"Kau nak apa Samsul?!" pekik Ila Rambo.
Selama ini Ila Rambo tidak pernah takut dengan mana-mana lelaki. Tetapi lain pula bila berhadapan dengan Samsul Komodo. Samsul bagi Ila Rambo bukanlah seorang lelaki yang normal. Samsul Komodo lebih sewel, lebih sadis perangainya dari mana-mana pelajar nakal di sekolah itu, termasuklah Rahmat. Dia pernah digantung sekolah selama dua minggu kerana didapati bersalah membunuh kucing peliharaan guru besar Tuan Haji Rahman, hanya kerana dia tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadapnya, atas kesalahan yang lain, iaitu menumbuk rakan sekelasnya sehingga teralih rahang. Dia juga pernah dihukum atas kesalahan sengaja menimbulkan huru-hara di sekolah dengan mengugut mahu membakar stor peralatan sukan, atas alasan dia dan rakan kelasnya tidak dibenarkan bermain bola sepak sewaktu kelas Pendidikan Jasmani, yang diajar oleh Cikgu Tan Lai Ming. Semasa kejadian itu berlaku, Samsul sudah pun memegang sebotol cecair jernih dan pemetik api di depan pintu stor berkenaan. Mujurlah dia cuma mengacah dengan hanya memegang sebotol air mineral, dan bukannya minyak tanah seperti yang disangka. Tetapi dia tetap juga dihukum kerana sengaja membuat kacau, dan hampir menyebabkan Cikgu Tan Lai Ming dikejarkan ke hospital akibat terkena serangan jantung dek kerana terlampau terkejut dengan tindakan Samsul.
"Kau tanya aku nak apa? Dah terang-terang aku muncul depan kau, dekat tempat tersembunyi macam ni, takde orang.. Kau agak aku nak buat apa dengan kau?" Samsul Komodo menanyakan soalan cepu emas kepada Ila Rambo, membuatkan Ila Rambo terkedu.
Perasaan takut mula menguasai Ila. Dia merasakan lututnya tidak lagi bermaya. Bukannya tidak bermaya kerana dia baru lepas berjogging sejauh 7 kilometer, tetapi kerana dia terlampau takut dengan Samsul. Samsul menyeringai, menampakkan giginya yang kuning.
"Kali ni kau tak akan terlepas Rambo. Ooo.. Hari itu kau mainkan aku ya? Kau tipu aku ya? Hah?!" tanya Samsul, mengingatkan Ila Rambo tentang peristiwa dia mempergunakan Samsul.
Ila Rambo tidak terkata apa-apa. Dia menunduk ketakutan, dan hampir menangis.
"Kau tahu tak aku malu gila dengan Rahmat?! Rahmat tu musuh aku, tahu?! Kau tahu tak perasaan kalau malu dengan musuh sendiri?! Hah?!"
Sekali lagi Ila digertak. Kali ini gertakan Samsul Komodo lebih kuat dari yang sebelumnya.
"So.. Sorry.. Samsul.." jawab Ila Rambo terketar-ketar.
Hilang sudah perwatakan garangnya selama ini. Kini di hadapan Samsul Komodo hanya seorang wanita biasa yang ketakutan.
"Apa sorry sorry?! Sorry naik lori la!" Samsul Komodo cuba membuat lawak cliche melayu.
Walaupun melawak, tetapi di dalam hati Samsul tidak akan sekali pun dia memaafkan Ila Rambo. Selagi dendamnya belum selesai, selagi itu dia tidak akan memaafkan Ila Rambo.
"Aku dah lama pendam marah aku dekat kau ni! Dah lah dulu kau reject aku, siap hina aku lagi! Kali ni kau tipu aku pulak! Pakej lengkap kau bagi aku ya?!" marah Samsul Komodo, membuatkan kali ini Ila Rambo menangis.
YOU ARE READING
Cinta Rokiah
MizahRokiah adalah seorang gadis biasa yang tinggal di sebuah kampung biasa, dan mempunyai kehidupan yang biasa. Ini adalah cerita biasa yang ditulis secara biasa oleh seorang yang tak biasa menulis. Biasalah tu..