Selepas selesai mengisi perut yang lapar tadi kami pun bergerak dari situ menuju ke destinasi yang entah kemana lah si Farid mau bawa aku. Aku ikut je.
Setelah sampai kami pun keluar dari perut kereta. Aku memandang sekeliling, kami berada di Agro technology park. Farid mengajak aku duduk di pondok sambil memandang keindahan pokok2 yang di tanam disitu.
"Sorry kalau hari ni aku bawa kau jalan sampai ke sini" pohon Farid.
"Nda apa, kalau bawa anak-anak tadi mesti durang suka ke sini" terang ku.
Farid tunduk memandang lantai.
"Sebenarnya aku keliru samaada mahu nikah atau nda?" Farid memulakan cerita yang tertangguh tadi.
"Kenapa keliru? tanyaku.
"Dua hari lepas, aku datang ke tempat Aisyah hajat mau bawa jalan tapi bila aku tau ada lelaki lain di dalam rumahnya, aku terus mengamuk, lelaki tu ku kerjakan! Aku tau Aisyah nada keluarganya lagi di dunia ni. Aku nda sangka Aisyah curang. Kami sudah rancang macam-macam untuk nikah. Sebab tu aku mau bertanggungjawap lepas ku tau ia pregnant" cerita Farid.
"Aku takut anak dalam kandungannya bukan anak ku" sambung Farid lagi.
Cerita Farid memang mengejutkan aku. Tidak ku sangka Farid akan terbeban dengan masalahnya sekarang.
"Aku baru tahu selama ni lelaki tu selalu datang ke rumahnya" Farid terus bercerita.
"Dari siapa kau tau lelaki tu selalu datang ke rumahnya" soal ku.
"Dari kawan ku, kawan ku tu jiran Aisyah, kawanku selalu ternampak lelaki tu datang ke sana" jelas Farid.
Ohhhhh!
"Apa pendapat mu, kalau aku nikah?" Tanya Farid.
Aku angkat bahu.
"Terserah kau" jawapku pendek.
Farid mengeluh berat.
"Kalau kita rujuk semula?" Soal Farid.
Aku terkejut lalu memandangnya. Farid ni ok kah? Sekejap kan kahwini Aisyah pasal pregnant, sekejap kan rujuk. Memang sah bengong!
Aku menggeleng tanda nda mau rujuk. Cerita Farid tadi pun sudah terkesan di hatiku. Aku tahu dia dalam di lema dengan perasaan nya sekarang.
Farid ketawa menutup keadaan ku yang tidak selesa dengan pertanyaannya itu.
"Kenapa ketawa?" tanyaku.
"Pasal aku tau kau nda akan setuju rujuk semula" jelasnya.
Aku tersenyum saja.
"Nampaknya aku terpaksalah jadi pak sanggup" ulasnya lagi dan ada keluhan berat.
Aku bangkit dari tempat duduk Lalu mengajak Farid melihat burung unta nda jauh dari situ.
Farid menurut dan kami berjalan menghampiri burung unta yang di pagari oleh dawai besi. Sempat juga kami bergambar selfie dengan berlatar belakangkan burung unta itu. Hihihi. Balik nanti mau show dengan anak-anak.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romansa"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...