Episod 41

884 25 0
                                    

Hari ini aku bercadang bertandang ke rumah Usu Mawar di kampong pengkalan sibabau. Rumah Usu yang separuh darat dan air itu ku tetap dari jauh. Aku nda ingin mensia-siakan cutiku selama seminggu duduk di rumah menghantar dan mengambil si kembar saja. Aku ingin membawa hati ku yang lara jauh menuju ke kampong Usu sambil melawat nini.

"Assalamualaikum ni! Usu!" jerit ku dari luar.

Nini yang sememangnya ada di bawah rumah menjawap salam ku. Terkejut aku melihat nini muncul entah dari belakang rumah membawa hos mungkin selesai menyiram pokok-pokok bunga.

"Waalaikumsalam. Eh, Ros kau tu?!" Nini sedikit terjerit teruja melihat ku datang.

Aku segera menyalam dan mencium tangan nini lalu berlaga pipi sambil menyerahkan sebungkus ubat pesanan dari babah tadi.

"Ubat nini. Babah suruh bagi nini" terangku lalu merangkul bahu nini melepas rindu.

"Terima kasih" balas nini.

"Usu Mawar mana ni?" Soal ku sebaik melihat batang hidung usu belum timbul-timbul sedari tadi.

"Usu turun ke bandar bersama uncle kamu membeli barang keperluan anaknya si Hafis dalam seminggu lagi si Hafis masuk rekrut polis"

"Oooo... Hafis mana?" Soalku masih mencari orang di dalam rumah selain nini.

"Hafis biasalah belum tengahari belumlah bangun. Perangai belum berubah-ubah. Mudahan ia masuk rekrut ni berubah lah berdisplin untuk kebaikannya jua tu" jelas nini.

Nini membawa ku duduk di pondok sambil memerhatikan pokok bunganya yang baru saja habis di siram. Teko yang berisi air kopi di tuang ke dalam cawan lalu mempelawa ku minum.

"Minumlah Ros" nini menyerahkan secawan kopi kepadaku aku menyambutnya lalu menghirup.

"Ni, kelmarin kan aku ada dengar cerita ustaz pasal hidup bermadu. Jika seorang isteri redha memberikan keizinan suaminya bermadu maka Allah memberikan syurga. Nini rasa hidup bermadu ni macammana?"

"Hidup bermadu ni umpama kau buka tambak api lalu kau letakkan tanganmu di atas api, semakin tanganmu dekat dengan api semakin sakit kan? Macamtu lah rasanya" jelas nini sambil masih menghirup kopinya.

"Ros, bermadu tu boleh tapi kena pada tempatnya.zaman sekarang ni payah kan dengar lelaki berlaku adil. Tapi Ros redha kah suami kahwin lain? kesimpulannya disini walaupun Allah telah memberikan syurga untuk si isteri yang membenarkan suami kahwin lain tapi sebaiknya, jangan lah menggalakkan suami berkahwin lagi tapi bantulah suami menjaga kebajikan rumahtangga agar menjadi sakinah mawaddah warahmah" nasihat nini kepadaku.

Aku mengangguk mendengar kata-katanya itu.

"Ni, di kebun nini masih ada kacang panjang sama terong?" Soalku sambil melihat air sungai di sebelah pondok.

"Ada,  buah saja nda ada habis kena makan oleh ambuk. Sayur-sayuran saja nini tanam pokok-pokok buah masih ada tapi entah lah sekarang ni, nini jarang melawat. Nini suruh si Hafis menjenguk kebun buah tapi ia malas" jelas nini mengeluh dengan perangai si Hafis. Ambuk aka monyet.

"Kalau kau mau, marilah kitani ke kebun memutik sayur" ajak nini. Dia lantas membawa ku ke kebun sambil menyandang tekiding di belakang badannya.

Aku pun turut menyandang tekiding lalu masuk ke dalam kebun. Terpegun aku melihat kebun nini yang luas terbentang. Segar-bugar sayur-sayuran yang tumbuh subur di kebunnya ini.

Nini membawa ku mengutip kacang panjang selepas itu kami menuju ke tempatnya menanam terong. Ada sayur bayam, sayur sawi, tomato dan macam-macam lagi.
Macam teringin rasanya hendak berkebun di rumah sendiri sebaik melihat kebun nini.

"Ni sebelum ni kebun nini nda luas pun macam ni, siapa yang tolong nini tanam sayur-sayuran ni?" Tanyaku dengan penuh kagum.

"Uncle mu yang tolong nini tanam. Harapkan si Hafis jadi hutan saja tanah nini. Dari pada jadi hutan baik tanam sayur ada hasil" nini menaikkan keningnya sambil memberikan thumbsup melihat hasil tanamannya sendiri.

"Tapi dulu perasaan Ros sebelah sini tanah orang. Nini punya tanah sebelah tempat pokok-pokok buah sebelah sana tapi itu pun nini yang beli. Yang ni, nini beli jua kah?" Soalku berteka teki sendiri.

"Tanah Haji sulaiman sebenarnya ni tapi nini beli masa 3 bulan lepas. Katanya kan naik haji sama anak-anaknya sebab tu di jualnya. Nini apa lagi tanam sayur terus buat jual di luar jalan sana" jelas nini.

Nini memang bijak bab membanting tulang. Dari kampong Ayer berjual-jual makanan sehingga tinggal di darat menjual sayur-sayuran nda pernah duduk diam mesti ada saja kerja mahu di buatnya.

"Pukul berapa kau balik Ros? Kalau sampai tengahari makan di sini saja. Masakkan nini sambal terong a. Rindu nini kan makan sambal terong mu"

Aku tersenyum lalu mengangguk.

Selepas makan tengahari bersama nini dan Usu Mawar sekeluarga. Aku pun pamit untuk pulang ke rumah sambil membawa hasil dari kebun nini tadi.Usu Mawar dan nini mengiringku hingga ke kereta.

"Nanti datang lagi Ros a bawa si kembar kemari"

Tangan Usu Mawar ku salam lalu ku kucup tangannya. Kemudian aku menyalam tangan nini lalu ku kucup sama.

"Ros, nah ambil ni" nini menyerahkan secebis kertas kepadaku.

" Selepas sembahyang fardu dan solat sunat hajat baca ayat surah ni amalkan selalu. Semoga Allah memberikan jalan yang lurus arahmu" nini lalu menggosok kepalaku.

Aku mengangguk lalu mendakap nini menahan sendu yang bermukim didadaku.

"Semoga segalanya di permudahkan" nini sempat berbisik di telingaku.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now