Hari ahad, hari yang sesuai membawa keluarga beriadah ke pantai. Aku ingat lagi janji ku hendak membawa si kembar ke pantai. So hari ni lah.
Awal pagi lagi aku dan mama sibuk menyiapkan bekal untuk dibawa ke pantai. Babah pula sibuk memeriksa kereta Toyota Alphardnya sambil menyimpan perkakas yang hendak di bawa ke pantai. Sementara si kembar nda usah cakap masih lena di buai mimpi.😪😪
Pukul 730 pagi kami pun bertolak ke pantai, destinasi yang di tuju adalah...Pantai Tungku.🏄
Sepanjang perjalanan kami tiga beranak yang duduk di passenger belakang tidak lekang ber wefie, berselfie lastnya ajak mama babah ikut sekaki ber wefie sampai habis phone memory. Hahahaha.😅
Setelah sampai kami pun memunggah apa yang kami bawa untuk kesini. Mulanya babah mengeluarkan alas untuk kami picnic si kembar yang tolong. Aku dan mama mengeluarkan beg bekal dan mug lalu kami letakkan di atas alas tadi. Kami pun breakfast terlebih dahulu.
Selepas selesai mengisi perut kami pun membawa si kembar bermain di persisiran pantai. Bukan main girang lagi mereka. Sehingga aku tidak lepas mengambil peluang merakam gelagat mereka bermain air sambil berebut mengutip kerang.
Selepas mengutip kerang dan bermain air. Mereka melukis-lukis di atas pasir dan apa yang ku lihat mereka menulis nama mereka sendiri 'Shila dan Sofia'
Setelah puas menulis dan melukis. Si kembar pun mengajak kami membuat istana pasir. Babah paling bersemangat melayan kerenah mereka. Baru saja aku ingin join sekaki tiba-tiba telefon ku menjerit minta di angkat.
Aku terus menjawap tanpa melihat nama si pemanggil.
"Assalamualaikum" Sapa disana.
"Waalaikumsalam"Jawapku.
Farid? Nama yang hadir di kepalaku.
Sebaik saja aku mengenali suara itu aku pun menjauh sedikit dari mereka yang masih bermain pasir.
"Kenapa Farid?" Soal ku
"Si kembar mana?"Soalnya pula.
"Ada main pasir. Hari ni kami ke pantai" Jelasku pendek.
"Kamu saja?" Tanyanya lagi.
"Sama babah, mama" Jelasku
"Esok aku off duty boleh ku bawa si kembar jalan-jalan?"Tanyanya.
"Aku tanya si kembar dulu kalau okay, aku hantar durang ke tempat mama" Jelasku
Mama yang ku maksudkan itu adalah Hjh Fatimah. Sehingga hari ini aku masih menyebut mama pada bekas mertua ku itu. Mungkin aku masih menganggap mereka sebahagian dari keluarga ku walaupun hubungan antara aku dan Farid sudah tidak ada apa-apa lagi.
"Karang malam aku ambil durang. Text aku kalau si kembar okay" Ucapnya di hujung sana.
Aku 'hmm hmm' kan sajalah.
****
Malam yang aku janjikan. Aku menghantar si kembar ke rumah bekas mertua ku. Sempat aku berpesan untuk tidak nakal sepanjang bersama babah mereka.Setiba aku di kereta. Kereta kia cerato milik Farid masuk perkarangan rumah. Dan langkah ku terhenti seketika.
Farid datang menghampiri aku. Aku sempat kerling orang di dalam keretanya. Aisyah kelihatan merenung aku dari jauh. Aku berlagak selamba sambil ku mulakan lakonan ku.
Action!
"Thank you hantar si kembar ke sini. Esok sebelum malam aku hantar semula kemari" ucapnya.
"Esok kau hantar saja durang sekolah macam biasa okay?" Pintaku.
Esok sekolah kan manalah boleh ikut cuti macam babahnya.
Farid mengangguk saja.
"Baju sekolah sudah aku siapkan, homework durang pun sudah buat. Kalau mau bawa durang jalan malam ni pun okay tapi jangan akhir balik. Sebab kau pun tau kan durang ni payah di banguni" Jelas ku panjang lebar.
Kalaulah boleh banyak lagi nak ku pesan ialah sebelum ini pun aku yang melengkapkan keperluan si kembar. Farid tolong sikit-sikit saja. Tapi itu pun aku bersyukur juga ringan sikit bebanku. Haha.😄
"Okay bos" ucapnya patuh sambil tabik hormat.
Kami ketawa sehingga terlupa pula perasaan orang di dalam kereta. Sebenarnya sengaja aku buat lupa.hihi😆
Tiba-tiba entah mana datangnya angin sehingga masuk habuk ke mataku. Aku mengadu sakit mata. Farid apalagi manalah dia camah mata. Dia dengan selambanya menolong aku meniup mataku yang masuk habuk itu.
Setelah itu kami memandang awan. Kalau ada bintang memang nda hujan. Tapi malam ni nampaknya hujanlah.
"Malam ni macam nda dapat bawa si kembar berjalan-jalan. Esok sajalah lunch hour" Ucap Farid membelah kesunyian di antara kami.
Aku mengangguk saja.
Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu kereta di tutup kuat. Kami sama-sama menoleh ke kereta Kia Farid. Memang sah si Aisyah marah. Siapa nda marah oi.. lakinya tu aku usik. Aha, tau jealous!😏
Farid, selepas dia perasaan si queen control tu marah dia pun berlalu ke pintu rumah dan aku pula tersenyum lalu melambai Aisyah tanpa perasaan bersalah. Aisyah pula menjeling sambil mengetap gigi. Geram lah tu melihat perangai aku tadi.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...