restoran Le Taj yang terletak di Serusop. Setelah memilih tempat duduk kami pun memesan ayam briyani dan kambing briyani. Minuman jus lemon dan air longan.
"Farid, kau dan Aisyah sudah okay?"soalku memulakan bicara.
"Belum, aku masih mencari ia, telefonnya belum on" jelasnya dengan wajah mendung.
Mungkin risau plus rindu."Kau sudah cari ia di rumahnya?" Tanyaku lagi.
"Sudah tapi kosong nda ada orang" jelasnya lalu membiarkan waiter menjalankan tugasnya meletakkan pesanan kami. Kami pun menjamu hidangan yang kami order selepas membaca doa makan.
"Farid, kau sudah tanya kawan-kawannya mana lah tau Aisyah ada sama kawannya" aku memberikan buah fikiran untuk menjejaki Aisyah.
"Belum ku tanya kawannya. Sekejap aku whatsapp kawannya dulu" sambil menekan telefonnya. Aku hanya mengangguk sambil menyuap nasi ayam briyani dengan penuh berselera.
"Apatah sudah kawannya balas?" Soalku sebaik melihat Farid memeriksa telefonnya selepas 15 minit berlalu.
"Katanya Aisyah nda ada di tempatnya" jelas Farid kepadaku. Kedengaran Farid mengeluh berat.
"Ia ada kawan lain, selain kawannya yang kau text ni?" Soalan ku di jawap dengan gelengan kepala.
"Aku rasa ia sudah meminta kawannya ni untuk merahsiakan keberadaannya dari kau. Cuba kau ketempat tinggal kawannya ni menyiasat sendiri" cadangku.
"kau mau ikut aku?" Soalan Farid mematikan suapanku. Aku terdiam sebentar. Kalau aku ikut untuk apa? Bukan memberikan apa-apa faedah pun. Bukannya urusan ku pun. Adoi, mulut ni kenapalah kau tanya pasal si Aisyah tu tadi?! Ni lah akibatnya Farid mesti merayu aku untuk menemani ia ke tempat tinggal kawan Aisyah.
Dan permintaannya kini ku tunaikan, nda percaya kami sudah pun terpacak di hadapan apartment kawan Aisyah, Fatin. Farid mengetuk pintu no. 5 lalu di buka oleh seorang perempuan yang bernama Fatin. Aku tahu pun pasal Farid yang menyapa Fatin di pintu.
"Fatin sorry kacau, Kan tanya kalau ada Aisyah kemari?" Farid menyoalnya.
Fatin terkelu mungkin sedang memikirkan idea untuk kelentong si Farid. Aku rasa sajalah, muka orang kan, boleh di baca kalau nda pandai sembunyikan rahsia. Macam lagak si Fatin ni lah macam serba nda kena. Garu-garu kepala sambil gugup menjawap bila di soal Farid. Matanya pun asyik mengelak dari menentang mata Farid yang mendesaknya supaya memberitahu keberadaan Aisyah.
"Tapi aku sudah whatsapp kau kan Farid yang Aisyah nda ada di tempatku" Fatin menggigit jari sambil memandang sekeliling.
"Fatin, please tolongku, aku tau, kau mesti tau di mana Aisyah. Aku sayang ia Fatin. Aku nda kan sia-siakan ia lagi Fatin. Percaya tah!" Farid merayu dengan airmata yang nda dapat di tanggungnya lagi. Fatin kelihatan serba salah. Tiba-tiba aku terdengar bunyi kanak-kanak menangis di dalam apartmentnya itu. Baby Azim! Aku semakin pasti!
"Fatin kan?" Soalku. Fatin mengangguk.
"Fatin bagitau saja kami kalau ada Aisyah di dalam pasal aku dengar bunyi baby Azim menangis di dalam" aku berjaya membuatkan Fatin mengangguk mengaku. Lalu ia membuka pintu rumahnya menyuruh kami masuk.
"Thanks Ros" ucap Farid aku hanya mengangguk.
Selepas itu apa yang aku lihat hanyalah babak airmata yang memilukan. Semoga kau bahagia Farid.
*******
Aku menuju ke keretaku sebaik saja selesai menyatukan babak cinta di antara Farid dan Aisyah tadi. Masih terngiang-ngiang di benak ku semasa Aisyah mengajak ku berbicara. Waktu itu Farid sibuk melayan kerenah baby Azim yang kelihatan begitu manja dengannya.
"Ros" sapa Aisyah membuatku menoleh kearahnya. Aku memandang Aisyah di hadapanku menanti kata-kata seterusnya.
"Sorry, aku baru sedar yang aku terlampau pentingkan diri sendiri. Aku fikir aku lebih makan hati dari kau tapi rupanya kau lebih banyak makan hati dari aku"
"Sebenarnya aku jealous, aku macam nda dapat terima bila kau rujuk semula dengan Farid. Aku rasa hidup ku kosong tanpa Farid. Aku sengaja mengacau hidup kamu selepas kamu rujuk. Aku tau Farid seorang yang penyayang nda akan membiarkan orang macam aku ni susah. Pasal perangainya tu aku sentiasa mengadu supaya ia peduli hal kami and ia nda ada masa dengan kamu anak beranak"
"Tapi selepas ku kenal babu Hajah Fatimah, aku tiba-tiba saja berubah. Aku selesa dengan hidup ku. Seolah aku ada mama, aku ada keluarga. Aku rasa hidupku di sayangi. Di manjakan, apa saja yang ku mahu babu mesti bagi. Babu sayang baby Azim dan menganggap kami anak beranak macam keluarganya. Sebaik kau memberitahu pasal kau dan Farid bakal bercerai aku lihat babu kecewa, terluka, aku lihat ia sakit. Timbul rasa salahku. Malam tu aku nekad, aku mau undur diri dengan cara sembunyi di rumah Fatin mungkin kamu selepas ni akan berbaik semula rupanya sebaliknya. Sorry Ros. Aku banyak dosa arahmu. Sekiranya kau masih sayang Farid aku rela mengalah aku rela mengundur diri"
"Lupakan saja semuanya Aisyah. Nda payah di kenang lagi. Aku sudah redha. Aku sudah pasrah. Aku yang minta bercerai ni. Aku rasa hatiku bukan ke Farid lagi. Aku rujuk pasal anak-anak. Tapi semalam aku sudah bagitau si kembar pasal aku dan babahnya nda hidup bersama lagi. Aku bagitau durang walaupun nda hidup bersama, durang tetap ada babah dan mama durang dalam suka atau dalam duka. Aku harap selepas ni kau dapat terima anak ku macam anak mu jua. boleh?" sambil memandang tepat ke anak matanya.
Aisyah mengangguk kepala sambil tersenyum.
"Macammana dengan babu, selepas ni mesti ia nda suka aku, kau rasa?" Aisyah kelihatan risau.
"Kau tau babukan? Kau pun sudah tau macammana memujuk ia. Don't worry, ia mesti sayang kau" aku meyakinkannya.
"Thanks Ros, nda terbalas rasanya kebaikkan mu ni. semoga Allah memberikan kau jodoh orang yang baik-baik, bahagia sehingga keakhirnya" sambil memelukku erat.
"Amin" bisikku perlahan sambil membalas pelukkannya itu. Aisyah menangis semahunya di bahuku. Aku membiarkannya sehingga ia tenang.
Setelah memanaskan enjin kereta, aku pun memandu keluar dari mahkamah syariah menuju ke rumah.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...