Bahagian 81: Tergendala

333 22 1
                                    

Gruhhh!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gruhhh!!

Petir berdentum di langit. Cuaca yang tadinya panas terik, kini tiba-tiba menjadi mendung. Tersentak Rahmat, Rokiah, dan Ila Rambo. Kedengaran jeritan kesakitan dari Ila Rambo kerana dia tersentak dengan keadaan jarinya di dalam lubang hidung, seterusnya mengakibatkan dia tercucuk lebih dalam lubang hidungnya. Hal ini terjadi tatkala dia sedang leka mendengar cerita Rahmat sambil mengorek hidung.

"Aik? Tetiba mendung? Tadi sikit punya cerah.. Ni mesti Hambali Rockers yang karok ni! Sebab tu mendung!"

Bebel Ila Rambo, yang masih lagi merah hidungnya akibat tercucuk jari. Dia menyalahkan jirannya, Hambali Rockers yg menyebabkan cuaca bertukar menjadi mendung. Hambali Rockers diberi gelaran "Rockers" bukanlah disebabkan dia mempunyai suara ala-ala penyanyi rock 90an, tetapi dia diberi gelaran itu kerana dia hanya sesuai dibaling dengan batu apabila dia mula menyanyi. Punyalah tak sedap!

"Alaa.. Nak hujan lah pulak! Kiah sidai kain tadi.."

Keluh Rokiah, yang teringatkan kain jemuran yang dijemur sebelum dia ke jambatan ini.

"Habis tu? Kiah nak balik ke?" tanya Rahmat.

"Baliklah. Nak hujan ni.. Apa ke gila nak duduk kat sini lagi? Katak pun tau balik rumah kalau hujan."

Jawab Rokiah sambil menggunakan katak sebagai metafora di dalam ayatnya. Hanya itu binatang yang terlintas di dalam fikiran dia sekarang ini.

"Tapi.. Cerita saya belum habis ni. Dah nak sampai klimaks dah ni." ujar Rahmat.

"Klimaks kau! Dah nak hujan la gila! Esok-esoklah sambung pulak! Malam ni ke.. Lagi satu, jangan cerita panjang lebar! Straight to the point la bro! Kau ingat ni slot Akasia??"

Ila Rambo melepaskan segala tidak kepuasan hatinya sepanjang penceritaan Rahmat. Manakan tidak, cara Rahmat bercerita sangat terperinci. Segala detail habis diceritakan Rahmat. Malah, Rahmat sempat mengajuk suara Sarip dan suara Pak Lang. Lagi teruk, bunyi kucing mengiau terkejut pun Rahmat ajuk juga! Rahmat ni sebuah TV barangkali.

Ila Rambo yang awalnya, beria mahu mendengar cerita Rahmat, sudah pun kebosanan di pertengahan cerita. Sebab itulah juga dia mengambil peluang untuk mengorek hidung bagi menghilangkan bosan. Itu pun setelah jajan yang dibawa tadi sudah habis dipelahap olehnya.

"Ok ok.. Kalau macam tu, malam ni kita jumpa lagi. Tu pun kalau tak hujan la.. Aku janji, lepas ni aku straight to the point! No konar-konar!"

Jelas Rahmat penuh semangat, lagak seperti seorang ahli politik ketika turun padang melawat mangsa banjir.

"Ok! Malam ni! Dekat mana? Pukul berapa?"

Tanya Ila rambo bertubi-tubi, sekali nafas.

"Rumah Rokiah.. Pukul 8, lepas Isyak.."

Jawab Rahmat yang juga sekali nafas.

"Pukul 8 lepas Isyak, atok kau! Pukul 8 Isyak pun belum masuk lagi la, Jenglot! Kau dekat KL sembahyang Isyak pukul 7 ke? Mazhab mana kau ikut?!"

"Eh? Hahaha! Lucunya kesilapan saya ni! Silap, pukul 9! Janganlah marah.. Ehek!"

"Lagi satu, yakin je kau mintak kumpul dekat rumah Rokiah.. Rokiah tak bagi green light pun!"

"Eh? Kiah tak kisah la Ila.. Boleh je kumpul dekat rumah Kiah. Datanglah.. Boleh Kiah masak sedap-sedap untuk korang nanti.."

Ujar Rokiah mengiakan, sambil matanya memandang Rahmat. Lalu dia pun tersipu-sipu malu bila Rahmat pun memandangnya, sambil tersenyum.

"Ok, malam ni kita jumpa.. Datang tau, Rambo?"

Dalam hati Rahmat, sudah tidak sabar dia mahu ke Rumah Rokiah malam itu. Bukan sahaja dapat berjumpa Rokiah, dapat pula dia merasa masakan dari air tangan Rokiah. Tak pernah lagi dia merasa masakan Rokiah sepanjang perkenalan mereka. Pernah juga ibunya dan Mak Siti bertukar-tukar hidangan ketika Ramadhan. Tapi semua masakan itu dimasak oleh Mak Siti, bukannya Rokiah. Sehinggakan Rahmat merasakan yang Rokiah sebenarnya tidak pandai memasak. Tetapi sekarang ini sudah terbukti yang semua sangkaannya itu meleset sama sekali. Melihat kepada berianya riak muka di wajah Rokiah tadi, dia tahu yang Rokiah sememangnya pandai memasak!

Dan, di sudut lain, kelihatan Ila Rambo menggigil ketakutan. Ila, yang selama ini tidak pernah takut akan sesiapa, ataupun apa-apa pun - selain lipas - tiba-tiba bermuka pucat ketakutan. Rahmat dan Rokiah yang sibuk ketawa tersipu-sipu berdua, langsung tidak perasan akan Ila Rambo yang sudah pun bagai kehilangan seluruh darahnya. Dia terus memandang Rokiah dengan pandangan yang penuh ketakutan, lalu terdetik di hatinya:

"Mampos! Rokiah nak masak??"

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now