"Mamaaaa, sakittttttt! Huhuhuhu!" Tangis shila dalam kesakitan.
"Sabar sayang, sabar aaa" pujuk ku.
Airmata ku yang mengalir deras ku biarkan. Sungguh sebagai seorang mama kepada si anak kecil yang sedang menahan kesakitan ini membuat aku nda kuat. Tadi aku sempat pengsan sebaik melihat tulang lutut Shila yang teralih dari normalnya.
Kami berempat di bawa naik ambulan dan semasa di ambulan itu aku tersedar dan yang ku nampak Shila di peluk mama yang masih mengerang kesakitan.
Dalam keadaan aku yang lemah itu. Aku segera bangun menghampiri mereka dan ikut menangis memeluk Shila.
Doktor berbangsa cina menghampiri aku untuk berjumpa. Aku lalu masuk ke ofis nya untuk mengetahui keadaan Shila.
"She's going to need an operation on her knee" terangnya sambil menunjukkan keputusan x-ray lutut Shila.
"We need her parents to sign for surgical operation soon" pinta doktor cina itu.
"Do you need her dad to sign too?" Soalku
Aku harus bertanya dahulu tentang hal tandatangan ini. Kalau pihak hospital dapat membenarkan aku seorang saja. Aku akan terus tandatangan dan Shila akan segera di bedah. Cukuplah ia menderita sakit untuk sejam dua ini.
"I'm sorry we need her dad to sign too. Please contact her dad urgently" pinta doktor cina itu.
Aku segera keluar membuat panggilan. Nombor telefon Farid ku dail.
"Assalamualaikum" jawap di sana.
"Waalaikumsalam Farid" balasku sambil teresak bersyukur panggilan ku bersambut.
"Kenapa ni Ros? Anything happen? Where are you?" Soalnya bertubi-tubi.
"Farid, tolong ke hospital awal ni. Shila mesti di operation secepatnya. Shila needs you" jawap ku dengan esak tangis.
" kebetulan aku di hospital masa ni melawat Aisyah. Okay aku kesana tempat emergency kan?" Soalnya.
"Yes, kami semua di emergency" balasku.
Farid datang tercungap-cungap mungkin ia belari ke sini. Ia segera mendekati Shila lalu memeluk anaknya itu. Sofia di dukungnya sambil mengucup mereka berdua.
"Apa sudah jadi ni Ros?" Soalnya.
"Shila gugur tadi" balas ku sambil teresak.
Mama menghampiri ku lalu memeluk ku menenangkan perasaan ku.
Farid menghampiri ku sambil memandang tepat ke mataku yang kian kabur oleh airmata.
"Jom kitani jumpa doktor" ajaknya.
Selesai menandatangani borang kebenaran, Shila pun segera di masukkan ke bilik pembedahan untuk di betulkan semula tulang lututnya yang teralih.
Bekas mertua ku datang beriring dengan babah yang turut di beritahu tentang keberadaan kami di hospital.
Babah mengajak Farid dan bapanya untuk sembahyang hajat di surau. Sementara kami perempuan menunggu di luar bilik bedah.
Hjh Fatimah menghampiri aku.
Sambil membelai rambut Sofia yang terlena ku dukung."Sabar lai a, kesian mama melihat kamu dari tadi menangis saja. Jaga kesihatan mu lai. Lepas dari operation ane, mesti kau sibuk menjaga Shila di hospital. Mama harap semuanya baik-baik saja"
"Aminn ma" balasku makin deras airmataku.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...