Bahagian 76: Motivasi

270 22 0
                                    

Rahmat mengusap-usap pipinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rahmat mengusap-usap pipinya. Birat ditampar Sarip sebentar tadi. Sarip cukup pantang bila dirinya ditertawakan. Jika dia mentertawakan orang, tidak mengapa pula! Seperti seorang diktator pula perangainya.

"Hah! Sekarang kau percaya tak?" tanya Sarip.

"Percaya.." jawab Rahmat, lemah.

Rahmat sebenarnya sudah malas hendak melayan baran Sarip itu. Segala kata Sarip, dia turutkan sahaja. Jika melawan, memang sakitlah makanannya.

Rahmat berasa hairan. Hairan bagaimana dengan hanya menjual burger, Sarip boleh memperoleh keuntungan sebanyak itu? Setahu Rahmat, burger daging pada masa itu hanyalah berharga RM2.50. Manakala benjo pula berharga RM1.80. Tetapi selalunya jika Rahmat ke gerai burger, Rahmat hanya akan membeli daging burger sahaja. Baru seringgit harganya. Dan dengan harga-harga itu, Rahmat dapat merumuskan yang harga bagi telur yang ada di dalam burger itu hanya 30 sen. Tetapi Rahmat kembali pelik bila harga burger daging special pula ialah RM3.00. Kenapa harga telur pada burger daging special 50 sen pula? Adakah title special itu membuatkannya mahal? Atau sebenarnya telur yang digunakan ialah telur platipus. Sebab tu mahal!

Masalahnya kini bukan hal telur pada burger yang menjadi persoalan di benak kepala Rahmat yang sememangnya benak itu, tetapi persoalan tentang bagaimana Sarip boleh kumpul duit sebanyak itu, dengan hanya menjual burger? Hal itu membuatkan Rahmat bertekad mahu bertanya kepada Sarip. Rasa takut ditolak ke tepi. Misteri itu harus dirungkai. Dengan duduk bersandar pada dinding, tertunduk tanpa memandang kepada Sarip kerana takut, gaya Rahmat kini tidak ubah seperti Kogoro Mouri yang sedang tidur ketika menyelesaikan kes.

"Jual burger pun boleh kaya ke, Sarip?"

Tanya Rahmat, yang masih lagi tertunduk.

"Hah!!"

Sarip menjerit. Terkejut Rahmat bukan kepalang mendengar jeritan itu. Hampir sahaja dia terkencing.

"Mestilah.. Kau ingat jual ikan keli je ke boleh berjaya? Kita ni, buat apa-apa pekerjaan pun, kalau kita rajin kita boleh je jadi kaya.. Dekat KL ni, kau tak boleh kerja satu kerja je.. Kau kena buat kerja sambilan. Lainlah kalau kau anak Dato. Kerja jadi mandur! Atau kau ambik rasuah.. Yang tu semua kau kerja goyang kaki pun masyukkk.. Tapi duit tu halal tak? Tak kan? Haaaa.. Jadi yang penting, kau kena pandai cari peluang, rajin, usaha.. Lepas tu kau tengok hasil dia.. Memanglah susah, penat.. Tapi kau kena ingat, bukan senang nak senang.."

Jelas Sarip, bak seorang pemidato yang mewakili sekolah untuk kejohanan pidato peringkat sekolah-sekolah.

Buat pertama kalinya, Rahmat terasa bagai disuntik dengan semangat. ucapan dari Sarip itu tadi benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya. Melihat kepada hasil keuntungan Sarip, Rahmat tahu yang perniagaan burger Sarip amat berjaya. Dan secara tiba-tiba, Rahmat mendapat idea. Idea yang dia sendiri tidak menyangka yang dia akan terfikirkannya. Idea yang mengikut pada kiraannya, akan berjaya mengubah hidupnya yang terbuang itu.

"Sarip, kalau aku tolong kau jual burger, boleh?"  

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now