Bahagian 64: Bunyi

323 27 6
                                    

 "Pssttt"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 "Pssttt"

Rahmat kaget. Bunyi seperti bunyi semburan menangkap telinganya. Rahmat begitu yakin, di biliknya tiada alat penyembur haruman automatik. Dia melihat sekeliling. Telinganya didekatkan ke arah kipas, sangkanya kipas itu yang mengeluarkan bunyi itu. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Bukan kipas itu yang mengeluarkan bunyi tersebut. Setelah setengah minit berlalu, Rahmat tidak memperdulikannya lagi. Sangka Rahmat bunyi itu hanyalah imaginasinya sahaja. Atau mungkin bunyi itu datang dari kentutnya sendiri, yang tidak diperasannya.

"Pssttt"

Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Rahmat memperlahankan suara iPad yang dibeleknya dari tadi. Walaupun rasa kecewa dengan peristiwa pagi tadi, Rahmat masih tidak melepaskan peluang untuk melayari internet. Status Facebook harus di'update' demi memenuhi kehendak alam maya.

Tetapi sekarang Rahmat masih lagi bingung, tercari-cari punca bunyi misteri itu tadi. Kali ini Rahmat cuba mencari dengan berdiri di tengah bilik. Dengan cara itu, mungkin dia dapat mendengar, atau melihat dari mana datangnya bunyi misteri itu. Cara begini dipelajarinya ketika menonton rancangan kanak-kanak, Detektif Conan. Rahmat cuba meniru gaya Conan yang ingin menyelesaikan misteri pembunuhan, iaitu dengan berdiri di tengah bilik dahulu untuk mencari klu yang ada.

"Psssttt.. Rahmat!"

Kali ini bunyi itu disertakan sekali dengan namanya. Bertambah pelik Rahmat. Setahu Rahmat, tidak ada satu pun produk penyembur haruman automatik yang boleh memanggil nama seseorang. Dalam hati Rahmat, tidak henti-henti dia mengagumi hasil teknologi di zaman sekarang.

"Mungkin teknologi Jepun kot.. Tak pun Jerman.. Jerman ni zaman Hitler pun dah boleh buat UFO!" Bisik hati Rahmat.

Namun, sekali lagi Rahmat pelik. Kerana memang dia yakin, 100% yakin, yang rumahnya, apatah lagi biliknya, tidak mempunyai penyembur haruman automatik. Yang ada pun cuma daun pandan yang diikat dan diletakkan di bawah katil, bagi menggantikan haruman masa kini yang mana tidak dipercayai oleh Mak Som akan keberkesanannya.

"Rahmat! Kat luar tingkap ni la!"

Kali ini bunyi itu diganti dengan suara seseorang. Suara seorang perempuan. Suara yang datangnya dari luar tingkap bilik Rahmat.

Barulah Rahmat mengerti. 'Skill' detektif yang dipelajari dari Conan langsung tidak membantu. Rahmat tersenyum sendirian. Kebodohan dirinya telah disedarinya sendiri. Segera dia melangkah ke arah tingkap. Dia tahu, milik siapa akan suara itu. Di waktu malam begini, hanya ada seorang yang boleh memanggilnya dari luar tingkap.

Rahmat membuka tingkap. Kelihatan Rokiah sedang berdiri di luar, dengan muka masam. Marah kerana Rahmat lambat membuka tingkap.

Rahmat tersenyum. Dalam hati, Rahmat tahu yang Rokiah tidak lagi marah kepadanya.  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now