Bahagian 21: Aku Maafkan Kamu

473 30 10
                                    

Rokiah duduk mengelamun seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rokiah duduk mengelamun seketika. Sesekali dia memandang ke arah kerusi Ila Rambo. Masih kosong. Waktu rehat sudah 5 minit berlalu. Semua pelajar sudahpun duduk ke tempat masing-masing, hanya menunggu guru mata pelajaran seterusnya masuk. Tetapi kelibat Ila masih tidak kelihatan.

"Psstt.. Rokiah." kedengaran seseorang memanggil Rokiah.

Rokiah memalingkan mukanya ke arah suara itu. Suara itu datangnya dari Jamilah Burung, yang mana tempat duduknya adalah bersebelahan dengan Ila Rambo. Jamilah mendapat nama jolokan 'burung' adalah kerana sikapnya yang suka bercakap, tidak ubah seperti bunyi kicauan burung di pagi hari. Setiap masa Jamilah akan bersuara. Cuma ketika dia sedang makan atau tidur sahaja dia tidak bersuara. Malahan ketika sedang melepaskan hajat di tandas pun dia akan berbual dengan orang yang berada di luar tandas. Kalau tiada orang, dia akan memulakan perbualan dengan cicak ataupun dinding tandas.

"Rokiah, Ila mana?" tanya Jamilah burung.

Rokiah hanya mengangkat bahu. Sememangnya Rokiah memang tidak tahu ke mana Ila Rambo pergi.

Akhirnya Ila Rambo memunculkan diri. Jelas kelihatan di wajah Ila seperti baru lepas menangis, membuatkan Rokiah terkedu. Perasaan marah kepada Ila tadi tiba-tiba bertukar menjadi simpati, rasa kasihan. Ila tertunduk. Tidak sanggup dia melihat wajah Rokiah. Rokiah segera memegang tangan Ila sewaktu Ila berjalan melepasinya.

"Ila.. Kenapa Ila buat macam ni?" tanya Rokiah, membuatkan Ila tidak dapat menahan airmatanya lagi.

Ila memandang tepat ke arah Rokiah.

"Aku.. Sebenarnya..." belum sempat Ila menghabiskan ayat, mereka dikejutkan dengan suara ketua kelas.

"Bangun semua! Selamat Pagi Cikgu.." Cikgu Kenchana yang mengajar kelas mereka pelajaran Bahasa Inggeris sudah pun masuk ke dalam kelas. Penjelasan Ila Rambo terbantut, segera dia melepaskan tangan Rokiah dan kembali ke tempat duduknya. Ila mengesat airmatanya, membuatkan Jamilah Burung kehairanan.

"Ila, kenapa kau menangis?" tanya Jamilah Burung dengan naif.

"Takde apa-apa.." jawab Ila Rambo mudah.

"Kau sakit perut eh? Senggugut eh? Tu la.. Aku kalau senggugut pun sama. Tak boleh tahan doh. Sakit gila! Aku pun kadang-kadang menangis jugak. Sama lah macam kau. Tapi dekat sekolah aku tahan lah. Aku tak menangis. Aku maintain relax je.." Jamilah berucap panjang lebar.

Ila hanya menahan sabar dengar leteran Jamilah. Sudahlah dia dengan masalahnya tersendiri, dicampur pula dengan bebelan dari Jamilah, membuatkan dia bertambah stress.

Sejam sudah berlalu, tamat sudah waktu Cikgu Kenchana. Semua pelajar membuat hal masing-masing, sambil menunggu waktu yang seterusnya. Kelihatan Jamilah Burung masih bercerita tentang perihal senggugutnya. Tapi kali ini tidak lagi kepada Ila Rambo, tetapi kepada Chumi, seorang pelajar berbangsa India yang cantik seperti seorang heroin filem Tamil, dan menjadi kegilaan setiap pelajar lelaki India di sekolah itu. Rokiah bangun dari tempat duduknya, berjalan mendekati Ila Rambo yang masih lagi menunduk.

"Ila, kenapa Ila buat macam tu?" tanya Rokiah dengan nada sedikit tegas.

Jamilah Burung yang dari tadi asyik bercerita, tiba-tiba menjadi senyap. Senyap melihat perubahan watak Rokiah. Rokiah yang selama ini lembut dan sopan santun, tiba-tiba menjadi dingin. Sedingin salju di danau rindu dendangan kumpulan Exist. Jamilah Burung memasang telinga, begitu juga Chumi. Masing-masing ingin tahu apa yang terjadi diantara Ila Rambo dan Rokiah. Dua sahabat yang tidak pernah bergaduh tiba-tiba menjadi dingin. Mungkin ini juga yang dinamakan perang dingin seperti yang tercatat di dalam buku sejarah.

Ila masih terdiam. Tidak mahu memandang Rokiah.

"Jawablah Ila!" tanya Rokiah sekali lagi dengan suara yang sedikit keras, seakan-akan suara Nicky Astria.

