Episod 44

885 23 1
                                    

Hari ini aku bercadang membawa Ms. Queen aka ibu tiri snow white aka musuh dalam selimut aka Aisyah berjumpa dengan bakal mama mertuanya yang pernah tidak di iktiraf sebagai menantu sebab pernah jadi hantu! So kalau dulu sebab berwajah hantu, sekarang ni aku suruh ia dandan cantik-cantik pergi salon pakai duit si Firaun supaya bakal mertua suka biar hari ni terus dorang kahwin dan aku pun tumpang lalu hai hai bye-bye.

Aku sempat menjelingnya di sebelah. Sedari tadi asyik belek-belek muka, entah apa yang kurang dan lebihnya aku perhatikan okay saja. Macam cina opera! Macam geisha jepun tu pun ada jua. Ish! Menyesal jua ku membawa ia duduk sekereta ni, bagi menambah dosaku saja mengumpat ia dalam hati! Dia pula dapat pahala free, adoi!

"Assalamualaikum mama" aku menyapa Hajah Fatimah di pintu lalu tunduk menyalaminya. Aisyah pun ikut bersalam dengan mertua ku itu.

"Waalaikumsalam" balas Hajah Fatimah sambil melirik ku meminta jawapan dengan soalan yang boleh ku baca dari kepala otaknya. Kenapa boleh ada perempuan ni? Rasa-rasa macam tu lah pertanyaannya. So aku dengan yakin memberi isyarat tunggu saja dulu selepas masuk ke dalam rumah.

Sebaik kami berdua masuk. Hajah Fatimah menarik ku ke dapur sementara Aisyah di biar duduk di ruang tamu.

"Apa ni Ros? Macammana boleh kau sama perempuan tu? Perempuan tu Aisyah kan yang ex si farid dulu?" Hajah Fatimah menyoal ku bertubi-tubi. Air liur pun belum sempat ku telan sudah di suruh menjawap soalannya itu.

" Sebenarnya ma, Aku dan Aisyah sudah lama berbaik jadi kami pun berkawan baiklah. Hari ni kebetulan window shopping sama-sama and kami pun ada beli buah tangan untuk mama. Jom kitani ke ruang tamu" aku pun menarik tangan Hajah Fatimah untuk ke ruang tamu.

"Malas lah mama lagi-lagi ada bini-bini tu di luar" Hajah Fatimah mencebik tidak mahu.

Hai lah mama kalau mama tau aku pun nda mau hadap muka perempuan tu tapi demi syarat yang harus ku tunaikan aku pun gagahi jua. Aku memegang tangan mama sambil menarik nafas dalam-dalam.

" Ma, yang lepas tu sudah lah usah di kenang lagi. Kita buka buku baru a. Please? Mama belum kenal lagi Aisyah kalau kenal gerenti mama suka! Aisyah tu baik sebenarnya ma. Kitani saja yang salah menilai ia sebelum ni" uwek! Uwek! Muntah hijau kalau berlakon macam ni. Seksanya menipu!

Kelihatan Hajah Fatimah seperti mahu dia ajak ke ruang tamu. Aku pun terus happy misiku hampir ke paras 60% sikit lagi Ros!

Setelah kami berbual-bual kosong, mama mertuaku itu pun serba sedikit sudah memberikan respon positif dengan Aisyah.  Al maklumlah sebelum kami kesini aku pun sudah mengajar Ms. Queen ni tata cara menjadi bakal menantu kesayangan. Dan dia pun menurut semua suruhan ku.

"Babu, ni Aisyah belikan kain batik untuk babu harap babu suka warna coklat ni" Aisyah menyerahkan kantung isi kain batik itu. Warna coklat memang kesukaan mertua ku. Dan aku sengaja menyuruh Aisyah beli kain batik itu sebab harga kain batik sangat mahal dan mertua ku memang suka dengan barang berharga. Tapi itu bukan bermakna ia gila harta tapi lebih kepada menyayangi harta benda pemberian orang. Babu aka mama atau aunty

" Thankyou macam tau-tau saja babu suka warna coklat" Hajah Fatimah mengambil pemberiannya itu.

"Nah ma, Ros belikan Skirt warna hitam untuk mama" aku menyerahkan kantung berisi skirt itu kepada Hajah Fatimah. Sengaja aku memilih Skirt biar pemberian ku murah supaya pemberian Aisyah lebih bernilai dan di hargai dari aku.

"Thankyou lai" Hajah Fatimah  mengambil kantung ku lalu melihat isi di dalamnya. Setelah mencuba skirt itu dia pun berpuas hati.

"Aisyah, Ros, hi tea sama mama di sini a. Karang balik okay. Mama buat cucur dulu pakai minum petang" ajaknya. Sebaik mendengar nama Aisyah dulu disebutnya aku terus berbunga-bunga gembira. Serasa ingin menjerit gembira. Tanda misi ku hampir di paras 65%. Hihi.

"Aisyah tolong babu menyucur boleh? Aisyah pun suka menyucur buat minum petang" Aisyah menawarkan diri untuk membantu.

Sementara aku pula nda bersuara untuk memberikan sebarang bantuan. Aku hanya memberikan senyuman kepada mereka berdua. Hajah Fatimah pun mengajak Aisyah ke ruang dapur untuk menyucur  bersamanya.

Setelah menilai prestasi lakonan Aisyah hari ini. Aku boleh bagi thumbsup tanda dia telah menjayakan misi memikat bakal mertua dengan baik dan sempurna.

Esok-esok mungkin kami akan buat misi yang lain pula. Biar Hajah Fatimah terus menyenanginya. Dan aku bakal di lupakan.

*****
" your report today?" Farid menyoalku tentang misiku hari ini.

" All done. Mama sudah dapat terima Aisyah tapi, Aisyah mesti terus memikat hati mama sampai mama sayang dengan Aisyah" jelasku sambil tersenyum puas.

"Okay" Farid terus bangkit dari sofa menuju ke biliknya di bawah. Macam tu saja responnya. Menyampah!

Sabar Ros sedikit lagi misi mu akan selesai.hatiku berbisik.















Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now