Aku memandang keluar jendela melihat hujan yang turun. Sedari tadi aku menanti Farid pulang. Sehingga jam 11 malam bayang Farid pun belum muncul-muncul. Aku semakin resah menunggu. Malam ini aku ingin memberikan jawapan tentang keputusan ku. Malam yang akan menentukan kehidupan ku selepas ini.
Tepat pukul 12 malam Farid pun pulang dan kedengaram bunyi keretanya di perkarangan rumah. Aku menanti ia naik ke bilik dengan penuh rasa berdebar. Tombol pintu di pusing lalu pintu di buka. Farid muncul masuk ke dalam bilik. Pandangan kami bertaut. Sebaik saja ia menutup pintu aku bangkit dari katil lalu menghampirinya.
"Farid, ada sesuatu perkara kan ku bagitau kau. Aku harap selepas ni semuanya selesai"
Farid menanti bicaraku seterusnya. Ia masih kaku di depanku.
"Pasal cadangan mu mau rujuk dengan Aisyah. Aku izinkan"
Farid terus memegang tangan ku seolah nda percaya dengan apa yang baru saja di dengarnya.
"Alhamdulillah Ya Allah" Farid bersuara girang.
"Tapi Farid aku minta lepaskan talak sekali lagi. Kali ni aku mahu dengan talak tiga" terus tangan ku di lepaskannya.
"Why? Why Ros? Kalau minta lepaskan talak pun kenapa sampai talak tiga?" Farid tersentak dengan permintaanku itu.
Aku tahu dengan cara ini saja Farid nda akan cari aku lagi. Merayu aku untuk kembali kepangkuannya. Aku rasa cukuplah jodoh ku dengannya sampai disini saja.
"Aku nda mau Ros. Aku nda akan melepaskan kau Ros" Farid menggeleng menidakkan kemahuanku.
"Apa guna kau simpan aku Farid kalau aku bakal mengelak dari kau selepas ni. Walaupun kau rujuk semula dengan Aisyah sekalipun aku nda akan sesekali ingin hidup dengan kau lagi. Lagi baik kita berpisah secara baik. Keputusan ku ni sudah ku fikirkan sehabis nya selama seminggu aku bercuti. Aku minta pertunjuk di setiap solatku. Dan akhirnya aku mendapat petunjuk hati ku sudah redha. Aku mau kitani berpisah demi kebaikan semua. Berpisah secara baik. Please Farid?" Aku memegang sebelah bahunya merayu kepadanya sambil merenung ke dalam anak matanya.
Air mata Farid jatuh jua meniti ke pipi. Farid terduduk di birai katil lalu menangis semahunya. Sesudah itu ia bangkit semula lalu melepaskan keluhan berat.
"Baiklah Ros, sebelum kitani berpisah, aku mau kau jelaskan kesemuamya arah keluargaku dan aku mau kau pujuk keluarga ku untuk terima Aisyah dengan apa cara sekali pun. Kalau kau nda berjaya buat keluarga ku terima Aisyah, aku nda akan sekali-kali menjatuhkan talak ni titik!" Farid mencapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam kamar mandi.
Aku terkelu mendengar permintaannya itu. Apa yang akan ku jelaskan kepada keluarga Farid supaya mereka menerima Aisyah seadanya. Aisyah kau memang menyusahkan!
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...