Episod 10

1.7K 30 0
                                    

Aku memandang jam di dinding. Sudah pukul 1 pagi. Mataku masih segar belum mahu tidur. Sepanjang hari aku memikirkan tentang kata-kata Nor Aina. Kata-kata mama. Tentang 'cari bapa baru'.

Aku mengeluh untuk kali yang ke seratus kali. Hehehe tipu je....

Huh!

Susahnya kalau sudah pernah kahwin lepas itu cari yang baru. Mulut kata mudah tapi hati...

Huh!

Tiba-tiba ada bunyi Whatsapp masuk. Aku cek siapalah gerangannya yang belum tidur macam aku ni...

"Farid??"

Bingung plus bengang.

"Assalamualaikum. Hai, how are you? sorry kacau" sapa Farid

Balas? Nda?

Balas? Nda?

Balas sajalah.

"Wa'alaikumsalam, baik. Kenapa?"

"Pukul satu dah ni kenapa belum tidur?" soal di sana.

"Kau pun kenapa belum tidur?" Balas ku sambil tersenyum.

"Saja text"

Aku diam seketika seperti malas hendak membalas text Farid. Biarkan? Nda? Biarkan? Nda? Aku berfikir sendiri. 

"Aku ada hal kan bagitau kau" text Farid muncul.

Aku menjadi tanda tanya apa yang hendak di beritahunya.

Question mark dalam otak.

"Apa?" Balasku.

"Bulan depan aku nikah dengan Aisyah"

Aku terdiam dan aku biarkan text tergantung di situ.

Sofia dan Shila ku pandang kiri dan kanan ku. Aku membelai rambut mereka berdua serentak.

Kuat kah aku?

******
Hujan yang turun membasahi bumi seolah memahami perasaan ku kala ini.

ku pandang Farid di sebelah ku. Dia memandu dengan tekun tanpa menoleh kiri kanan. Sebenarnya aku rindu orang ini. Aku akui aku masih menyimpan perasaan sayangku terhadapnya tetapi ego membatas segalanya. Kalau aku luahkan perasaanku ini  mungkin keadaan memaksa ku untuk terima Aisyah di dalam kehidupanku. Tapi aku nda mampu. Aku tahu sakitnya jika harus berkongsi kasih dengan seorang lelaki. Jujur aku nda mampu!

Farid memandang ku sebaik saja dia perasan aku merenungnya.

"Kenapa?" Soalnya.

Aku angkat bahu saja.

kalau aku bagitau aku rindu buat malu saja bisikku dalam hati.

"Kenapa bawa aku keluar hari ni?" Soalku.

Sebenarnya Farid yang mengambil aku di tempat kerja nasib waktu itu semua kawan sekerja sudah keluar lunch.

"Kita makan dulu tempat biasa. Lepas tu aku cerita" Jawapnya.

Jawapannya masih membuat aku tanda tanya.

Kami lunch di tempat Ideal cafe and grill yang terletak di Gadong central. Farid memang tahu yang aku suka makan ayam grill di situ.

Setelah kami order dan membayar bill, kami pun mencari tempat yang sesuai untuk kami berbincang. Farid memilih tempat yang paling hujung menghadap keluar jendela.

Aku menarik kerusi lalu duduk sambil menunggu pesanan kami sampai. Farid memandang ku dan aku membalas pandanganya itu.

"Farid, tadi kau kata kan cerita, pasal apa?" soalku.

"Pasal Aisyah"

Kami terdiam sebentar.

Buat apa ia kan cerita pasal Aisyah? perlukah aku tau? soal ku sendiri.

"kenapa ia?" soalku lagi.

"Aisyah pregnant" jelas Farid.

hah!

Aku terkejut dan mataku membulat seperti orang nda percaya. pregnant?! Entah kenapa jantungku deras berdegup berdebar dengan kenyataan Farid. Sampai pregnant? 

"Berapa bulan?" soal ku.

"Lima bulan" jelas Farid lagi.

Aku hairan wajah Farid saat ini nampak murung dan nda happy dengan ceritanya itu.

"Sebab tu kau kahwin?" soalku sambil memegang dada yang masih berdebar itu.

Farid angguk kepala saja.

"Tapi kenapa kau nda nampak happy? sepatutnya kau happy sebab kamu kan sudah suka sama suka" soalku lagi.

Farid diam macam ada beban yang sedang di tanggungnya. Tapi kalau Farid mahu bercerita aku sudi jadi pendengar setia.

Farid menghela nafas berat.

Tiba-tiba pesanan kami sampai lalu di hidang. kami terdiam sekejap dan membiarkan waiter menjalankan tugasnya.

Setelah Waiter itu berlalu. Farid pun mengambil sudu dan garfu yang terletak tidak jauh dari sinki. Dia menyerahkan sudu garfu yang di ambilnya tadi kepadaku. Aku mengambil dan kami mengisi perut yang sudah sedia lapar.

Pertanyaanku tergantung begitu saja dan aku malas mahu bertanya semula. Biar lah kami menjamu selera dulu.










Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now