Episod 26

949 26 0
                                    

Aku menyuap bubur buatan mama untuk Shila. Keadaan Shila yang terbaring sambil kaki kirinya berbalut dengan simen membuatkan perasaan ku pilu.

Aku membelai rambut Shila yang sudah nampak kekenyangan. Sudah 3 hari kami duduk di hospital ini. Doktor masih memeriksa keadaan kesihatan Shila. Dan selama tiga hari itu aku terpaksa meminta cuti emergency. Nasib baik Mr. Daniel memahami. Dia pun sering whatsapp bertanyakan keadaan Shila. Aku pula membalas whatsappnya itu sambil menghantar gambar kami berdua. Hihi kes nda mau ketinggalan mesti ada aku dalam gambar itu.

"Assalamualaikum" sapa satu suara.

Macam kenal!

"Waalaikumsalam, eh Mr. Daniel" jawapku terkejut dengan kemunculannya itu. Macam tau-tau saja aku memikirkan ia tadi.

"Eh, Danish pun ada" tegurku yang terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

Danish menhampiri aku lalu menyalami tanganku sambil tangan kirinya memegang teddy bear berwarna biru. Dia mendekati Shila lalu menyerahkan teddy bear itu.

"Just for you" ucapnya.

"Thankyou" balas Shila sambil tersenyum senang.

Mr. Daniel pun menghampiri Shila lalu menyerahkan beg kertas berwarna biru.

Shila lantas mengeluarkan isi beg kertas itu. Ada buku warna, pensil warna, coklat cadbury, buah epal dan biskut.

"Thankyou uncle" ucap Shila gembira.

"You welcome" balas Mr. Daniel turut tersenyum senang.

"And this is for you"

Mr. Daniel menyerahkan kantung berisi termos bekal.

Aku membuka termos itu dan isinya sup ayam dan ada sekontina lagi nasi kosong bersama sudu dan garfu.

"Thankyou Mr. Daniel, you cook this chicken soup?"

"Yes, i cook it with my whole heart" jawapnya sambil tersenyum.

Aku ketawa kecil sambil tersipu malu. Macam romantik pula Mr. Daniel ne walhal aku cuma staff dia sahaja. 

"Kebetulan perut pun lapar. Bon appetit" ucapku lalu membaca doa makan.

Mr. Daniel memberi ku segelas air untuk minum sambil memerhatikan Shila dan Danish mewarna.

"Hmmm, nyaman sup ayam ni. Boleh sudah jadi chef" pujiku.

"Thankyou, makan sampai habis. Next time I'll cook another meal for you" ucapnya membuatkan aku semakin dup dap dup dap.

Setelah selesai menjamah bekal, aku pun menuju ke sinki untuk mencuci termos dan kontina yang di bawa Mr. Daniel tadi. Setelah itu aku letakkan semula ke dalam kantung yang di berikannya tadi lalu menyerahkan semula kepada Mr. Daniel.

"Thankyou for delicious food" ucap ku sambil menyerahkan kantung itu kepada Mr. Daniel.

Mr. Daniel cuma tersenyum dan mengambil kantung itu.

Setelah jam melawat tamat, Mr. Daniel pun bergerak untuk pulang. Aku menghantar mereka keluar sementara mama yang baru saja datang tadi menunggu Shila di bilik wad.

"Thankyou sir, datang melawat Shila and bagi buah tangan and cook chicken soup for me" ucapku.

"My pleasure" jawapnya.

Aku menghantar Mr. Daniel hingga ke lif. Danish menghampiri aku untuk bersalam, aku menyambut salamnya itu sambil membelai rambutnya.

"Thankyou bagi teddybear untuk Shila" ucapku pada Danish.

"You welcome aunty" balasnya sambil tersenyum.

Aku memandang Mr Daniel sambil membetulkan cardigan yang ku pakai. Malam-malam begini angin yang dingin terasa sejuk terpaksa aku masukkan tangan ku ke dalam kocek seluar.

"Nah pakai ni"

Mr Daniel membuka jaket tebal yang di pakainya lalu menyerahkan kepadaku.

Aku terpaku seketika. Dia meletakkan jaket itu di kedua bahuku.

"You need a warm jacket. Wear it to keep you warm" jelasnya

Aku pun memakai jaket itu sementara dia pula membetulkan colar di belakangku.

"Thankyou Mr. Daniel" ucapku tersipu-sipu. Segan di layan begitu.

Lif berbunyi dan pintu lif terbuka. Mereka masuk ke dalam aku melambai mereka sebelum pintu lif tertutup rapat. Lif itu menuju ke down basement tempat letak kereta.

Aku berjalan kembali ke wad sambil menoleh ke lif dan jaket yg di pinjamkan oleh Mr Daniel.

"Thankyou..." sambil tersenyum senang.

Entah kenapa tiba-tiba hatiku berdegup deras, langkah ku terhenti dan aku terdiam. Adakah aku sudah...........

Baik aku abaikan.







Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now