Episod 23

980 24 1
                                    

18hb Mac,

"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadiiii, selamat hari jadi."

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to mama, happy birthday to youuuu!"

Semua yang berada di ruang makan bertepuk tangan.

Hati ku terharu dan sangat gembira. Ku pandang ke empat manusia yang amat ku sayang di hadapan ku. Ku peluk erat mereka serentak dan mengucapkan lafaz syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku merasa bahagia bersama mereka.

Air mata segera ku seka. Aku lantas meniup lilin dan memotong kek yang cantik berbentuk hati itu.

Babah merakamkan segala gelagat kami di dalam telefon pintarnya sambil mengambil gambar bersama.

"Selamat hari jadi Ros, mama nda ada hadiah special tahun ni hanya sekalong doa saja buat anak mama semoga sentiasa bahagia bersama anak-anak dan keluarga dan sentiasa di berikan kesihatan yang baik oleh Allah Ta'ala aminnn" Doa mama buatku

Aku mencium pipi mama dan mengucapkan terima kasih di atas doa itu lalu menyalam tangan babah sambil mengucup tangan yang sudah begitu lama bertungkus lumus membesarkan ku. Aku sayang mereka, tanpa mereka siapalah aku hari ni.

"Mama, sofia mau suap mama kek" sapa Sofia sambil membawa kek lalu menyuakan ke mulutku. Aku menikmati suapan itu sambil membelai rambut sofia.

"Shila pun mau suap mama" sapa Shila yang tidak mahu melepaskan peluang menyuapkan kek kepadaku sambil ku belai rambut shila pula.

"Kelmarin mama bagitau si kembar yang hari ni kau hari jadi. Durang pun mau surprise kan kau kek. Tapi durang mau waktu pagi sebelum durang sekolah takut waktu malam kau sibuk. Mama sama babah pun bawa si kembar beli kek di kedai bakerlyn. Kek tu durang yang pilih"

"Jom kita makan manis-manis pagi ni" ajak ku kepada anak-anak.

"Jom!!"

Mereka bersorak riang.

*****************************

Di ofis,

" Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Rosss, happy birthday to youuu"

"Yeay!!"

Seisi ofis bersorak riang. Salah seorang rakan ofis membawa sebiji kek kepadaku sebaik lilin ku tiup semua seisi ofis bersorak kembali sambil mengambil gambar melalui telefon pintar masing-masing. Sempat juga kami ber wefie hihihi.

Setelah itu sesi penyerahan hadiah serta hamper dan seterusnya menjamu selera. Sedari tadi mulut ku tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas majlis sambutan ulang tahun ku ini. Semuanya terasa sweet saja di mataku. Terharu dengan mereka yang mengingati hari ulang tahun ku ini.

Selesai menjamu selera kami pun kembali menjalankan tugas di tempat masing-masing.

Pintu bilik ku di ketuk, Nor aina masuk lalu menyerahkan sebungkus hadiah kepadaku.

"Happy Birthday Ros" ucapnya lalu duduk di hadapan ku.

"Thank you Nor" balas ku sambil memeriksa isi bungkusan itu.

Lace prada berwarna biru cerah mengisi ruang mataku.

"Raya ni kau pakai lah lace ni aku beli lebih sikit cukup untuk si kembar, dapat kamu anak beranak pakai sedondon" ucapnya.

"Thank you Nor" balas ku terharu.

"Aku doakan kau sentiasa bahagia, di murahkan rezeki dan di bagi kesihatan yang baik aminn" doanya.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now