Aku menikmati sarapan pagi bersama mama. babah nda tau sudah kemana mungkin sama anak-anak ke kedai. Biasalah babah kalau pasal si kembar memang ia manjakan. Apa si kembar mahu di turuti.
"Babah ke mana ma?" soal ku.
"Biasalah mendulur si kembar ke kedai" jelas mama.
Tekaan ku benar.
"Ma, selepas sembahyang jumaat kita jalan-jalan mau?" pintaku.
"kemana?" soal mama.
"Lihat expo di icc" jelasku.
Sebenarnya ingin membuang stress. Malas mahu terkenang sesuatu bisik hatiku.
"Nanti tanya babahmu dulu" jawap mama.
"ok"
Telefon berbunyi.ku pandang ada call dari bekas mama mertua?
"Assalamualaikum" sapa Hajah Fatimah, bekas mertuaku.
"Wa'alaikumsalam ma" jawapku
Walaupun bukan lagi menjadi menantu kepada Hajah Fatimah tapi aku tetap menganggapnya Sebagai mamaku.
"Mama mau tanya ni, benarkah kau dah tau yang Farid nikah hari ni?" soal Hajah Fatimah.
"Hmmm" balasku mengiakan.
"Ya Allah, mama langsung nda tau yang Farid nikah hari ni. Baru saja mama tau ni" jelasnya terkejut.
"Aku tau mama, tapi Farid nda suruh bagitau kita, sorry ma" pohonku.
"Mama nda salahkan kau lai, mama kecewa saja sebab kali ni ia belakangkan mama, babah"ucapnya dalam sendu.
Mungkin dia kecewa dengan anaknya.
"Biarlah Farid kahwin mama ia mesti tanggungjawap dengan Aisyah"pujuk ku.
Sebenarnya aku pun ikut bersedih tapi aku mesti redha dengan ketentuanNya. Mungkin ada hikmah semua ini terjadi.
"Apa khabar si kembar? Mama rindu durang. Sekali sekala bawa durang kemari" pinta mama.
"Nanti bawa ke sana" jelasku.
"Babahmu dari tadi bising. Menangis ia Farid nikah nda bagitau. Sedih ia mengenang si kembar dan kau" cerita Hajah Fatimah dan kedengaran ia menangis di hujung sana mungkin menahan sendu.
Aku mengesat airmataku. Aku ikut terasa dengan kesedihan bekas mertua ku itu.
"Babahmu pikir selama ni kau yang salah rupa-rupanya anaknya yang gila bini-bini. katanya malu ia dengan kau lai" jelas Hjh Fatimah lagi.
"Sudah tah ma jangan di kenang lagi. Sorry kalau selama ni aku jadi menantu yang nda baik buat mama babah" pohonku.
"Sepatutnya kami yang meminta maaf lai, Farid membuatmu macam ani. Kesian si kembar"jelas Hjh Fatimah.
Aku diam saja.
"Farid telefon mama bagitau ia minta maaf. Mama hairan pasal apa ia minta maaf. ia bagitau mama ia nikah hari ni. tuan kadi menyuruh ia telefon kami untuk meminta maaf sebelum start akad nikahnya tu. Apa lagi mau pitam mama nasib babah mu ada ia menyambut panggilan atu. Babah mu apa lagi menangis terus. Sempat babah bercakap ia nda dapat terima bini-bini tu dalam keluarga ni" cerita Hjh Fatimah.
Aku memandang si kembar yang baru balik dari kedai sambil membalas lambaian mereka.
'Selamat Pengantin Baru Farid' hati ku berbisik sambil masih melayan panggilan bekas mertua ku itu.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...