Episod 6

1.9K 33 0
                                    

Aku memandang sofia dan shila berlari-lari sekeliling taman permainan. Seronok jadi budak kecil. Kejar sana kejar sini. Gelongsor sana gelongsor sini. Jongkat jongket sana jongkat jongket sini. Aku nak main juga lah..

Tapi kaki ku malas untuk bergerak. Aku masih kaku di bangku memandang mereka.

Huh!

Kejadian tiga hari lepas bermain di minda ku.

" Maafkan abang...sayang"

Aku berkeras untuk merenggangkan pelukan Farid. Ku tolak tangannya ke tepi. Aku memandang tepat ke wajahnya.

"Aku mahu cerai..." Pinta ku suara ku bergetar menahan tangis.

Farid ku lihat terpaku. Dia terdiam.

"Aku nda mau duduk di rumah ni lagi. Aku mau pindah ke rumah mama bapaku. Aku sudah nda bahagia." Jelasku sambil teresak menahan tangis.

Farid masih terdiam. Bisu kali sudah! Atau pekak?! Atau di hadapan ku ini patung jadi-jadian. Ish nda boleh jadi ni! Sakit juga hatiku melihat ia berdiam diri begitu.

"Tapi aku masih sayang kan sayang dan anak-anak" jelasnya sayu.

Sayu?! No! sayu-sayulah konon!

"Abang kahwin sajalah dengan bini-bini tu. Tapi aku, abang mesti ceraikan. Aku nda mau bermadu. Lagi pun sampai bila berbuat dosa berhubungan sulit dengan bukan yang halal?" Tegasku dalam sendu.

Farid mencapai tangan ku dan membawanya ke dadanya sambil menangis.

Aku menjadi serba salah. Tapi semuanya harus ku telan aku sudah membuat keputusaan bahwa inilah jalan yang terbaik. 

************************************

"Habis sudah pikiran mu tu Ros mau bercerai dengan lakimu" soal Hajah Salmi, mamaku.

Aku berdiam. Entah yang ke berapa kali mama sudah bertanya soalan yang sama.

"Perkara cerai jangan di buat main. Allah tidak menggalakkan kita bercerai berai" nasihat mama entah kali ke berapa lagi.

Aku berdiam sja. Berdiam itu lebih baik dari berkata-kata.

"Aku malas sudah menegur kau ni. Bukan kau ambil peduli nasihatku ni. Masuk telinga kanan keluarnya ke telinga kiri"

Hajah Salmi bangkit dari tempat duduknya sambil berlalu masuk ke dapur.

"Farid pun satu sudah berapa hari kau di sini. Nda datang pujuk-pujuk. Anak pun nda rindu" mama mengomel lagi.

Orang sibuk bercintan- cintan. Mana lah ia kan rindu.... Omelku sendiri sambil mencebik.

"Apa?" Mama bertanya ku seolah mendengar aku mengomel sendiri tadi.

Hihihi sengih ku.

Mama yang baru keluar dari dapur meletakkan minum petang di atas meja. Hi tea lah katakan.

"Makan tu cucur udang panas masih tu. Nah teh minum. Si kembar mana?"
Pelawa mama sambil mencari si kembar.

Sofia yang berada di pintu hadapan berlari ke meja. Shila menyusul selepas itu.

"Hah, makan- makan!" Pelawa mama lagi sambil menuang air milo kesukaan si kembar.

"Kesian aku lihat anak mu ni Ros. Kau masih dengan keputusan mu tu?" Soal mama lagi.

Aku mengeluh berat.

" Ma, buat apalah aku mengharapkan lagi bila orang sudah nda sudi" jelasku lagi dan lagi.

Akhirnya mama terdiam. Aku pun turut berdiam.

************************************

Cuti sekolah semakin hampir ke penghujungnya. Aku baru teringat hendak menukar sekolah si kembar biar lah si kembar sekolah hampir dengan kampung ku ini.

Sofia menghampiri ku dengan telefon pintarku di tangannya. Aku membawanya ke riba. Sofia agak manja sedikit dari Shila. Shila dan Sofia memang jauh bezanya walaupun mereka kembar. Shila suka dengan aktiviti lasak sementara Sofia lemah lembut dan tidak suka permainan lasak.

Aku membuka whatsapp yang masuk. Ada nombor yang tidak ada tertera nama di situ memberi salam.

"Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam, siapa?" balasku sambil bertanya.

"Ani Aisyah" balasnya pendek.

Aku tergamam. Dari mana ia dapat nombor ku?

Aku biar kan text terhenti di situ.

"Boleh bincang?" Mesejnya masuk lagi.

" Bincang apa?" Soalku sambil berkerut dahi.

"Pasal Farid"

"Pasal kita"

"Pasal anak-anak"

Dia text terus...

Aku masih kaku untuk menekan abjad di telefonku. Tiba-tiba datang idea. Tink!

"Kita jumpa somewhere?"balasku

"Di mana?"

Aku terus inform tempat yang bakal kami jumpa nanti.

Aisyah? Siapa sebenarnya Aisyah?


Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now