Bahagian 26: Rahsia

398 29 2
                                    

"Apa cadangan tu Encik Jamal?" tanya Tuan Haji Rahman, yang dari tadi cuba mengelak dari memandang tepat ke mata Husin Lambretta kerana takut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa cadangan tu Encik Jamal?" tanya Tuan Haji Rahman, yang dari tadi cuba mengelak dari memandang tepat ke mata Husin Lambretta kerana takut.

Kerana di dalam ketakutan, Tuan Haji Rahman tidak dapat berfikir dengan rasional. Segala penyelesaian bagi permasalahan ini tidak dapat difikirkan olehnya. Jikalau sekarang ada orang yang menanyakannya soalan matematik mudah pun, seperti satu tambah satu, atau dua darab satu pun belum tentu Tuan Haji Rahman dapat jawab. Segala keputusan diserahkan kepada Cikgu Seman, yang nyata tidak terkesan dengan amarah Husin Lambretta.

"Cadangannya, lebih baik Samsul dibuang dari sekolah ini. Itu untuk kebaikan adik saya dan sekolah ini jugak." cadang Jamal, lagak seperti seorang penolong kanan Menteri Pendidikan.

"Lagipun takkan adik saya nak berdepan dengan orang yang cuba nak menghancurkan hidup dia? Tak akan dia orang nak belajar dalam satu sekolah lagi? Adik saya ada maruah. Kami ada maruah!" suara Jamal sedikit meninggi.

Dirasakan kesabaran kepada Samsul Komodo semakin tercabar. Tidak mampu untuk dia bertenang lagi.

"Bertenang Encik Jamal. Kami akan lakukan apa yang terbaik bagi semua pihak." kata Cikgu Seman menenangkan keadaan.

Gaya Cikgu Seman tidak ubah seperti watak ketua kampung di dalam kebanyakan filem atau drama melayu. Hanya tahu mengucapkan 'sabar' dan 'bertenang' sahaja.

"Tapi ada betul jugak apa yang Encik Jamal cakap tu. Kalau mengikut kepada peraturan sekolah, kesalahan yang dilakukan oleh Samsul membolehkan dia dibuang sekolah. Lagipun sudah terlalu banyak kesalahan yang dia lakukan. Kali ini sudah tiada maaf lagi." sambung Cikgu Seman, sambil membelek buku rekod kesalahan pelajar.

Di dalam buku rekod itu tercatit kesalahan-kesalahan pelajar sejak dari mula mereka menjejakkan kaki ke sekolah itu. Nama yang paling banyak tercatat sudah semestinya nama Rahmat, dan diikuti rapat oleh Samsul Komodo. Tetapi kesalahan Rahmat adalah kesalahan-kesalahan kecil sahaja, manakala kesalahan Samsul lebih besar. Ini memaksa Cikgu Rahman terpaksa menuruti cadangan Jamal, dan terpaksa membuang Samsul dari sekolah itu.

"Memang padan dengan muka kau! Sekarang kau dah kena buang sekolah! Kau nak jadi apa?!" marah Husin Lambretta tidak dapat dibendung lagi.

Kali ini dia betul-betul marah dengan perangai anaknya itu. Tijah Kerengga tidak henti-henti menangis. Tapi nangis pun tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Kalau sudah menjadi bubur, macam mana hendak membuat nasi goreng? Melainkan kalau ada lauk sayur kangkung. Sayur kangkung memang enak kalau dimakan bersama bubur. Tetapi ini bukan cerita pasal bubur, sebaliknya ialah cerita tentang masa depan Samsul yang semakin gelap. Samsul tidak dapat berfikir lagi. Segala makian dari ayahnya tidak didengarinya lagi. Apa yang terbayang di dalam fikiran Samsul sekarang ini ialah gambaran di mana masa depannya yang kelihatan samar-samar. Di dalam gambarannya dia terbayang temuduganya ditolak oleh berbagai-bagai syarikat, hanya kerana dia pernah dibuang sekolah. Dia merasakan tiada guna dia menjalani kehidupan lagi.

"Tapi saya tak buat apa-apa.." tiba-tiba Samsul Komodo bersuara.

Semua mata tertumpu pada Samsul.

"Saya tak buat apa-apa. Ila! Aku tak buat apa-apa. Percayalah! Aku cuma nak gertak kau je! Sumpah!" Samsul meracau sambil merayu supaya tidak didenda.

Ila Rambo hanya menunduk, tidak berkata apa-apa. Samsul tidak puas hati. Selagi Ila Rambo tidak menyatakan bahawa dia tidak bersalah, selagi itu dia merayu. Samsul meluru ke arah Ila dan terus memegang bahu Ila Rambo.

"Aku tak bersalah!! Lepas kau pengsan, aku terus 'blah' sebab aku takut! Betul!!" Samsul cuba menyakinkan Ila. Ila yang kaget kerana Samsul menerpa ke arahnya, tiba-tiba menjerit. Trauma Ila Rambo terhadap Samsul Komodo masih lagi berbekas.

"Buk!" Satu tumbukan padu dihadiahkan oleh Jamal kepada Samsul Komodo.

Tertuduk Samsul Komodo terkena penangan dari Jamal.

"Apa lagi kau nak ha?! Tak cukup lagi ke?!" tengking Jamal.

Husin Lambretta tidak dapat berbuat apa-apa untuk membela anaknya. Tidak berani dia melawan Jamal yang jauh lebih tegap dan muda darinya. Lagipun dia tahu anaknya yang bersalah. Untuk apa dia membela orang yang bersalah. Jadi dibiarkan sahaja Samsul kesakitan.

Kecoh seketika keadaan di bilik pengetua. Setelah beberapa minit, akhirnya keadaan kembali tenang. Keputusan pun telah dibuat. Samsul Komodo harus meninggalkan sekolah itu. Ibu bapanya pun sudah akur dengan keputusan itu, walaupun amat payah untuk ditelan. Itu sahaja jalan yang terbaik untuk menginsafkan anaknya. Samsul Komodo dihantar pulang ke rumah. Itu adalah hari terakhir Samsul di sekolah itu.

Selang dua hari, Ila Rambo pula kembali ke sekolah. Menjalani kehidupan seperti biasa. Ramai yang tidak tahu apakah yang terjadi di antara Ila Rambo dan Samsul Komodo. Pelajar sekolah dilarang untuk bercakap atau bercerita mengenai perkara itu lagi. Hanya Rokiah sahaja yang tahu kejadian sebenar, itupun setelah diceritakan oleh Ila Rambo. Ila Rambo menyuruh Rokiah tidak menceritakan kepada sesiapa tentang kejadian sebenar, hatta kepada Rahmat sekalipun. Rahsia itu menjadi rahsia mereka berdua.

Rahsia diantara dua sahabat sejati.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now