Episod 45

977 30 2
                                    

Sebulan sudah berlalu,

"Saya Farid Shah bin Mansor shah menjatuhkan talak ke atas isteri saya Ros khayla binti Hafiz dengan talak tiga!"

Sebaik mendengar ucapan itu aku terus tersenyum senang. Seolah-olah segala beban yang menimpaku hilang begitu saja. Terasa seperti berada di awang-awangan ringan seperti kapas. Tiba-tiba badan ku di goncang kuat. Aku yang di awangan tadi terus kembali ke alam nyata. Aku membuka mataku dan ku lihat Sofia dan shila ada di hadapanku sambil bercekak pinggang. Aku lantas bangun. Perasaan ku, aku berada di sebuah bilik bicara tadi. Kenapa boleh aku berada di katil?

Tanpa ku sedar Shila mencubit pipi kanan ku.
"Awww!" Aku mengaduh sakit lalu menggosok pipiku sah aku mimpi tadi. Ish!

"Mama mengigau kah?" Soal Sofia sambil  memerhatikan aku.

Aku mencebik. Rupa-rupanya aku memang bermimpi tadi. Memang sah aku sudah gila minta talak! Sampai-sampai boleh mimpi indah macam tu. Bukan mimpi buruk okay! Mimpi tu memang indah dan sekarang aku menunggu masa saja lagi untuk misi terakhir ku iaitu berterus terang dengan keluarga Farid.

"Mama, pukul berapa kami kan ke sekolah ni?" Shila mengejutkan aku yang masih mamai dan banyak berangan itu.

"Eh, lupa. Jom! Mama pun akhir sudah masuk kerja!" Aku lantas berlari masuk ke dalam kamar mandi. Kalau aku mandi itik macam dalam cerita bujang lapok memang satu bangunan ofis akan tercium bau badan ku. Buat malu saja. Dush! Dush! Dush!!

*****

Waktu tengahari Nor Aina mengajak ku makan di restoran Nyonya. Kami mengorder buttermilk chicken dan sup tomyam dan lemon juice.

"Ros, apa tah kau punya misi lama jua nda ku dengar beritanya, mama mertua mu dengan Aisyah macammana, dorang dah jadi geng?" Soal Nor Aina memecah suasana yang hening.

" Setakat ni ku dengar Aisyah sudah pandai membawa dirinya berjumpa dengan mertua ku. Meaning mertua ku dah kamceng dengan Aisyah" jelasku lalu menghirup sup tomyam yang sedari tadi sudah terhidang di depan  mata.

"So bila kau kan bagitau keluarga mertua mu?" Nor Aina menyoalku lagi.

"Esok, time family gathering. Kebetulan Aisyah pun ada mama mertua ku invite. So esok masa yang sesuai lah sangat" jelasku

"Kau rasa apa reaksi dorang?" Soal  Nor Aina membuat aku terkelu seketika.

"Marah..?"

********

"Kenapa sampai kan bercerai ni? FARID!" soal Hajah Fatimah lalu merenung tajam ke arah Farid. Farid tunduk membisu.

"Ma, sebenarnya... bukan salah Farid ma, Ros yang minta sendiri. Ros rasa kami patut bawa haluan masing-masing" jelas ku takut-takut sambil menatap mata mertua ku yang macam singa betina yang kelaparan hendak membaham mangsanya.

"Farid mama bertanya ni!" Jerit Hajah Fatimah lantang.

Aisyah yang duduk di samping mama mertua ku saat itu seolah-olah mengecilkan diri. Membisu tanpa kata.

"Farid salah ma. Farid minta maaf" Farid lantas meninggalkan meja makan menuju keluar rumah. Kedengaran bunyi kereta nya mengaum pergi meninggalkan perkarangan rumah.

Nampaknya Family gathering malam ini hancur oleh misi ku ini. Sorry semua tapi inilah yang di mahukan Farid. Ia mau aku yang bagitau familynya. Selepas ni giliran Farid menunaikan kemahuan ku.

*******

Pintu bilik ku di ketuk beberapa kali. Aku yang terkejut dengan gangguan bunyi pintu itu terus menatap jam di dinding. Sudah pukul 3 pagi. Siapa yang mengetuk pagi-pagi buta ni. Aku lantas bangun menuju ke pintu.

"Eh Farid!" Sapaku di pintu sambil mengurut dada ku yang terkejut dengan kemunculan Farid di luar pintu.

Farid menghulurkan tangan untuk bersalam. Tapi untuk apa bersalam pagi-pagi buta macam nda dapat pagi nanti? Aku memandang tanganya sambil berkerut seribu. Mengigau kali!

"Kenapa Farid?" Soalku ke hairanan.

Farid masih ingin bersalaman denganku. Akhirnya aku hulur jua salamnya itu.

"Tahniah sebab sudah berjaya. Puaslah hatimu sebab kau sudah membuat sedikit huru-hara masa ni" Farid seperti menyakiti hatiku. Memang sakit pun!

"Kau yang bagi syarat tu Farid, kau lupa?" Aku mengingatkannya.

" kalau mama merajuk aku masih  dapat memujuk. Ni Aisyah yang merajuk"

"So kalau ia merajuk kenapa? Mestikah aku lagi yang memujuk? Pandai-pandai kau lah memujuknya!" Aku naik angin tiba-tiba saja Farid mencari kelahi denganku.

" kemana ku kan memujuk yang Aisyah sudah hilang entah kemana. Di call tapi telefon di matikan.Haish!" Farid menumbuk dinding di sebelah pintuku.

Pang!

Aku menampar pipinya tanpa memperdulikannya aku terus masuk ke dalam bilik ku. Dan pintu ku hempas kuat. Kau fikir kau saja pandai mengamuk aku pun pandai. Dasar lelaki nda tau di untung. Minta betis mahu lagi paha. Pikirnya aku ni robot ikut saja kemahuannya. Aku pun ada perasaan jua. Kalau dah Aisyah lari carilah sendiri bukan hal ku Ngek! Berasap-asap rasanya telinga ku saat ini macam asap kereta api bila masa saja boleh meletup. Selepas ku tampar tadi Farid nda lagi mengetuk pintu ku.

Apa yang penting esok aku kena bersiap-siap mengemas apa yang patut untuk ku bawa pindah kembali  ke rumah orang tuaku.





Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now