Aku menghirup ais lemon sambil memandang tepat lelaki di hadapan ku ini. Kami berada di restoran dekat sekolah si kembar sambil menunggu si kembar balik dari sekolah kami singgah ke sini untuk membasah tekak yang haus.
Farid yang tidak lekang dengan senyumannya meneguk air teh tarik panas yang di pesannya sambil membalas pandangan ku.
"Thankyou sayang, sebab sudi menerima aku menjadi suami sayang"
Aku cuma membalas dengan senyuman yang entah ikhlas atau pun nda. Yang aku tau perasaan ku kala ini macam di paksa-paksa. Tetapi keteruskan jua.
"Farid, kalau kitani benikah semula, Aisyah macammana kau pun taukan yang Aisyah nda ada siapa-siapa dalam hidupnya kecuali kau sama Azim saja?" Aku menyoal Farid yang tiba-tiba berubah airmukanya. Seperti kurang senang mendengar pertanyaan ku itu.
"Walaupun kami sudah bercerai nafkahnya dan anaknya aku masih bagi. Aku rasa ia belum lagi merempat kemana-mana. Rumah tempatnya tinggal tu aku yang belikan untuk ia dan ku bagi atas namanya. Aku rasa ia nda akan hidup susah mencari tempat berteduh. Kereta Daihatsu sirion ku tu pun ku serahkan arahnya untuk ia membeli barang keperluan. Apa lagi yang aku abaikan? Sayang nda usah memikirkan halnya, kitani fikirkan hal kitani saja lepas ni okay?" Farid meyakinkan ku.
"Walaupun Aisyah cukup keperluan tapi ia masih memerlukan kau, kau nda kasihan kah meliat baby Azim? Lepas tu Aisyah seorang diri lagi tu memelihara Azim yang masih kecil kalau ada apa-apa terjadi macammana? Kau nda kasihan kah? Fikirkan jua time sakit susah apa sebelum meninggalkan durang. Aku bukan nda suka kitani bersama tapi situasi aku dan Aisyah sekarang ni, aku masih ada orang yang aku sayang di sekeliling ku sementara Aisyah ia cuma ada kau saja Farid. Kau nda rasa kejam kah meninggalkan ia?"
"Ia nda kejam kah menipu aku? Selama ni aku peduli keadaannya pasal aku fikir anak tu anak ku tapi rupanya sebaliknya. Aku ni kira cukup bagus sudah bertimbang rasa memberi nafkah anaknya tu. Kalau aku nda bagi? Kalau ku abaikan durang tu tarus lagi tah kejam kan? Aku nda akan balik semula sama ia biar apa pun terjadi titik"Farid menoktahkah kata-katanya sambil meneguk rakus teh tariknya itu.
Aku hanya mampu membisu seribu bahasa. Farid yang berada di hadapan ku bangkit dari duduk menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Aku mengambil sling beg ku lalu mengatur langkah menghampirinya.
"Jom kitani bagitau anak-anak berita gembira ni" Farid tiba-tiba saja bersuara mengubah keadaan dingin tadi. kami pun masuk ke dalam kereta menuju ke sekolah yang berhampiran.
Dari jauh aku memerhatikan si kembar berlari mendapatkan babah mereka. Wajah mereka yang nampak gembira menyambut Farid di pintu pagar sekolah mengetuk tangkai hatiku. Aku terharu dengan situasi mereka yang saling berpelukan manja dengan babah mereka. Aku menghampiri si kembar, mereka pun turut memeluk ku."Babah mau bagitau Shila sama Sofia yang babah sama mama akan hidup bersama lagi macam dulu"
"Yeay!!" Jerit mereka berdua sambil bersorak riang.
Sofia yang berada di samping ku tadi terus memeluk erat dan mencium pipi babahnya. Entah kenapa airmataku mengalir melihat Sofia begitu. Aku akui Sofia begitu merindui babahnya untuk hidup bersama macam sebelumnya.
Demi anak-anak aku ketepikan saja dahulu perkara yang lain. Aku mesti mengutamakan si kembar dari perasaan ku sendiri mungkin lama-lama akan terubat luka ini selepas melayari hari -hari kami nanti. Aku akui inilah saat-saat yang aku rindukan melihat kami berkumpul kembali.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...