"Ros" ada suara menyapaku.
Aku mendonggak mencari suara yang hadir di depan pintu. Sebaik aku pasti itu bos aku terus saja aku berdiri.
"Kenapa bos?" Soal ku gugup.
"Kenalkan ini Ros, your secretary dan ini Mr. Daniel merangkap boss kamu Ros" Terang Tuan Halim.
Kami pun bersalaman dan apa yang membuatku terkejut tangan ku seolah lama di dalam genggamannya. Aku segera menarik tangan ku itu dan kami pun berbalas senyum di depan Tuan Halim. Nasib di depan Tuan Halim kalau nda, mungkin keluar segala taekwando,flying kick, kung fu panda dan yang sewaktu dengannya biar ia tau siapa Rose yang tajam🔪 dan berbisa🐍 ini. Awal -awal masuk kerja sudah miang eww!😝
Agak terkejut juga aku apabila Tuan Halim masuk membawa lelaki ini ke ofisku. Sebelum ini memang aku ada boss tapi setelah di naikkan pangkat pada minggu lalu dia pun di tukar ke cawangan lain. Aku terpaksa redha saja sedangkan kami sudah serasi bekerjasama.
Setelah Tuan Halim menerangkan tugas yang ku pikul selama ini kepada Mr. Daniel, mereka pun akhirnya berlalu ke bilik yang lain pula untuk mengenalkan staff-staff yang lain.
Aku pun terus menghala nafas lega.
*****
Pintu ofisku di ketuk dan aku menjenguk terus saja aku berdiri sebaik aku pasti Mr. Daniel yang mengetuk.
"Ada apa sir?" Soal ku.
Sebenarnya aku malas hendak melayan kerenah boss baru aku yang kerjanya mengetuk pintu entah yang ke berapa kali sehingga ada juga fikiranku hendak mencabut pintu itu dan ku buang keluar. Next time dia masuk lagi nda payah ketuk-ketuk pintu biar dia ketuk kepala ku terus. Huh, macam marah pun ada aku masa ni!😬
" I need the file that i just gave to you" pintanya.
Dan bila aku ingat balik, file ni jua lah yang dia minta berulang kali. Sudah habis di cek di balikkan selepas itu di pinta lagi. Entah apa yang aneh tentang file ni atau dia sendiri yang aneh. Hmmm.😒
"Thanks"
"Sir" panggil ku sebelum dia bergerak keluar.
Mr. Daniel memandangku.
"Yes?"
"If you need something just intercom and i"ll come to your office" Jelasku sambil mengingatkan yang ofisnya ada telefon untuk di guna pakai.
Dia mengangguk macam burung belatuk lalu keluar.
Aku kembali focus dengan kerja ku yang balik-balik tertunggak gara-gara 'Mr. Ketuk'🔨 tu yang asyik keluar masuk keluar masuk ofisku ini.
Tiba-tiba ada lagi bunyi ketukan pintu aku mendengus macam kereta api yang mengeluarkan asapnya.😤
Ku kira Mr. ketuk 🔨tu yang mengetuk, rupa-rupanya NorAina yang muncul tersenyum sumbing di depan pintu.
"Yes Nor?" Soal ku malas-malas.
"Lakas tah lunch. Laparlah" ajaknya.
Aku mengerling jam di komputer sudah waktu lunch rupanya.
"Aku macam malas kan lunch" jelasku.
"Diet?" Soalnya.
"Bukan, kerja ku ni balum siap dari tadi. Asyik kana kacau saja oleh Mr. Ketuk tu" Aduku dengan mulut ku muncung sedepa.
"Siapa Mr. Ketuk?" Soal NorAina sambil bekerut dahi.
"Bos baru kau tu lah Mr. Daniel" ku tekan namanya.
" Mr. Daniel yang hensem tu kau panggil si ketuk, sampainya hati. Kenapa kau panggil Mr. Ketuk?"
"Dari tadi ketuk-ketuk pintu macam orang nda tentu rasa, rimasku" jelas ku sambil mendengus mengeluarkan segala amarah di hati.😬
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romansa"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...