Episod 28

858 24 1
                                    

Aku mendail nombor telefon Aisyah sambil menunggu panggilan ku di jawab.

"Assalamualaikum" sapaku sebaik saja ku pasti panggilan ku bersambut.

"Wa'alaikumsalam" jawap disana.

"Aisyah, aku ni Ros. Aku mau kitani berbincang boleh?"pintaku dengan harapan Aisyah bersetuju dan aku akan terus menemuinya selepas waktu bekerja.

"Boleh, dimana?"

"Di rumah mu, selepas ku balik kerja"

"Bah okay. Kebetulan Farid bekerja selama dua minggu di laut kira boleh lah kitani berjumpa"

"Bah kau text alamat mu di whatsapp okay? Assalamualaikum" kedengaran Aisyah membalas salam ku itu lalu aku pun menekan punat merah menamatkan panggilan itu. Aku sedikit hairan, Aisyah yang aku kenal memang akan menjerit, menyumpah seranah kalau aku membuat panggilan malah aku berfikir ia mungkin nda bersetuju kalau ku bawa berbincang. Di sebaliknya kali ini ia terus bersetuju dan alamat yang ku pinta tadi pun di bagi. Mungkin ia pun ada sesuatu yang ingin di sampaikannya.

Selepas waktu bekerja, aku pun menemui Aisyah. Setiba ku di sana Aisyah melayan ku dengan baik sambil menyediakan minuman petang. Aku sempat bermain dengan baby boy yang di beri nama Muhammad Azim Shah.

"Comel baby Azim ni" sambil ku cuit pipi mungil itu.

Aisyah di hadapan ku tersenyum saja sambil menuang air milo panas ke dalam cawan.

"Tujuan ku datang kemari pasal Farid"

Wajah Aisyah yang tersenyum tadi terus berubah suram.

"Farid ada bagitau pasal baby Azim bukan anaknya?" soal Aisyah sambil merenung tepat ke mataku.

Aku mengangguk kepala dan meletakkan kembali Azim ke dalam buaiannya lalu aku melabuhkan punggung di sebelah Aisyah.

Aisyah nampak sedang mengesat airmatanya lalu aku menggosok belakang badannya menenangkan perasaannya.

"Aku memang menipu ia. Jujur aku menipu ia masa tu. Pasal aku lihat Farid saja lelaki yang baik. Lelaki yang penyayang. Kalau ku pilih bapa Azim mungkin aku ni mangsa deranya. Bapa Azim bukannya baik ia pernah memukul aku. Ia tu seorang penagih dadah. Mana ku mau sama ia"

"Aku akui Farid memang jadi mangsa keadaan masa tu. Aku terpaksa menipu ia yang ni anaknya. Pasal aku nda mau sama lelaki tu. Aku takut ia memukul aku lagi"

"Sejujurnya aku yang perangkap Farid masa malam ia mengantar aku balik dari party sampai kami telanjur. Aku yang goda ia. Pasal hari tu jua aku tau yang aku pregnant baru dua minggu"

"Selepas kejadian tu, aku pun selalu telefon Farid and Farid pun nda jua menjauhi aku malah ia mengambil berat pasal aku mungkin ia risau selepas kejadian tu ia takut aku pregnant padahal aku memang sudah pregnant tapi dengan orang lain"

"Aku akui aku sudah jatuh cinta dengan Farid semasa kami menjalin hubungan secara sembunyi. Ia memang lelaki sweet, romantik, humble, caring apa yang kami lalui terasa indah saja"

"Sorry kalau aku merampas Farid dari kau, aku memang tamak memang muka nda pemalu. Layaklah semua ni terjadi arahku. Selepas Farid tau yang Azim bukan anaknya ia tarus bercadang mau menceraikan aku and membalikkan aku semula ke arah lelaki tu. Aku terus merayu ia nda mau lelaki tu tau pasal Azim"

"Kalau aku nda mau lelaki tu tau pasal Azim, Farid memintaku bersetuju untuk bercerai"

"Kau setuju?" Soalku. Entah kenapa aku begitu gemuruh menanti jawapannya itu.

Aisyah cuma mengangguk kepala lalu menukup mukanya sambil menangis teresak-esak.

"Aku terpaksa bersetuju walaupun aku nda rela. Aku masih sayang Farid tapi aku pun sayang Azim. Kalau Farid bagitau lelaki tu gerenti ia cari aku and memaksa aku untuk bersama ia semula. Aku takut perangai gilanya datang. Aku takut bukan setakat ia memukul aku tu karang tapi si Azim jua. Aku ni sebatang kara saja nda ada saudara yang dapat menolong aku. Selama ni aku ada Farid saja dalam hidupku. Ia tempat ku bergantung ia yang selamatkan aku dari lelaki tu. Selepas ni aku harapkan siapa lagi?" Aisyah terus sebak. Airmatanya tidak berhenti mengalir.

Aku bungkam. Aku hanya mampu menyaksikan airmatanya itu dengan perasaan simpati. Kalau Aisyah sudah bersetuju aku rasa laluan Farid untuk merujuk ku kembali semakin menghampiri.

*****

Selepas sebulan,

Hari ini aku di panggil ke rumah bekas mertua ku untuk berbincang tentang hubungan antara aku dan Farid. Setibanya aku di sana aku sedikit terkejut dengan kehadiran kedua ibubapaku yang berada di dalam rumah itu.

Aku di pelawa duduk oleh Hjh Fatimah lalu aku melabuhkan punggung ku berhadapan dengan Farid.

Farid tunduk memandang lantai wajahnya nampak tertekan. Aku rasa mungkin sebelum kedatangan ku Farid sudah di hujah oleh kedua ibubapanya.

"Farid, babah mau bertanya sekali lagi pasal kau sama Aisyah di depan Ros. Biar Ros dengar dari mulut mu sendiri, benarkah kau bercerai sama Aisyah pasal kau mau rujuk dengan Ros?" Mansor Shah menyoal tegas.

" Benar bah, Aisyah pun sudah rela" jawap Farid menekan setiap ayat yang di tuturnya.

"Kau ni memang lelaki gila talak. Habis anak orang kau mainkan. Baik masa si Ros setuju rujuk? Kalau ia nda mau macammana?"

Mulut Farid terkunci dengan soalan yang bertubi-tubi datang dari mulut bapanya.

"Ros, mama lama sudah menunggu saat ni. Mama mau kamu rujuk semula. Cukup tah apa yang berlaku sebelum ni. Apa kata orang buang yang keruh ambil yang jernih. Please Ros mama mau menantu mama balik semula dalam keluarga ni" Hajah Fatimah memujukku.

Aku memandang Hajah Fatimah dengan perasaan yang berbelah bagi. Ku pandang kedua orang tua ku seperti menanti keputusan ku. Akhirnya pandangan ku jatuh bertaut dengan pandangan mata Farid yang seperti mengharap aku kembali.

Perlahan aku melepaskan keluhan dengan lafaz bismillah serta tawakal di dalam hati akhirnya aku mengangguk lemah tanda bersetuju.

Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now