Episod 20

1.1K 27 0
                                    

Aku memandang skrin monitor di hadapan ku dengan pandangan kosong. kejadian semalam mengganggu prestasi kerja ku hari ini. Entah kenapa aku nda professional hari ini, membawa masalah peribadi ke tempat kerja biasanya aku dapat saja ketepikan masalah itu dari ruang kerja ku, kali ini fikiran ku asyik mengenangkan ayat, ' Farid memberiku harapan lagi'. Sedangkan aku balik- balik memujuk bahawa aku sudah lupakan semuanya tapi macam aku berbohong pada diri sendiri. sebenarnya aku sudah lupakan atau aku sedang berusaha sekeras-kerasnya melupakan perasaan ku. Atau aku sedang terpujuk dengan luahannya semalam. aku terus menggeleng- gelengkan kepalaku. Terus aku beristigfar beberapa kali sambil berdoa di dalam hati semoga Allah tetapkan hati ku dari perasaan ragu- ragu dan di jauhi dari perkara yang merosakkan hati dan perasaan sendiri. Amin.

Nor Aina menggetuk pintu sambil berjalan menuju ke meja ku. Aku membiarkannya sambil memandang jam di skrin monitor sudah pukul 3 petang.

"Ros, kenapa muka kau hari ni?" Soalnya sambil meneliti wajahku yang sedia di depan matanya ini.

"kenapa macam badut kah?" soal ku berlucu.

"Ada sedikit. Tapi lebih banyak macam orang bermasalah kau putus cinta kah?" soalannya macam terkena pada batang hidungku sendiri.

"Macam lurus sudah tekaan mu tapi bukan jua" balas ku.

" Pasal Mr. Daniel kah?" soalnya teruja.

Aku berkerut seribu. Kenapalah Mr. ketuk ada dalam cerita ini. Out of topic

"Bukan lah, pasal Farid"

"Farid?!" Nor Aina terjerit.

Mata ku membulat sebaik melihat Nor Aina terkejut.

" Kenapa salahkah nama tu? lurus pun ku sebut Farid"

"Kenapa ex laki mu tu? Cari kau lagi" Nor Aina terus menyoal.

"Ia mau bawa rujuk" ucap ku sambil mengeluh berat.

"Rujuk?!" Nor Aina seolah nda percaya. aku mengangguk kepala.

" Sudah bercerai nak balik apa ni?" soalan Nor Aina tidak berpuas hati dengan perangai Farid.

Aku angkat bahu.

" Jangan kau mau. kalau kau rujuk semula lepas tu ia berbalik  semula dengan bini- bini tu kau jua menyesal"

" Tapi kenapa tiba- tiba ia bawa rujuk ni?" soal Nor Aina.

"Ia baru sedar perasaannya selama ni" jelasku.

"Baru tah sedar. Sudah nasi jadi bubur. Kau jangan termakan pujuk rayunya. Aku bukan apa hari ni saja ia sedar esok-esok lupa lagi"

Aku Hmm hmm kan sajalah. Aku sendiri pun sudah membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang harapan kepada Farid meski pun payah. Kali ini aku mesti kuat tetapkan pendirian ku untuk pasrah walaupun parah. hahaa keluar lirik lagu Demi Masa dari kumpulan boboy

Tiba- tiba ada bunyi ketukan pintu. kami berdua sama-sama menjenguk.

Mr. Ketuk!

*****

Aku memandang Mr. Daniel di depan meja kerja nya sambil menanti apa yang bakal di luah seperti dia tidak cukup berpuas hati dengan hasil kerja ku itu. sepanjang dia membelek-belek kertas kerja ku itu wajahnya berkerut- kerut sambil memandangku.

"Ros" panggilnya. aku terus memandangnya setelah termenung sekejap.

"Yes Sir?"

"Something is wrong with you today.Anything happen? Anything you want to share" soal Mr. Daniel.

"I'm okay sir. I still can handle myself" jawap ku ragu-ragu tanpa menatap matanya yang sedang merenungku.

"I don't think you look fine" Mr. Daniel terus menutup file sambil bangun dari duduknya.

" Come kita ke tempat site kejap sebelum habis kerja.

Aku yang terdiam tadi terus mengikutnya dan menahannya di pintu.

" Tapi sir, I lupa bawa kasut sport and my heels..." kataku terputus.

" It's okay you just stay in a car. i won't take too long bring you to a site" Jelasnya.

Kami tiba di tapak pembinaan dan aku hanya membiarkan Mr. Daniel keluar tanpa berkata sepatah pun.

sepanjang perjalanan tadi,kami berdua hanya membisu melayan fikiran masing- masing. Aku masih tertanya-tanya kenapa Mr. Daniel membawaku sedangkan dia boleh saja pergi sendiri dan dia pun sedia maklum yang aku tidak membawa kasut sportku sepatutnya aku nda penting untuk di bawa sekali, kalau cuma hanya duduk di kereta begini.

Betul seperti apa yang dikata Mr. Daniel cuma sekejap saja ke tapak dan kami berlalu untuk balik semula ke ofis.

" Apa kata kita singgah sekejap isi perut if you don't mind?" cadang Mr. Daniel. Aku cuma mengangguk saja.

kami tiba di Magnum cafe lalu memesan aiskrim kesukaan masing-masing. sesudah itu kami pun mengambil tempat duduk untuk menjamu aiskrim kesukaan kami itu nyum!

"kenapa Magnum?" soalku tiba-tiba.

Mr. Daniel baru saja menyuap aiskrim magnumnya bukan main sukanya dia mungkin dia pun suka makan aiskrim.

"Because you like ice cream and i think it can cheer you" jawapnya sambil tersenyum.

Aku membalas senyumannya itu tanda menghargainya dengan apa yang cuba di buatnya untuk ku. Nda pernah ku sangka Mr. Ketuk seorang prihatin terhadap staffnya.

"Thanks sir belanja" ucapku ikhlas.

Mr. Daniel cuma tersenyum.

"How do you know that i'm not in a mood today?" soalku pula.

"Every morning you bring me a cup of coffee. Today, i miss my morning coffee" jelasnya sehingga terkesan di hatiku.

Memang setiap pagi aku akan selalu menyediakan kopi panas untuknya. Tapi tadi pagi aku sudah terlupa untuk menyediakannya.

"I'm so sorry sir. Esok I buatkan coffee special for you"

Mr. Daniel bagi thumbs up sambil tersenyum.

"Yeay! my Ros is coming back" ucapnya sambil bertepuk tangan macam budak- budak dapat gula- gula lagaknya. terburai ketawaku.

Hahaha!








Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now