Episod 3

2.8K 31 1
                                    

Aku memandang Farid leka dengan telefon pintarnya. Sekejap tersenyum sekejap berkerut-kerut dahi. Sekejap lagi, aku rampas telefon tu ku buang ke dalam tong sampah biar dia rasa menyampah! Huh! Sakitnya hati ku! Aku di sebelahnya macam nda wujud!

Tiba-tiba timbul rasa ku hendak bertanya tentang 'bini-bini' itu. Tapi.... Biar lah dulu. Belum masanya atau sudah masanya? Huh! Bingung! Bingung! Kepala pun rasa hendak pecah. Meletup memikirkan masalah yang timbul.

Akhirnya aku tarik selimut dan menutup seluruh tubuh ku. Ku pejamkan mata memaksa mataku untuk tidur. Tiba- tiba kedengaran suara Farid ketawa kecil di sebelah ku.

Mataku terus celik, aku berpaling memandang Farid dan merenung tajam. Perasaan saat itu memang lah marah! Sakit hatilah katakan!

Farid memandangku sekilas renungan ku nda di ambil peduli. Dia masih dengan telefonnya.

Ambil?

Nda?

Ambil tia kali e?!

Aku bersoal-soal sendiri. Menahan geram.

Geram dengan kelakuan Farid yang endah tak endah itu. Aku di sini seolah nda wujud!

Berapa kali ku beritahu aku nda wujud ni? Dua kali kan? Ok sabar, sekejap lagi aku bangun dan aku terus tanya siapa 'bini-bini' tu? Biar padan mukanya terkejut sebab aku tahu!

Belum sempat aku hendak membuka mulut, Farid menekan switch off telefonnya dan meletakkan ke tepi.

Shuh! Shuh! Sana. Mulai dari hari ini telefon itu sudah menjadi musuh ketat aku! Nda semena- mena telefon menjadi mangsa musuh. Argh!

Farid menggengam jari jemari ku. Aku biarkan saja. Tapi dalam hati geli! Bukan jijik ok. Geli!!!. Mungkin selepas aku tahu semua ini segala perbuatannya memang menyakitkan hati. Sentuhan di jari ku pun terasa hambar. Selalunya aku merasa bahagia di belai manja begitu. Tapi sekarang! Huh! Nda lagi!

" Sayang esok abang mungkin balik lambat so sayang nda payah tunggu. Sayang makan saja sama anak-anak ok?" Farid mula bersuara.

Memang sudah ku agak! Apa kata orang lautan dalam sanggup ku renangi, gunung sanggup ku daki. Apa lagi isteri sendiri sanggup di bohongi!

"Ada apa esok?" Soalku menahan amarah.

" kerja banyak" jawapnya selamba.

Alasan! alasan! Padahal ada rancangan dengan 'bini- bini' tu. Oh kekasih gelap bertuahnya kau sanggup suami ku tipu aku! Telinga ku terasa panas memang sekejap lagi keluarlah asapnya. Argh!

Kadang ada jua rasanya mahu ku tembak-tembak si Farid ni biar arwah terus dan anak aku jadi yatim astagafirullah! Shuh! Shuh! Sana perangai syaitan. Insaf insaf.

Farid berkerut dahi memandang ku. Aduh! Nampaklah aku berkhayal tadi.

"Apa" soalku sengaja bertanya padahal ingin menutup malu. Huhuhu!

"Panjang sayang berkhayal tadi" sindirnya.

Malunya!!!!! Dia nampak memang nampak punnnn! Huh! Biarlah.

" Mana ada berkhayal aku memikirkan apa kan ku masak esok" ayat cover.

"Banar tah tu"

Farid menarik selimut hendak tidur. Aku pula tiba- tiba malas hendak tidur. Menyamal!












Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now