'Kini aku... Pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti
Berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi~'Aku mematikan enjin kereta lalu menjenguk pokok-pokok bungaku yang berada di halaman rumah, semuanya layu dan kering akibat sudah agak lama tidak di siram. Setelah aku bernikah semula dengan Farid, aku telah kembali menjejak kaki ke rumah kami yang agak lama ku tinggalkan.
Aku masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian ku. Aku harus membersihkan halaman rumah ku yang terbiar itu. Sebelum waktu senja.
Kereta kia Cerato milik Farid masuk ke garaj rumah. Si kembar keluar dari perut kereta terus menghampiri aku yang sibuk membersihkan halaman rumah.
" Mama! Sofia dapat nombor satu dalam kelas!" Shila yang nampak teruja itu menayangkan kertas keputusan mereka di hadapanku.
Aku membuka sarung tangan plastik yang ku pakai lalu mengambil kertas itu. Ku lihat nama Sofia berada di tempat pertama sementara Shila di tempat ke lima.
"Wah, tahniah anak mama!" Lalu ku cium pipi mereka.
Mereka berdua tersenyum senang.
"Mama! malam ni babah kan bawa beli hadiah kami. Kitani shopping di toy r us boleh?" Pinta Shila.
" Boleh" Farid menjawap
Kami bertiga menoleh Farid yang turut berada di situ.
"Yeay! Kami mandi dulu mama" Shila dan Sofia terus masuk ke dalam rumah.
Farid menghampiriku yang baru saja duduk di bangku. Air teh yang ku buat tadi ku tuang ke dalam cawan lalu ku serahkan kepada Farid. Ia mengambil cawan itu lalu menghirupnya.
"Awal balik hari ni" Farid memulakan bicara.
"Hari ni kerja setengahari" jawapku sambil menghirup teh yang baru saja ku tuang untuk ku.
" Sayang, sudah seminggu kitani bernikah, aku faham sayang mungkin belum biasa dengan keadaan kitani yang baru saja bersatu semula. Aku harap sayang maafkan kesalahan ku kalau sayang belum dapat maafkan, selamanyalah kitani hidup dingin macam ni" sambil Farid meraih tanganku.
"I really love you sayang" lalu mengkucup tangan ku itu.
Aku menyaksikan semua itu dengan perasaan hambar.
"Please give me a chance to love you again?"pujuknya merayu ku menagih kasih yang nda sudah. Kasih yang lama ku kuburkan dan sukar untuk di gapai semula.
Aku menarik lembut tanganku lalu aku menghirup teh ku kembali. Farid kedengaran melepaskan keluhan berat.
" Farid, bukan semudah tu aku menerima cinta mu lagi. It takes time. Please give some space to heal my heart" aku menjelaskannya lalu aku bangun mengutip perkakas kebun dan masuk ke dalam rumah.
*****
Kami berada di Toy R Us pada jam lapan setengah malam. Si kembar nampak happy sebaik kami membawa mereka ke situ sambil menemani mereka memilih permainan ke sukaan mereka. Akhirnya setelah penat memilih mereka memberi kata putus mahukan basikal dan playdoh.Kami pun kekaunter untuk membuat pembayaran.
Selepas dari Toy R Us kami pun menuju ke KFC mengisi perut yang sedia lapar.
"Mama, Sofia mau tidur" adu Sofia sambil makan ayam goreng perlahan.
"Lepas ni kitani balik a. Sofia makan dulu" pujukku sambil membelai rambutnya.
Farid ku pandang sedari tadi nampak diam saja sambil asyik bermain dengan telefon bimbitnya. Entah apa-apa lah yang ia sibukkan. Baik ku layan kerenah anak-anak dari melayan perangainya yang angin satu badan macam mood swing. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nampak berkerut wajahnya. Kami bertiga memandang Farid.
"Sorry, I've to take this call" Farid pun berlalu menuju ke sinki untuk menyuci tangan.
Beberapa minit kemudian Farid pun muncul dengan wajah serba salah.
"Sayang, i've urgent things need to settle so if you dont mind, you bawa balik saja anak-anak pakai kereta, aku ikut kawan ku saja dari sini. Okay?"
"Okay" jawap ku
kebetulan kami baru saja selesai mengisi perut yang sudah kenyang.
Farid menghantar kami sehingga ke tempat letak kereta. Setelah enjin kereta ku panaskan. Kami pun bergerak untuk pulang.
Tiba-tiba Shila yang duduk di bahagian belakang menepuk bahuku.
"Kenapa Shila?"
"Jam tangan Shila tinggal mama" Shila nampak risau.
"Nda apa kitani ambil semula jam tu, mudahan nda hilang di ambil orang" pujukku.
Semasa aku membelok ke simpang masuk bangunan KFC, tiba-tiba aku ternampak Farid masuk ke dalam sebuah kereta Daihatsu Sirion yang jelas! Lagi nyata! Lagi bersuluh! Pemandunya orang yang tidak ku sangka-sangka adalah Aisyah!
Otak ku seperti tidak mengikut tujuan sebenarku tadi. Aku seolah ingin mengejar kereta itu sedangkan niat ku ingin mengambil jam milik Shila yang tertinggal di KFC.
"Mama! Jam Shila?" Tegur Sofia di sebelah ku sebaik ia pasti kami hanya melintasi bangunan KFC itu.
Aku membrek mengejut lalu memandang Sofia di sebelahku. Hampir saja aku terleka dengan kereta sirion itu. Apa yang ada di fikiran ku saat ini. Kenapa Farid menemui Aisyah?
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...