Aku menjemput si kembar setelah selesai bertugas. Jam ku kerling di dashboard kereta, menunjukkan ke pukul 0530 ptg. Aku sampai di halaman rumah bekas mertua ku 15 minit selepas itu.
Sofia dan Shila sudah berada di kereta. Aku memandang mereka selepas aku selesai bersalaman dengan bekas mertua ku tadi. Mereka nampak keletihan dan nda happy. Nda happy??? Hmmm.
"Nampak nda happy saja anak mama kenapa?" tanyaku sambil membelai rambut sofia di tempat duduk sebelah. Shila terlelap di belakang.
"Sofia happy kalau ada mama tadi" jelasnya.
Aku terdiam.
Sejak aku memberitahu tentang babahnya berkahwin baru. Si kembar seolah-olah nda memahami maksudku mungkin sebab masih kecil.
"Aunty Aisyah layan kamu berdua tadi macammana?" soalku tanda tanya.
Sofia menggeleng. Mungkin nda tau macamana hendak menerangkan.
"Kami main di jungle gym nda lama tadi mama. Boring..." Shila yang ada di belakang menyampuk.
Aku sedikit terkejut. Shila yang tidur tadi sudah pun bangun join borak dengan kami. Mungkin ia mendengar kami cerita- cerita di depan.
"Pasal apa?" tanyaku.
"Pasal babah bagitau kami aunty Aisyah sakit kepala"jelas Shila.
Sofia mengiakan saja.
"Lepas tu kamu kemana?" tanyaku ingin menyiasat aktiviti si kembar tadi.
"Balik rumah nini" jelas Shila.
Aku mengeluh. Kalau begini cara Farid melayan anak-anak lama-lama mereka pun nda mahu di ajak berjalan lagi.
Sesampai di rumah aku pun menyuruh mereka membersihkan diri sebelum makan malam. Bukan main riang lagi mereka sebaik melihat nini boy a.k.a babahku baru selesai menyiram pokok bunga. sempat lagi babah bergurau bersama mereka sambil menyiram si kembar yang sememangnya suka dengan air.
Aku menggeleng-geleng sambil tersenyum melihat telatah mereka.
Aku capai telefon bimbit ku di beg kerja lalu aku whatsapp nombor Farid.
"Assalamualaikum, apa tah tadi bawa si kembar siuk?" soal ku sengaja walaupun aku tau dari cerita si kembar tadi.
"Wa'alaikumsalam, please leave us alone! Kadang-kadang merimaskan jua kau ani. Macam nda faham yang si Farid sudah kahwin sudah jadi hak aku!" sapa di sana bernada marah.
Aku tersenyum sinis.
"Farid pun ada hak atas anak-anakku nda usah kau cemburu Bukannya aku join kamu tadi ke jungle gym" sindirku
"Memang aku cemburu kau text-text lakiku ni kenapa? kan bawa rujuk? excuse me, no way, in your dreams!" balasnya.
"Pasal anak saja pun, aku text bukannya bercintan-cintan perasaan lebih!" balasku pula.
whatsapp yang bertubi-tubi masuk tadi kini terhenti nda berjawap.
Huh, kalahlah tu!
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...