Hari ni awal pagi sudah si kembar semangat bangun pagi sambil membangunkan aku yang masih terlena. Aktiviti untuk hari ini ialah ke 'Funblock' yang terletak di kg Menglait.
"Mama, jomlah jalan Shila semangat sudah ni" ajak Shila sambil menarik tangan ku untuk ke kereta.
"Breakfast dulu Shila sambil tunggu Nini girl bersiap" pujuk ku.
Shila berpeluk tubuh dengan muka cemberut. Dari semalam lagi Shila lah yang paling semangat hendak ke Funblock.
Aku membelai rambut Shila lembut."Shila makan dulu, kalau nda makan karang Shila sakit perut. Kalau sudah sakit perut nda dapat main nda jadi ke Funblock" Jelas ku.
Shila akhirnya akur dan mengambil tempat duduk di sebelah Sofia. Aku menghidangkan sandwich dan air milo kepada mereka sambil menanti mama yang masih bersiap-siap di atas.
Sesampai kami ke FunBlock sebaik selesai membeli ticket masuk, Shila terus mengajak kami bermain ice skating.
Pada awalnya aku sendiri pun nda dapat mengimbangi badan ku nasib baik pekerja di situ mengajar kami berjalan menggunakan roller skate.
Shila paling cekap menangkap apa yang telah di ajar. Ia sudah dapat bermain sendiri sementara aku dan Sofia masih berjalan perlahan dan saling berpaut di antara satu sama lain. Apabila Sofia jatuh aku pun ikut jatuh akhirnya kami pun ketawa sama-sama geli hati. Mama nda usah cakap kadang ia membebel sebab risau melihat gelagat kami bermain kadang ia pun ikut ketawa melihat kami jatuh.
Sesudah bermain skating kami pun menuju ke 'Gaint slide' kali ini aku hanya memerhatikan si kembar bermain sementara aku dan mama mengisi perut yang sudah kosong.
Telefon pintar ku berbunyi minta di angkat aku pun terus menjawap sebaik melihat di skrin telefon nama Farid yang hadir di situ.
"Assalamualaikum" sapa di sana.
"Wa'alaikumsalam"jawapku.
"Ros, si kembar mana?" Soalnya.
"Ada, aku bawa durang ke Funblock. Kenapa?" Jelasku lalu bertanya.
"Aisyah masa ni sudah mengeluaran dan kami dapat baby boy" jelasnya ada nada gembira di situ.
"Alhamdulillah" jawapku turut gembira dengan berita itu.
"Kalau nda keberatan dapat bawa si kembar ke hospital. Pasal hari tu durang ada pesan suruh bagitau kalau baby sudah lahir" pintanya.
"Boleh, karang aku bawa durang ke sana"jelasku.
"Ros!" Panggilnya.
"Kenapa?" Soalku
"Aku suruh doktor cek DNA aku sama baby. Tiga bulan baru keluar result" ceritanya.
" Kau teruskan jua niat mu menyiasat pasal baby tu?" Soalku
"Yup"jawapnya ringkas"Kalau baby tu baby kamu macammana?" Tanyaku lagi.
"Aku teruskan tanggungjawap ku ni" jelasnya.
"Kalau bukan?"
" Kita rujuk?" Cadangnya.
Panggilan itu terus ku putuskan sebaik mendengar cadangannya itu. Nampaknya Farid belum berputus asa. Aku menyimpan telefon pintar ku ke dalam saku seluar.
"Mama! Mama!"
"Shila jatuh! Mamaaa!!!"
Aku segera menoleh sambil jantungku berdegup deras mendengar jeritan itu. Kelihatan Shila tersedu-sedan menangis.
"Ya Allahhh!"
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...