Tiga bulan berlalu, aku masih begini setia menjadi seorang ibu tunggal kepada si kembarku. kami menjalani hari-hari dengan bahagia. Kami sentiasa mengisi kekosongan dengan pelbagai aktiviti.
Farid dan Aisyah baru saja rujuk selepas tiga bulan berusaha membaik pulih hubungan dengan bekas mertuaku, Hajah Fatimah. Selepas mereka menikah, si kembar pun di terima dengan baik oleh Aisyah dan mereka menggelar Aisyah sebagai 'Mommy'.
Mr. Daniel semakin hari semakin mewarnai hari-hari kerjaku. projek tidak henti datang bertandang mengisi ruang kesibukkan ku. Walaupun kerja membataskan waktu ku untuk bersantai di waktu rehat tetapi Mr. Daniel sentiasa mengambil masa sedikit membawaku keluar dari ruang-ruang stress yang menghimpit kami. Dan waktu itu sentiasa ku hargai dengan perasaan berbunga-bunga. Seperti ada perasaan halus membisik ke ruang telingaku mengatakan hatiku sudah di paut rapi olehnya.
Aku tersenyum lebar saat Mr. Daniel membawa dua aiskrim Mr. softy kepadaku. Sempat ku melihat kerenahnya berebut bersama kanak-kanak yang turut membeli di kereta aiskrim Mr. softy itu. Dia Semakin segak di mataku! Aku mencapai aiskrim yang di berikan lalu kami menikmatinya di bangku tidak jauh dari tapak projek yang kami singgah hari ini.
“Ros, I want to tell you something. Something that I have known for a long while” Mr. Daniel memulakan bicara.
"About what?" Soalku
"I don't know the difference between like and love but I'd sure like to find out with you" kata-kata Mr. Daniel membuatkan debaran di dadaku. Aku terpanah dengan ucapan itu.
"Actually, I'm scared to love, but i'm even more scared of walking away"
"I want to do the right thing now. I want to tell you before it's to late. I can feel it may be you can feel it too " Mr. Daniel merenung jauh ke dalam mataku. Sementara aku terkaku dengan pandangannya itu.
“ Ros, when we first met, i didn't want to get involved with anyone. I didn't have the time and I didn't think I was ready for it. But you were so good to me and i got swept up in that and little by little I found myself falling for you”
“I'm crushing on you, I hope you like me too” akhirnya setelah sekian lama ayat yang di nanti telah pun di luah. Adakah aku gembira? Teruja? Dengan luahan hatinya ini. Semua emosi bercampur baur saat ini. Aku terpana dengan semua yang terjadi.
"Ros, I'm sorry for being annoying when i want to talk. I know you totally surprised. I'm not forcing you to be in relationship. But I hope that we can be together"
Pandangan ku jatuh ke dalam anak matanya. Aku mencari kebenaran di sebalik matanya itu. Adakah aku berkhayal? Benarkah semua yang di ucapnya tadi keluar dari lubuk hatinya? Atau aku cuma berhalusinasi sendiri.
Mr. Daniel memberikan senyuman manis kepadaku. Aku masih terkaku memandangnya.
" I love you Ros"
Kata-kata itu seolah-olah berbisik dekat ke telingaku di bawa oleh bayu yang lembut. Indah di pendengaran telingaku. Entah kenapa hati ku semakin berbunga-bunga dan kini aku pasti cinta ku terbalas dengan ungkapan itu. Bukan aku saja yang menyimpan kemas cinta yang hadir sudah lama ini rupanya perasaan itu juga di simpan kemas oleh Mr. Daniel. Setelah agak lama ku simpan akhirnya aku pun membalas senyumannya itu. Aku tertunduk malu, aku rasa bahang di wajah ku membuatkan Mr. Daniel meletuskan ketawanya lalu ku tolak lembut bahunya. Akhirnya kami berdua melayani perasaan cinta yang hadir dengan penuh bunga-bunga cinta yang mekar bagai di taman yang indah. Serasa ingin ku jerit kepada dunia bahawa aku mencintai Mr. Daniel seikhlas hatiku. I love you Mr. Daniel!
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...