Makan malam yang biasanya ceria kini kelam dan hanya bunyi cengkerik yang menghiasi ruang makan kami. Krikk krikk..
Malam ini entah kenapa Sofia dan Shila pun tidak banyak kerenah seolah-olah seperti tahu saja apa yang sebenarnya terjadi dengan kami berdua. Biasanya si kembar selalu saja sakat menyakat tapi malam ini ke duanya duduk sopan makan dan aku pun begitu juga.
"Kenapa kamu bertiga malam ni, diam saja jarang macam ni?" Soal Farid
Aku masih berdiam diri. Soalannya itu macam melintas saja malas hendak menjawap.
"Sofia? Shila? babah tanya ni" Farid memandang mereka.
Sofia angkat bahu Shila pula memandang aku. Kenapa aku?
Kali ini pandangan Farid pula ke arah aku.
"Apa yang sudah jadi ni dari tadi aku lihat semuanya diam? Sayang kenapa?" Soal Farid ke arahku.
Aku mati kutu. Apakah harus aku tanya tentang perempuan itu di depan anak-anak ku. Oh tidak! Aku harus sembunyikan dulu cerita ini sehingga aku benar-benar bersedia.
"Inda ada apa- apa semuanya baik saja" sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
"Habis tu kenapa malam ni aku rasa kamu macam lain macam?" Farid tanya lagi.
"Perasaan sayang saja tu" Jawap ku endah tak endah.
Aku pun segera menyudahkan makanan ku dan membawa terus ke dapur. Huh! Kuhhh semangat!
Selepas selesai mengemas makan malam tadi aku pun naik ke bilik si kembar memeriksa mereka samaada sudah tidur atau belum.
Shila sudah pun di buai mimpi sementara Sofia memandang aku di pintu. Aku menghampirinya.
"Kenapa belum tidur?" Tanyaku
" Mama marah babah?" Soal Sofia mengejutkanku.
" in..da" Jawap ku teragak- agak.
Aku segera menyelimuti Sofia dan ku arahkan dia tidur. Sebelum aku menutup pintu aku sempat berfikir. Adakah Sofia tahu?
Berat kakiku untuk sampai ke bilik tidur. Sebenarnya selepas apa yang aku tahu. Aku seolah-olah malas untuk bersemuka dengan Farid. Aku takut aku semakin benci. Dan membuatkan aku terbayang macam- macam tentang apa yang di buatnya di belakangku yang aku nda tahu.
Gambar yang aku lihat itu bertubi- tubi singgah di ingatanku. Hati ku sakit lagi. Ku pegang dadaku untuk menenangkan perasaan ini. Sabar belum waktunya lagi.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romans"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...