"Sebab aku takut! Aku takut kau tinggalkan aku bila kau dah ada Rahmat!" jawab Ila, dengan suara yang lagi kuat dari Rokiah sebentar tadi. Tak nak kalah betul.

Semua orang di dalam kelas memandang mereka. Semua terkejut tiba-tiba Ila Rambo menjerit. Jamilah Burung dan Chumi sudah lama ternganga dari tadi.

"Apa Ila cakap ni? Ila denga Kiah kan dah lama kawan.. Takkan Kiah nak tinggalkan Ila macam tu saja?" Rokiah cuba memberikan rasionalnya.

"Memang dah lama.. Tapi kau kenal Rahmat lagi lama kan? Lagipun semenjak seminggu korang couple, aku pun kau dah tak endahkan.. Tu baru seminggu! Kalau sebulan? Dua bulan? Berbulan-bulan?" kali ini Ila Rambo pula memberikan rasionalnya.

"Kalau datang bulan?" tiba-tiba ada satu suara menyampuk dari sudut lain di dalam kelas. Suara itu datang dari Kassim Mat Top, yang cuba membuat lawak.

"Kau diam Kassim! Aku tumbuk kau karang!" gertak Ila Rambo membuatkan Kassim Mat Top menyembunyikan kepalanya di bawah meja.

Tindakannya itu tidak ubah seperti seekor kura-kura yang diancam. Kassim Mat Top memang cukup takut kepada Ila Rambo, kerana Ila Rambo pernah memukulnya sehingga dia menangis.

"Ok lah.. Kiah mengaku memang seminggu ni Kiah banyak tak endahkan Ila. Tapi tak bermakna Kiah tak sayang Ila. Kita masih lagi kawan baik. Sebab tu bila Kiah nak berdating dengan Rahmat pun Kiah ajak Ila sekali.. Sebab Kiah tak boleh berpisah dengan Ila.. Ila lah satu-satunya sahabat sejati Kiah." kata-kata Rokiah membuatkan Ila Rambo sebak.

Dia sedar akan kesilapan yang dilakukannya. Tergamak dia hendak menghancurkan hidup kawannya yang terlalu sayangkannya. Sekali lagi airmata Ila Rambo bercucuran, membuatkan Rokiah juga mengalirkan airmata. Segera Ila Rambo memeluk Rokiah.

"Maafkan aku Kiah! Aku bersalah! Aku tak pasti kenapa aku buat kau macam tu. Aku betul-betul terdesak masa tu. Maafkan aku. Aku janji tak buat lagi." rayu Ila Rambo sambil menangis teresak-esak.

Seperti kebanyakan cerita melayu yang lain, babak menangis adalah satu kepastian. Kalau tiada babak sedih, cerita tak boleh pergi jauh.

"Takpelah Ila.. Kiah maafkan. Kiah tak berdendam pun. Kiah cuma nak dapatkan kepastian kenapa Ila nak buat Kiah macam ni. Tapi sekarang Kiah dah tahu. Dan Kiah maafkan Ila." Rokiah memeluk erat Ila Rambo, yang masih lagi menangis. Jamilah Burung dan Chumi juga turut serta menangis.

"Macam tu lah kawan-kawan.. Kita mana boleh gaduh-gaduh.. Kita kena hidup harmoni.. Kau tu Ila, jangan nak jealous tak tentu pasal!" sampuk Kassim Mat Top sekali lagi, yang baru keluar dari persembunyiannya.

Tapi kali ini dia tidak boleh lagi sembunyi, kerana Ila Rambo sudah pun menghampirinya.

"Apa masalah kau ni ha? Menyampuk macam beruk!" marah Ila Rambo, sambil menjentik beberapa kali telinga Kassim Mat Top yang capang itu.

Seluruh kelas mentertawakan Kassim. Termasuklah Rokiah. Kassim Mat Top merayu-rayu supaya dilepaskan dari cengkaman Ila Rambo. Tetapi rayuannya tidak diendah. Dia terus-menerus diasak oleh Ila Rambo. Tiba-tiba kelas menjadi senyap. Ila Rambo yang sedang asyik membelasah Kassim Mat Top tidak menyedari akan hal itu. Sehinggalah telinganya ditarik oleh seseorang.

"Aduh! Siapa pulak tarik telinga aku ni?!" jerit Ila Rambo.

"Saya.." jawab Cikgu Seman.

Tercengang Ila Rambo melihat Cikgu Seman dihadapannya. Dilihat semua rakan kelasnya sudah pun duduk dengan tertib di tempat masing-masing, termasuk Kassim Mat Top yang baru lepas dibelasah tadi.

"Nabilah, lepas kelas, ikut saya ke bilik saya.." arah Cikgu Seman, membuatkan Ila Rambo tertunduk pasrah, dan Kassim Mat Top kegembiraan.

"Awak pun sama Kassim!" sambung Cikgu Seman, membuatkan kali ini giliran Kassim Mat Top pula tertunduk pasrah.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now