Bahagian 72: Bungkusan

303 21 0
                                    

Ila memandang tepat ke arah Rahmat yang sedang berdiri di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ila memandang tepat ke arah Rahmat yang sedang berdiri di hadapannya. Sudah lebih 2 minit Rahmat tidak berkata apa-apa. Hanya terdiam memandang langit yang sekejap cerah, sekejap mendung. Mungkin mahu hujan. Sesekali Ila memandang ke arah Rokiah, yang kelihatan masih sabar menanti cerita yang akan diceritakan oleh Rahmat.

"Woi Mat! Kau diam apahal?! Sambung lah cerita lagi!"

Pekik Ila, membuatkan Rokiah yang duduk bersebelahan hampir terkena sawan, akibat terkejut dengan suara Ila yang dilontarkan secara tiba-tiba.

"Sabar lah.. Aku nak ambik mood.. Nak bercerita ni kena ada mood. Kau apa tau?"

Jawab Rahmat, ringkas.

"Ahh! Mood, Mahmud! Peduli la kau nak mood ke nak kemut ke, sekarang ni aku nak tau kesudahan cerita kau! Dari tadi asyik pengenalan watak je?! Bila nak masuk ceritanya?!" marah Ila.

Ada betulnya kata Ila itu. Sejak dari permulaan cerita Rahmat, dia hanya menceritakan tentang teman serumahnya sahaja. Tidak pun masuk ke cerita sebenar. Cerita bagaimana Rahmat boleh berubah menjadi kaya. Sehingga mampu untuk berkereta mewah, berkaca mata Rayban, baju bergosok, dan berseluar Dockers. Ori pula tu!

"Kau tau tak maksud permulaan cerita? Kalau nak bercerita, kena ada plot. Mana boleh terus klimaks je!"

Jawab Rahmat, yang masih lagi tidak mahu kalah kepada Ila.

"Hehe.. Macam-macam lah korang ni.. Masih lagi macam dulu.."

Rokiah bersuara. Jelas terpancar senyuman di wajahnya.

Rahmat dan Ila Rambo terdiam. Memandang wajah masing-masing. Ungkapan Rokiah tadi seakan-akan menyedarkan mereka. Pertelingkahan mereka tadi, tidak ubah seperti mereka yang dahulu. Mereka yang dahulunya suka berkelahi. Mereka yang dahulunya saling tidak menyukai. Namun sebenarnya mereka rapat. Mereka akrab. Perkelahian yang dulu itu adalah penguat tali ikatan persahabatan mereka. Persahabatan antara empat orang sahabat.

"Hmm.. Ok, aku sambung balik cerita.. Lepas aku berkenalan dengan semua housemate aku, seminggu lepas tu, aku dapat kerja. Aku kerja kat kilang Johnny. Agak lama aku kerja kat situ. Hinggalah satu hari tu..."

...................

Suasana rumah sewa Rahmat gelap. Tangan Rahmat meraba-raba tercari-cari suis lampu. Keadaan rumah yang terlalu gelap menyukarkan pandangan Rahmat. Berapa kali kakinya tersadung kasut-kasut yang dibiarkan bersepah di depan pintu. Begitulah suasana rumah bujang. Segalanya bersepah. Perkataan 'susun' atau 'kemas' hanya muncul dalam 2 bulan sekali. Kalau lebih pun, mungkin ianya disebut ketika seseorang itu sedang mengigau, ataupun ketika sedang dirasuk.

Suis lampu dipetik. Baru beberapa langkah Rahmat melangkah masuk ke ruang tamu, Rahmat dikejutkan oleh satu bungkusan kain yang diletakkan di tengah rumah. Rahmat cuba mendekati bungkusan itu. Perasaan takut mula menghantui diri. Tiba-tiba Rahmat teringat video di Youtube yang berkisah tentang penangkapan hantu penanggal, dimana penanggal itu dibungkus oleh kain hitam. Begitulah rupa bungkusan yang berada di depan mata Rahmat sekarang ini.

Rahmat memberanikan diri, walaupun kini degupan jantungnya lebih pantas dari kelajuan F1, atau kelajuan kereta nasional di lorong paling kanan di lebuhraya. Dengan menggunakan jari kaki, Rahmat menyelak kain tersebut.

"Allah!!"

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now