Episod 13

1.4K 36 1
                                    

Cawan yang berisi nescafe kaw-kaw ku hirup sambil menatap kertas kerjaku. Ada yang perlu di tambah di dalam kertas kerja ku itu.

Suasana ofis sunyi sepi dan hanya aku saja yang menghuni time lunch begini. Aku memikirkan ayat yang sesuai untuk menambah di dalam kertas kerja ku itu dengan kusyuk.

Setelah selesai minum aku ke pantri membasuh cawan yang ku gunakan tadi.

Tiba-tiba pintu di ketuk mengejutkan aku yang baru selesai membasuh. Ku toleh segera dan ku lihat Nor Aina tercegat di pintu.

"Nda lunch Ros?" tegur Nor Aina sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di pantri itu.

Aku menggeleng.

"Nda lapar Nor" aku pun ikut duduk di sebelahnya.

"Kau nda lunch Nor?" Soal ku pula.

"Diet" jawapnya ringkas.

Aku memandang tubuhnya. Masih pun kurus.

"Diet pasal?" soalku hairan.

"Jaga badan takut nda muat baju raya tahun ni" jelasnya lagi.

Ohhhh

"Ros, kelmarin aku lihat Farid jalan-jalan sama bini-bini tu Di Gaint" cerita Nor Aina.

"Bini-bini tu sudah sah jadi bininya Nor" jelasku.

"Apa?! Bila durang nikah?" soalnya

"Jumaat lepas" jawap ku pendek.

"Mama bapanya tau? si Kembar tau?" Tanyanya menggelabah terlalu ikut emosi bila bergossip.

"Aku tau durang pasrah saja. Si kembar belum tau. Nantilah aku bagitau durang" jelasku.

"Wah, akhirnya dapat jua si Farid jadi haknya!" selamba badak saja ia bercakap.

Aku menggeleng tanda protes.

"Permainan kami baru saja start" jelasku sambil angkat kening.

"Maksud?" tanya Nor Aina sambil berkerut keningnya.

****

Hari Ahad,hari kelepasan awam selalunya orang akan keluar beriadah bersama keluarga.

Tapi aku mau spend time sama anak-anak pun susah. Minggu ni dah masuk dua kali ahad aku terlepas peluang untuk bersuka ria bersama si kembar. Biasalah ofis tu macam terpanggil-panggil nama ku untuk bertandang. Aku terpaksa jua selesaikan kerjaku yang di minta urgent tu. Start pegawai baru tu hadir memerintah hampir setiap minggu meeting. Huh!

Enjin kereta ku matikan, aku memandang si kembar di belakang melalui cermin pandang belakang.

"Anak-anak jom turun" ajakku.

Sofia dan Shila turun sambil menggalas beg masing-masing. Hari ni si kembar di ajak berjalan oleh babahnya ke Jungle Gym. Aku hanya berjanji menghantar si kembar ke rumah bekas mertua ku dan Farid akan menjemput mereka di situ nanti.

Aku menekan lonceng dan bekas mama mertuaku membuka pintu lalu memeluk si kembar.

"Assalamualaikum ma" salam ku sambil bersalaman dengan bekas ibu mertua ku itu.

"Waalaikumsalam lai" jawapnya.

"Si kembar aku hantar kemari tapi babahnya karang ambil durang bawa ke jungle gym" jelas ku bagi menjawap persoalan Hjh Fatimah yang hendak bertanya Itu.

"Ohhh, patut tah!" balas Hjh Fatimah.

"Kau kerja hari ni?" soalnya pula.

Aku mengangguk saja.

Tiba-tiba ada kereta masuk ke perkarangan rumah. Kami semua menoleh kereta itu. kereta Kia Cerato.

Farid sudah sampai!
Dia keluar dari perut kereta dan menghampiri kami.

Aku sempat memandang ke keretanya itu. Rupanya ada Aisyah di dalam kereta.

Ok aku start dari sekarang. Sambil senyum sinis. Action!

"Kau bawa si kembar? sebelum tu biar tia durang sarapan dulu boleh?" soal Hjh Fatimah kepada Farid sambil memandang aku.

Aku mengangguk saja.

Si kembar terus di bawa ke dalam oleh neneknya itu. Sementara aku dan Farid masih di pintu.

"Hai!" sapa Farid.

Aku senyum saja.

"Kenapa Aisyah nda turun?" soalku

"Katanya pening sikit sebab tu nda turun" Ayat coverlah tu.

Aku senyum saja.

Tiba-tiba otak nakal ku datang menyapa. Tink!

Secara spontan aku menyapu baju Farid.

"Ada habuk sikit tadi di bajumu" jelasku.

Farid sempat memandang bajunya sebelum tersenyum.

"Thank you" ucapnya.

Aku senyum saja.

"Sorry, aku jalan dulu. Karang hantar saja si kembar ke sini aku jemput durang" pohonku.

Aku beredar dari situ sambil melambainya. Farid membalas lambaian ku. Sebaik aku melintasi kereta kia cerato itu aku tersenyum ke arah Aisyah yang merenung tajam lalu menjeling memandang aku. Jealous lah tu!


Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now