"Siapa datang Wan?"
Tanya Mak Nah, ibu kepada Azuan Tempeyek. Ikan kembung yang digoreng sudah pun siap. Sempat dia menjengah ke depan untuk bertanyakan pada Azuan.
"Posmen.."
Jawab Azuan ringkas, dengan wajah yang jelas kelihatan muram. Membuatkan Mak Nah sedikit pelik.
"Surat siapa?"
Tanya Mak Nah, juga ringkas. Berlainan dengan perangai anaknya yang suka membebel, Mak Nah lebih suka berdiam diri dari bercakap, walaupun dengan keluarganya sendiri.
"Wan punya.. PLKN.."
Jawab Azuan sambil mengangkat mukanya yang dari tadi asyik tertunduk. Terpancar wajah kasihan dari mukanya, yang seakan-akan wajah Puss in Boots di dalam filem animasi Shrek. Azuan tidak menyangka yang namanya akan terpilih di dalam edisi PLKN kali ini. Dari cerita yang didengari dari sepupunya yang terlebih dahulu menjalani latihan tersebut, dia dapat membayangkan yang PLKN itu tidak seindah seperti apa yang digambarkan di dalam iklan sabun Bio Zip. Tambahan pula dengan keadaan muka sepupunya yang bertambah gelap setelah pulang dari PLKN, membuatkan Azuan semakin tidak minat untuk menyertai latihan wajib itu. Azuan pula bukanlah jenis yang lasak. Dia lebih suka duduk dari melakukan aktiviti yang memenatkan dirinya.
"Hah! Elok lah tu.. Nanti boleh jadi macam Boy tu.. Nampak lah sikit tegap.. Dulu 'cikeding' je mak tengok dia tu.."
Kata Mak Nah, merujuk kepada sepupu Azuan yang diceritakan tadi.
"Lagipun elok kamu tu keluar dari rumah ni.. Takde lah duduk je tengok tv.. Tak tengok tv, bergayut dekat telefon.. Itu aje lah kerja kamu.."
Sambung Mak Nah lagi, segera mengingatkan Azuan tentang Ila Rambo yang masih berada dalam talian. Pantas dia bergegas mendapatkan telefon.
"Hello?!"
Azuan memanggil, dengan harapan Ila masih ada lagi dalam talian.
"Hello.. Awak pergi mana lama sangat? Penat saya tunggu tau? Saya dah tertonggeng-tonggeng dah atas kerusi ni tunggu awak.. Siapa yang datang tadi?"
Panjang lebar Ila berceloteh, sedikit geram dengan Azuan kerana membiarkan dia menunggu lama.
"Alah.. Sorry lah.. Posmen datang.. Hantar surat.. Awak.. Saya dapat masuk PLKN.. Hmm.."
Azuan mengadu kepada Ila tentang surat kemasukan ke PLKN yang baru diterimanya tadi. Bagi Azuan, Ila harus tahu tentang berita ini.
"Hah?! Yeke? Wah.. Untunglah awak.. Eee.. Bestnya.. Mesti awak seronok kan dapat masuk PLKN?"
Ila Rambo memberikan reaksi yang berlainan dari apa yang dibayangkan oleh Azuan. Sangkanya, Ila juga akan sama sepertinya tidak menyukai PLKN. Ternyata Azuan salah.
"Best? Huh! Saya tak suka tahu tak?! Tak nak lah! Dah la penat, panas! Heee.. Memang bukan minat saya ni.."
Ujar Azuan sedikit marah. Dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah tersenarai dalam PLKN kali ini. Tambahan pula Ila seakan tidak memahaminya.
"Alah.. Awak try la dulu.. Belum try, belum tahu.. Alah.. Jangan lah marah-marah ye sayang? Hehe.."
Azuan terus berubah mood apabila mendengar perkataan 'sayang' dari Ila Rambo. Amat jarang sekali semenjak mereka bersama, Ila menyebut perkataan itu. Dan ternyata, perkataan itu adalah senjata untuk mencairkan hati Azuan. Kini, Azuan sudah pun duduk terjelepok di lantai kerana terlalu gembira mendengar perkataan itu dari mulut Ila.
"Nasib baik awak pujuk.. Kurang sikit gelisah saya.. Hehe.. Cuba sebut sekali lagi.."
Azuan cuba bermanja. Kali ini dia sudah pun terbaring di lantai. Tali gagang telefon habis dipintal oleh jarinya.
"Ewah-ewah... Sedap kau berenang dekat sini ye? Kau ingat bil telefon tu aku bayar pakai daun sirih?!"
Tiba-tiba Azuan dikejutkan oleh suara yang seakan suara Ramli Sarip. Dia mendongak melihat ke pintu. Kelihatan Pak Akob, bapa kepada Azuan yang baru balik dari berkebun, dengan parang yang tersergam indah di tangan kanannya. Segera Azuan meletakkan gagang telefon. Melompat dia bangun dari baringnya, sambil berpura-pura seperti ingin melakukan 'star jump', dengan harapan bapanya menyangka dia hanya bersenam.
YOU ARE READING
Cinta Rokiah
HumorRokiah adalah seorang gadis biasa yang tinggal di sebuah kampung biasa, dan mempunyai kehidupan yang biasa. Ini adalah cerita biasa yang ditulis secara biasa oleh seorang yang tak biasa menulis. Biasalah tu..