Selepas lunch kami pun masuk balik ke ofis. Baru aku perasan sedari kami sama- sama keluar lunch banyak mata yang memandang sambil berbisik- bisik entah apa yang durang cakap aku buat derk jee!
Nor Aina masuk ke ofis ku sambil senyum-senyum sumbing. Memang ada cerita yang bakal di luah. Gossip yang nda sudah-sudah.
"Yes Nor?" soalku yang nda tahan dengan senyumannya itu seolah gossipnya pasal aku.
"Tadi aku nampak orang tu keluar dengan Mr. Daniel. Macam keluar lunch sama-sama. kau ada apa-apa kah dengan Mr. Daniel?" sambil mencuit bahuku.
"keluar lunch pasal balas budi sajalah bukan ada yang special" jelas ku malas- malas.
"Balas budi kah atau sudah falling in love?" soalnya mengusik.
Aku ketawa berdekah- dekah sebab baru ku ingat mata orang-orang ofis dan bisikan tadi mesti menyangka ku ada hubungan istimewa dengan Mr. Ketuk.
Nor Aina memandang pelik dengan ketawa ku itu. Sah aku di copnya sakit jiwa.
"Mesti kau dengar cerita dari orang ofis kitani kan?" soal ku pula.
"Yes you're right. Satu bangunan cerita pasal kau hari ani"
" Jangan percaya lah. I'm not that type of woman and it's not easy to fall in love for the second time" Jelas ku terang dan nyata.
Nor Aina angkat bahu.
"Whatever, aku rasakan nda salah kalau both of you have that feeling" Nor Aina terus mengusik ku.
Mata ku menjuling ke atas. makin lama di layan anak seorang ini makin menyakitkan telinga dan menyemak kepala. Baik aku diam saja buat-buat sibuk habis cerita.
*****
Petang itu aku baru teringat hendak membeli hadiah untuk anak buah Farid yang menyambut hari ulang tahun malam ini. Awalnya aku malas hendak menghadiri party birthday itu tapi di sebabkan mereka mahu si kembar ada sekali aku pun iyakan sajalah.
Setelah aku habis round satu mall aku pun pulang membawa hadiah yang sudah siap di bungkus cantik- cantik dengan kertas warna biru bertanda 'Happy Birthday Darwish'.
Tiba saja di rumah aku lihat si kembar sudah siap berpakaian theme malam ini Robocar Poli dan mereka berdua sedondon memakai t-shirt cartoon Amber watak dalam cartoon Robocar Poli tu.
"Mama kami sudah siap" Shila menerpa ku sambil memperagakan baju t-shirt yang aku belikan untuk mereka berdua itu.
Aku mencuit pipi shila dan memeluk Sofia yang nampaknya tidak sabar untuk pergi ke Birthday Party Darwish malam ini.
"Kejap mama bersiap dulu" Aku terus naik ke bilik bersiap untuk membersihkan diri.
Kami sampai ke perumahan bekas mertua ku selepas azan Isyak. Aku lihat ramai yang datang meraikan birthday party itu siap ada bouncer bagi memeriahkan kanak- kanak bermain. Nasib aku membawa pakaian lebih untuk si kembar dapatlah mereka bermain bouncer yang ada kolam itu.
Aku masuk ke dalam rumah dan bersalaman dengan bekas mertua ku itu dan ibu saudara yang lain serta sepupu Farid. setelah itu aku membantu bekas ipar duai ku di dapur.
Semasa aku sibuk membantu di dapur, Farid datang mencuit bahu ku meminta apa yang patut untuk di angkat ke depan rumah. aku memberikan piring yang sudah siap di wrapping kepadanya. selepas selesai membantu di dapur aku pun ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah sepupu Farid.
Aku memerhatikan sekeliling ruang tamu itu baru aku perasan Aisyah tidak ada di majlis ulang tahun anak buah Farid malam ini.
Aku ternampak Farid yang sedang menuju ke dapur. Aku terus mengikutinya ke dapur dan ku tarik lengannya keluar dari pintu dapur.
