Bahagian 18: Iri Hati

473 33 2
                                    

Rahmat dan Rokiah memandang Ila Rambo, yang masih lagi dalam keadaan terkejut beruk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rahmat dan Rokiah memandang Ila Rambo, yang masih lagi dalam keadaan terkejut beruk. Selalunya Ila Rambo yang memanggil Rahmat monyet atau beruk, tetapi kali ini dia pula yang menjadi beruk.

"What the hell Rokiah? Apa pasal kau boleh couple dengan monyet ni?" tanya Ila separa bengang dengan tindakan Rokiah, kawan karibnya yang sanggup bercinta dengan Rahmat, yang boleh dianggap musuh longgarnya. Hendak dikatakan musuh ketat, tidak pula sebab makan pun boleh bersama. Jadi istilah 'musuh longgar' adalah lebih bersesuaian.

"Err.. Sebenarnya.. Sebelum Kiah kenal Ila lagi Kiah dah suka dengan Rahmat ni.. Cuma semenjak masuk ke sekolah menengah ni Kiah dengan Rahmat jadi renggang sikit.." jawab Rokiah dalam nada sedikit cuak. Rokiah takut Ila akan membuka jurus taekwando yang dipelajarinya ke atas Rokiah.

"Woi Rambo!" tiba-tiba Rahmat bersuara.

"Yang kau gelabah sangat apa pasal? Yang couple aku dengan Kiah, bukannya aku dengan kau!" jawab Rahmat sedikit marah dengan tindakan Ila Rambo yang seperti menghina perhubungan Rahmat dan Rokiah.

"Woi! Kalau kau nak couple dengan aku pun aku tak ingin lah! Kau ingat kau hensem sangat?!" bidas Ila Rambo.

"Tak hensem pada mata kau, tapi hensem pada mata Rokiah.. Kan Rokiah?" balas Rahmat sambil mengangkat kedua belah keningnya kepada Rokiah.

Rokiah tersipu malu. Membuatkan Ila Rambo loya tekak.

"Huh! Suka hati kau la Kiah! Jangan nanti kau menyesal cari aku pulak.." nasihat Ila kepada Rokiah.

"Apa pasal yang dia nak menyesal pulak? Kau ni memang saja je kan nak sakitkan hati aku?" soal Rahmat kepada Ila Rambo.

Ila Rambo hanya berdiam diri, sambil menjeling Rahmat. Ila tidak mahu kerana marah dengan Rahmat, persahabatan antara dia dengan Rokiah terputus. Ila terpaksa menahan segala amarahnya demi menjaga hati Rokiah.

"Ala.. Jangan lah gaduh-gaduh.. Rokiah tak suka lah.. Rahmat, cepat minta maaf kat Ila.." arah Rokiah kepada Rahmat.

Kalau ikutkan hati jantannya, memang sampai ke sudah Rahmat tak akan meminta maaf pada Ila. Tetapi apabila difikirkan tentang Rokiah, Rahmat segera merendahkan egonya.

"Rambo! Aku minta maaf.." Rahmat meminta maaf, dan disambut oleh Ila: "Ok.. Aku pun sama..".

Masing-masing terpaksa membuang sikap ego mereka, semata-mata kerana Rokiah. Pagi itu, mereka menghabiskan sisa waktu rehat mereka dengan tidak berkata apa-apa.

...........

"Mat! Mana kau pergi Mat? Aku ingat kau pergi belakang tadi. Aku check, yang ada Yem Semput dengan Acap je.. Kau pergi mana? Memerut ke?" Azuan Tempeyek membuat andaian liar terhadap kehilangan Rahmat sepanjang waktu rehat.

"Aku pergi makan lah.. Kan waktu rehat." jawab Rahmat selamba.

"Makan? Kau makan kat mana? Kantin?" tanya Azuan lagi.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now