Episod 15

1.4K 30 0
                                    

Bunyi telefon bimbit ku berdering-dering minta di angkat. Aku malas mahu menjawap panggilan itu ku biarkan saja di poket seluar ku sambil aku masih meratakan tanah di pasu bunga.

"Telefon mu berbunyi dari tadi nda kau jawap Ros?" tegur babah yang mencabut-cabut rumput di sebelahku.

Sebenarnya aku malas mahu menjawap panggilan itu sebab tanganku kotor. Terpaksalah aku memcuci tangan ku dulu ke sinki.

Telefon bimbit ku masih berbunyi, aku lantas menjawap.

"Assalamualaikum" sapaku di sana.

"Wa'alaikumsalam" jawap di sana.

"Farid?" soalku selepas mendengar suara itu sambil menatap screen telefon ku untuk memastikan si pemanggil itu. Memang sah!

"Kenapa Farid?" tanyaku Bingung.

"Boleh kita ni berjumpa?" soalan ditanya dengan soalan.

Aku mengangguk. Eh, macamlah si Farid nampak! Gerutuku sambil tersenyum sendiri.

"Boleh tapi di mana?"

"Aku baru send location, kau cek saja ok" jelasnya.

Selepas itu kami menamatkan perbualan kami lalu aku memeriksa location yang di kirim melalui whatsapp. Starbucks! hmmm... Terbayang aroma coffee.

Setelah selesai membersihkan diri, aku pun bergeraklah ke tempat yang hendak di tuju.

Tiba saja di Starbucks Coffee kawasan beribi, aku pun parking di sebelah kereta kia cerato milik Farid. Enjin kereta ku matikan lalu aku melangkah masuk ke dalam starbuck itu. Memesan White chocolate mocha setelah siap aku pun membawanya ke meja lalu duduk menghadap Farid.

"Sorry pasal si kembar" Farid memulakan cerita.

Aku diam saja nda berkutik.

Farid melepaskan keluhan berat.

"Aku sadar aku bukan babah yang baik" ucapnya lagi sambil bersandar memandangku.

"Nda apa lah tapi lain kali jangan buat anak macam tu lagi. Kesian durang semangat dah bangun awal gara-gara kan ke jungle gym tau-tau kau bawa sekejap saja"

"Durang ada cerita?" soal Farid.

Aku mengangguk saja.

Sekali lagi Farid melepaskan keluhan.

"Aku bukan babah yang adil. Hati ku masa tu berbelah bagi samada melayan Aisyah atau si kembar. Tapi sebab kesian melihat Aisyah aku terpaksa bawa durang balik awal. Aisyah kan muntah saja mungkin pasal pembawaan anak" jelas Farid.

Aku mengangguk saja sambil menghirup white chocolate mocha.

"Tapi aku janji selepas ni aku kan bawa si kembar main jungle gym lama sikit hari ahad ni, macammana kau okay?" soalnya.

"Ahad ni aku nda kerja, so aku kan bawa anak-anak ke pantai dengan parents ku"jawap ku sambil menghirup minuman ku itu.

Farid mengangguk paham. Dia pun menghirup minumannya aku hidu bau cappucinno memang dia suka order minuman itu kalau ke sini.

"Lain kali sajalah" Ucapnya mengalah.

"So, how's your life?" soalku memecahkan kesunyian di antara kami setelah lama berdiam diri.

"Macam biasa. Tapi lelaki yang aku kerjakan tu ada datang jumpa kami" ceritanya.

Aku terkejut lalu menanti cerita seterusnya.

"Katanya anak dalam kandungan Aisyah anaknya" cerita Farid.

"Apa kata Aisyah?" soalku tanpa menanti ceritanya.

"Aisyah bagitau anak tu anak ku" jawap Farid.

Ohhhh...

"Tapi aku masih curiga. Pasal lelaki tu sampai melutut depan Aisyah mau bertanggungjawap" cerita Farid lagi.

"Kau rasa anak tu anak siapa?" soalku

"Entahlah, tapi lama-lama ku fikir aku ni macam jadi pak sanggup jua. Tapi kalau banar anak tu bukan anak ku, aku ceraikan tah Aisyah tu biar tia lelaki tu yang betanggungjawap" jelasnya.

"Macamana kau mau buktikan anak tu bukan anak mu? tanyaku.

"Lahir saja anak tu aku buat ujian DNA kalau keputusannya bukan anak ku memang sah anak lelaki tu" jawapnya sambil menghirup minumannya.

Aku hanya berdiam saja.

"Tapi sekiranya aku bercerai dengan Aisyah, kau mau rujuk semula?" soal Farid.

Membuntang terus mataku sebaik mendengar ayat rujuk.

"Aku belum ready kan rujuk semula. Kau fikirkanlah baik-baik pasal kehidupan baru mu masa ni. Ndakan pasal orang ke tiga kamu kan tarus goyah" tegur ku

Tapi kalau ku fikir-fikir keputusan Farid memang sama dengan keputusan ku dulu. Hadir saja orang ketiga aku terus saja minta cerai. Aku rasa aku nda layak memberikan pendapat lebih baik minta buah fikiran kepada orang tuanya.

Farid diam membisu dia hanya memandang kosong minumannya mungkin kecewa sebab aku reject untuk rujuk.

"Apa kata kau tanya mama babahmu lepas tu kau dengar buah fikiran durang. Kalau durang setuju maknanya kau boleh bagi lelaki tu peluang untuk bertanggungjawap tapi pastikan anak tu anak siapa ok" jelasku.

Farid mengangguk saja macam burung belatuk.

"By the way semalam kau ada baca whatsapp ku" soalku.

Farid menggeleng.

"Kenapa kau ada whatsapp aku kah?" tanya Farid.

Sah! Aisyah delete! huh!

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now