Farid memandang hairan kepadaku. Mesti dia tertanya-tanya kenapa aku membawanya keluar jauh dari orang sekeliling.
"Aisyah mana?" soalku tanpa membuang masa.
sebaik mendengar soalan ku itu Farid terus tertunduk dan kedengaran sedikit mengeluh.
"Di rumah" jawapnya pendek.
"Kenapa nda datang?" soalku
"Orang rumah nda jemput" balasnya bersahaja.
"Maksud?" aku kurang faham.
"Orang rumah belum dapat terima ia sebagai menantu so aku datang seorang lah" jelasnya.
Baru aku ingat selama ini Aisyah selalu duduk dalam kereta saja dan tidak pernah pun sekali aku melihat ia masuk ke dalam rumah bekas mertua ku ini untuk bersalaman dengan mereka. Rupa-rupanya bekas mertua ku belum dapat menerima menantu baru mereka ini.
"Mama masih berharap kitani rujuk dan hidup bersama macam dulu dengan si kembar"
"Ia mau kitani ada di majlis ni tanpa ada Aisyah, walaupun saudara ku sudah tau kitani nda ada apa-apa lagi. Ia mau celebrate Birthday Darwish sama macam tahun lepas" jelas Farid panjang lebar.
Entah kenapa selepas mendengar penjelasan Farid timbul rasaku nda layak berada di sini malam ini. seolah-olah memberi harapan kepada keluarga ini untuk Farid dan aku bersama lagi. Tapi setelah aku berfikir kebelakangan ini tentang cubaan ku untuk menghancurkan hubungan Farid dan Aisyah aku rasa aku nda layak menyerupai seperti perangai Aisyah semasa ia merampas Farid dari aku. Aku sudah membuat keputusan untuk membuang niat ku itu dan pasrah yang kami mungkin tidak ada jodoh lagi.
" Farid, jodoh di tangan tuhan. Kitani nda lagi ada jodoh untuk bersama. Aku akui sebelum ni aku belum dapat lupakan kau. Tapi masa telah merubah hati ku untuk pasrah. Aku pasrah yang kitani nda lagi akan bersama. Jodoh mu sama Aisyah, walaupun keluarga mu belum dapat terima tapi kau ada untuk pertahankan Aisyah. kau sayang ia kan?"
Farid terdiam lalu tunduk.
"Aku sayang kau Ros"
Aku terpaku seketika adakah ayat ni yang aku tunggu selama ni? Nda bukan ini yang aku tunggu, aku sudah pasrah. Wahai hati berapa kali sudah aku katakan kepadamu yang aku nda mau memberi harapan lagi. Tolong pasrah kali ini. Tolong izinkan aku untuk tanam perasaan itu untuk selamanya.
Farid memegang tangan ku erat.
"Aku sayang kau Ros. Kau nda salah selama ni. Aku yang salah aku yang buta, aku pentingkan diri sendiri. Aku keliru dengan perasaan ku. Selepas apa yang jadi antara kitani berdua aku sedar aku masih sayang kau Ros. Baru ku tau perasaan ku ke Aisyah cuma simpati. Aku cuma rasa bersalah ke Aisyah pasal keterlanjuran kami dulu. Aku sedar yang kamu bertiga amat penting dalam hidupku. Tolong Ros jangan tinggalkan aku. Tolong kembali kepangkuan ku please?"
Bergenang air mataku. Aku berkeras melepaskan tangan Farid yang menggenggam tanganku.
"Farid, it's over. Please terima tah kenyataan. Apa yang kau buat dengan Aisyah dulu memang salah tapi apa yang terjadi memang sepatutnya kau bertanggungjawap. Sekarang ni walaupun kau cakap nda ada perasaan ke Aisyah, kau belajar untuk sayang ia walaupun terpaksa"
Aku terus meninggalkan Farid sendirian di situ sambil mengesat airmataku sebelum aku masuk ke ruang dapur takut nanti di tegur pula kenapa aku menangis.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...