Bahagian 51: Berita

288 31 7
                                    

Rahmat mengamati suasana di sekelilingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rahmat mengamati suasana di sekelilingnya. Sunyi sepi. Hanya bunyi putaran kipas dan dengkuran Pak Jalil Udang yang kedengaran. Dia melihat bapanya sedang tidur di hujung katil. Rahmat memerhati keadaan sekililing, cuba untuk memastikan di mana dia berada. Hampir seminit berlalu, barulah dia sedar yang dia kini berada di hospital. Dan katil yang dia baring sekarang ini adalah katil hospital. Dia cuba bangun, tetapi sakit di rusuk kirinya membuatkan dia terbaring semula. Rahmat cuba mengingati kembali bagaimana dia boleh terbaring di atas katil hospital. Namun dia gagal. Rahmat tidak ingat apa-apa.

"A.. Abah.."

Dengan suara yang terputus-putus, Rahmat memanggil bapanya yang sedang lena dibuai mimpi. Panggilan Rahmat yang sayup tidak didengari Pak Jalil. Rahmat menarik selimut, membuatkan Pak Jalil tertarik sekali kerana Pak Jalil tidur sambil menghempap selimut itu. Barulah Pak Jalil tersedar dari tidurnya.

"Rahmat? Kau dah bangun?" tanya Pak Jalil sambil mengesat air liur basinya.

"Mak mana?" tanya Rahmat apabila melihat ibunya tiada di sisi.

"Mak balik.. Abah yang temankan kau.. Boleh seorang je penjaga.." jawab Pak Jalil sambil mengesat matanya pula.

"Macam mana Mat boleh ada dekat hospital ni? Kenapa badan Mat rase sakit-sakit ni?"

Rahmat bertanyakan soalan kepada Pak Jalil. Pak Jalil tergamam seketika. Soalan yang diajukan Rahmat membuatkan Pak Jalil segar. Tidak lagi mengantuk.

"Kau tak ingat ke? Kau accident.. Dari pagi tadi kau pengsan.. Tak sedarkan diri.." jawab Pak Jalil.

Tercengang Rahmat mendengar jawapan dari mulut Pak Jalil. Apabila mendengar penjelasan Pak Jalil, barulah Rahmat teringat tentang kejadian itu. Tiba-tiba suara Rokiah terngiang di kepalanya. Suara Rokiah yang menyuruhnya supaya membawa perlahan kereta yang dipandunya. Namun Rahmat tidak mengendahkannya. Kali terakhir yang Rahmat ingat, dia melihat sebuah pacuan empat roda menghampiri dari arah kiri, dan terus melanggar bahagian belakang kiri kereta yang dipandunya. Rahmat yakin, lampu isyarat di simpang itu sudah menyala lampu hijau. Masakan takkan Rahmat meneruskan perjalanan. Selepas itu, Rahmat tidak ingat apa-apa. Pandangannya gelap-gelita.

"Rokiah.. Rokiah macam mana?!" tiba-tiba Rahmat teringatkan Rokiah. Segera dia bertanyakan keadaan Rokiah kepada bapanya.

"Rokiah... Rokiah koma.. Doktor kata, dia mengalami gegaran pada otak dia.. Tapi jangan risau.. Doktor kata peluang untuk dia sedar tinggi.. Jadi Mat jangan risau.. Nanti elok lah tu Rokiah tu.." jelas Pak Jalil.

Rahmat terkesima. Berita yang didengarnya cukup mengejutkan. Tanpa disedari, air mata Rahmat mengalir. Rasa bersalah menguasai dirinya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat Rokiah. Dan kini, Rokiah yang menerima balasan di atas sikapnya. Nasi sudah menjadi bubur, sama seperti bekal yang disediakan oleh Mak Som kepada Pak Jalil ketika menjaga Rahmat, iaitu bubur ayam.

"Kawan Mat yang lain?! Azuan?! Ila?!"

Rahmat bertanyakan pula tentang sahabatnya yang menumpang sekali di dalam keretanya tadi, iaitu Azuan Tempeyek dan Ila Rambo. Rahmat kembali risau. Risau akan perkhabaran yang bakal disampaikan oleh bapanya.

"Ila ok.. Dia cuma patah tangan je.. Dah balik rumah dah pun.. Tak kena tahan wad.." jawab Pak Jalil tenang, setenang air di kali.

"Azuan?"

tanya Rahmat sekali lagi. Pak Jalil terkedu mendengar soalan Rahmat. Air liur ditelan. Tidak sampai hati rasanya Pak Jalil hendak menyampaikan berita itu. Pak Jalil tahu, Rahmat dan Azuan sudah lama berkawan, sejak tingkatan satu lagi. Ke mana sahaja Rahmat pergi, pasti Azuan akan menemaninya, dan begitu juga sebaliknya. Sungguh berat rasanya Pak Jalil mahu meluahkannya. Takut Rahmat tidak tertanggung dugaan yang bakal dihadapinya. Dugaan yang sangat berat.

Cinta RokiahWhere stories live. Discover now