Hari ini Mr. Daniel ingin menemukan aku dengan ahli keluarganya yang sememangnya dari golongan orang yang berstatus tinggi.
Dan itu membuatkan aku semakin berdebar ingin berhadapan dengan keluarganya. Bimbang jika kehadiran ku nda di terima baik oleh keluarganya.Setiba kami di vila yang kelihatan begitu tersergam indah rumah yang begitu besar, taman yang luas. Kawasan rumah yang di penuhi pokok-pokok bonsai dan kereta- kereta mewah yang mengisi ruang garaj rumah besar itu membuat aku merasa terpegun.
Mr. Daniel membawa ku masuk ke pintu utama lalu menyuruhku duduk di ruang hadapan rumah. Lalu ia masuk ke ruang belakang mencari mommynya.
Waktu itu terasa berdebar jantung ku sejuk semacam sehingga aku merasa nda senang duduk. Setiap ruang tamu itu jadi santapan mataku. Ruang tamu itu sangat luas dan besar. Dan warnanya pun begitu cerah mungkin tuan punya rumah memang suka dengan konsep berwarna cerah dan bersih. Aku begitu memuji dengan hiasan ruang rumah itu yang sangat mewah. Terasa kerdil bila berada di dalam rumah ini.
Tiba-tiba aku di sapa oleh seorang wanita lingkungan 50an tetapi berpakaian sangat elegan dan aku mengagak mungkin ini lah mommy Mr.Daniel dengan rupa paras yang serba sedikit seperti Mr.Daniel.
Aku bingkas bangun dan menghampirinya untuk bersalaman.
Tetapi tangan ku tidak disambut, dia nampak menjeling ku seperti aku tidak diundang mesra.Mujur Mr.Daniel datang tepat waktunya. Keadaan yang kekok tadi sangat menyesakkan dadaku yang begitu gemuruh dengan mommy nya yang nampak tidak suka dengan kehadiran ku di situ.
" So she's Ros? " Mommynya bertanya.
"Yes mommy" Mr. Daniel menjawap lalu menghampiriku. "I hope you like her" sambungnya sambil tersenyum kepada mommynya.
" Nama penuh apa Dayangku, Sharifah, Malai or Pengiran anak? "
"Mommy, Ros bukan dayangku. Sharifah or malai or so on. She's just a simple woman, a very loving mother and the most important thing is I love her so much mommy"
"But I don't like her titik! " Mommynya menjeling dan berlalu meninggalkan kami berdua yang terpinga-pinga.
"You wait here" Mr. Daniel mengarahku lalu mengejar mommynya.
Kedengaran mereka seperti berdebat mengenai aku. Aku terduduk memandang kosong sekeliling ruang tamu itu. Apakah aku harus menyerah dengan hubungan ini? Aku mengeluh berat.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...